OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, July 19, 2012

Juara Ragbi!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sebagai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat. Aku berbangga okey, bila sekolah aku jadi juara Ragbi.

Terbaek!

Citer ni citer semalam.

Tapi nak selit jugak letak dalam belog daku yang tak seberapa ini. Ni aku amek dari Harian Metro Online.



SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Keramat muncul juara Kejohanan Ragbi Antara Sekolah-Sekolah Columbia Asia-Cobra 2012 selepas menewaskan SMK Seksyen 19, Shah Alam 2012, baru-baru ini.
Perlawanan di SMK Puchong Utama (I) turut menyaksikan SMK Tinggi Kajang menduduki tempat ketiga. Sejumlah 18 buah sekolah menyertai Program Ragbi Antara Sekolah-Sekolah Columbia Asia-Cobra yang dilancar Isnin lalu.

Hadiah berupa trofi disampaikan Ketua Pengarah Eksekutif-Asia Tenggara Columbia Asia, Kelvin Tan serta Naib Presiden Cobra, Tommy Pereira.
Turut menyampaikan hadiah ialah Penolong Pengarah Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dari Kementerian Pelajaran, Mohd Hamry Ismail.

Kejohanan dimeriahkan kehadiran pelajar sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, guru-guru, ibu bapa serta wakil Columbia Asia dan Cobra.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma turut dilaksanakan Columbia Asia.

Tu je nak update!




No comments:

Post a Comment