OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, July 10, 2012

Setinggi-tinggi tupai melompat, Jatuh ke tanah jua

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Minggu yang sebok untuk aku dan famili aku. Minggu lepas aku, Encik Usben dan anak-anak berjalan-jalan meredah highway menuju ke Batu Pahat. Jauh kan? Takdela jauh. 3-4 jam punya route. Hehehehe.

Alhamdulillah segala kenduri kendara kat Batu Pahat dah settle. Sekarang ni nak handle lagi satu majlis. Apa majlis? Nanti akan daku update. Hehehehe.

Biarlah rahsia . . .

Aku as always. Kene update pasal Masterchef Selebriti. Walaupun pada hari Ahad daku tak sempat nak tengok. Maka pastinya ada jalan kan? Di mana ada highway, disitu ada jalan. Apa kene mengena ntah.

Pandai ko ye JA. Nak selamat kan diri sendiri konon. Tapi TAK SELAMAT!. Jangan dengki ke orang. Kan dah kene masuk ujian penyingkiran. Konon nak kenekan Dato la tew. Bagi lagu Tamil ke dia. Bagi lagu 'Dari Sinar Mata' May to Soo Wincci. Alih-alih, hamek! Soo Wincci menang. Tak masuk pong ke sesi penyingkiran.

Tak baek tau-

Semalam nya ujian penyingkiran memang agak hebat. Kalau aku la ada kat situ mau 5 je betol ko. Hahahahaha. Siap ada drama lagi semalam. Farouk tak jadi keluar la!. Terbaek!.

So, selebriti yang ke pusingan akhir ialah JA, Farouk, Angah, Soo Wincci ngan Datuk. Sape la menang. Ritu ada gak terbaca kat satu belog tu, dia macam tau je sape menang. Tapi kenapa daku tak tau pong?

Apakah aku pun dah ketinggalang jauh kebelakan?













=___=

Korang! tau tak yang pasal Amukan Puaka kat Jabatan Perdana Menteri semalam. Giler ah! Dah arwah dah pun si penyerang lelaki itew. Si penyerang pompuan aku tak tau la nasib ko macam mana. Kalau ye pon nak mati syahid, baik korang pergi tolong Syria takpun Palestin. Kat situ aku rasa korang boleh mati syahid. Aku rasa la . . .

Apa benda la yang dah menghasut korang sampai boleh bertindak sebegitu sekali? Aku tak faham. Apakah yang telah terjadi kepada sistem pemikiran korang? Apakah yang tersirat didalam minda korang yang menyebabkan korang boleh bertindak sebegitu rupa.

Tak faham.

Aku baca blog si penyerang lelaki. Aku cuba memahami. Tapi, entah. Aku tak faham apa yang arwah cuba sampaikan. Ke aku yang mengong-

(@-@)

Apa-apa pun, apa yang kita nak buat sila berfikir dulu. Apakah ianya membawa kebaikan atau keburukan. Ingatan untuk diri yawl!.

Dah la. Tak koser aku nak citer pasal kepolitikan dan keamukan si Khalil Affandi Abdul Hamid. Cukup-cukuplah. Encik Khalil Affandi Abdul Hamid tu dah arwah dah pun. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Pandai-pandailah nak hidup kat dunia yang penoh pencaroba ini. Ingat Allah. Ingat Mati. Dunia ini hanya seketika.

Muhasabah Diri.