OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Showing posts with label Masterchef Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Masterchef Selebriti. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Hahahabes sudah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ya, I know. I'm a lil bit late to update this kind of news. And some of them already know who is the winner without watching it. Hahahaha.

So, damn lame.

As you all know it. Datuk Fazley already win the Masterchef Selebriti. Yeay! yeay! yeay!.



He deserve it.

Sekarang takde dah citer aku nak follow up. Takpelah. Dah nak masuk bulan Ramadhan pun. Mari kita lebihkan ibadah daripada riadah.

Mari collect pahala.

Mari jemaah di masijid dan surau-surau.

Mari mengaji Quran bersama-sama.

Seronok nya Ramadhan!.

Hopefully sempatlah aku menikmati Ramadhan tahun ini. InsyaAllah. Kita tak tau kan umo kita sampai bila. Apakah hari ini kali terakhir aku taip belog? Hmmmm . . .

InsyaAllah, ketemu lagi.




Kata bulan pose ... jom pegi iftar sesama. gugugugigigigigagagagaga....



Tuesday, July 10, 2012

Setinggi-tinggi tupai melompat, Jatuh ke tanah jua

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Minggu yang sebok untuk aku dan famili aku. Minggu lepas aku, Encik Usben dan anak-anak berjalan-jalan meredah highway menuju ke Batu Pahat. Jauh kan? Takdela jauh. 3-4 jam punya route. Hehehehe.

Alhamdulillah segala kenduri kendara kat Batu Pahat dah settle. Sekarang ni nak handle lagi satu majlis. Apa majlis? Nanti akan daku update. Hehehehe.

Biarlah rahsia . . .

Aku as always. Kene update pasal Masterchef Selebriti. Walaupun pada hari Ahad daku tak sempat nak tengok. Maka pastinya ada jalan kan? Di mana ada highway, disitu ada jalan. Apa kene mengena ntah.

Pandai ko ye JA. Nak selamat kan diri sendiri konon. Tapi TAK SELAMAT!. Jangan dengki ke orang. Kan dah kene masuk ujian penyingkiran. Konon nak kenekan Dato la tew. Bagi lagu Tamil ke dia. Bagi lagu 'Dari Sinar Mata' May to Soo Wincci. Alih-alih, hamek! Soo Wincci menang. Tak masuk pong ke sesi penyingkiran.

Tak baek tau-

Semalam nya ujian penyingkiran memang agak hebat. Kalau aku la ada kat situ mau 5 je betol ko. Hahahahaha. Siap ada drama lagi semalam. Farouk tak jadi keluar la!. Terbaek!.

So, selebriti yang ke pusingan akhir ialah JA, Farouk, Angah, Soo Wincci ngan Datuk. Sape la menang. Ritu ada gak terbaca kat satu belog tu, dia macam tau je sape menang. Tapi kenapa daku tak tau pong?

Apakah aku pun dah ketinggalang jauh kebelakan?













=___=

Korang! tau tak yang pasal Amukan Puaka kat Jabatan Perdana Menteri semalam. Giler ah! Dah arwah dah pun si penyerang lelaki itew. Si penyerang pompuan aku tak tau la nasib ko macam mana. Kalau ye pon nak mati syahid, baik korang pergi tolong Syria takpun Palestin. Kat situ aku rasa korang boleh mati syahid. Aku rasa la . . .

Apa benda la yang dah menghasut korang sampai boleh bertindak sebegitu sekali? Aku tak faham. Apakah yang telah terjadi kepada sistem pemikiran korang? Apakah yang tersirat didalam minda korang yang menyebabkan korang boleh bertindak sebegitu rupa.

Tak faham.

Aku baca blog si penyerang lelaki. Aku cuba memahami. Tapi, entah. Aku tak faham apa yang arwah cuba sampaikan. Ke aku yang mengong-

(@-@)

Apa-apa pun, apa yang kita nak buat sila berfikir dulu. Apakah ianya membawa kebaikan atau keburukan. Ingatan untuk diri yawl!.

Dah la. Tak koser aku nak citer pasal kepolitikan dan keamukan si Khalil Affandi Abdul Hamid. Cukup-cukuplah. Encik Khalil Affandi Abdul Hamid tu dah arwah dah pun. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Pandai-pandailah nak hidup kat dunia yang penoh pencaroba ini. Ingat Allah. Ingat Mati. Dunia ini hanya seketika.

Muhasabah Diri.

Wednesday, July 4, 2012

You, out!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Abeslah sudah segala drama kat Masterchef Selebriti. Mau tidak, King of Drama dah terkeluar malam tadi!. Takdelah drama lagi. Huhuhuhu.

Semalam episod penyingkiran untuk kumpulan merah. Diorang kene masak makanan berasaskan mee. Advantage untuk semua orang actually. But, kalau tersalah langkah macam Double A. Out lah apa lagi. Kan?

Apa-apa pun dia dapat collect RM 6000.00 untuk badan kebajikan yang dia wakili. Kau ada? Nak bagi?

Memey tak arr!

Nak sedekah lima posen pun kadang berkira.

Sedekah la weyh! Rezeki lebih berkat. Jom sedekah!.

Dah takde dah resepi dari anak Mak Tom lagi Dek Non ooii. Dah takde dah bulu-bulu. Dah takde dah shawl yang dok lilit kat leher. Hohohoho.

All the best for Double A. Huhuhuhu . . .

Oh! Double A-

^___^

Saiko-


Tuesday, July 3, 2012

Vogue Da Vass Kau!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.



Tengok Masterchef Selebriti semalam? Fine dining kau. Semalam sesi berkumpulan. So, diorang kene masak makanan feveret Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Okay arr tu. Haiya, latuk kenapa you kasi jatu itu beras? No luck la aiyo-

Wah, Mariani! Vogue gitew-

Tapi aku cam rasa Mummy Mariani should wear something yang sesuai dengan age dia. Such as baju kurung ke. Tak pun kebaya labuh ke. Lagi santek! Baju kurung sekarang kan cantek-cantek. Boleh je bawak pegi makan fine dining.

Kan?

Aku tengok sekarang ni si JA pulak yang over tau!. Suka-suka nak perintah orang sana sini. Aku dah lama dah perhati. Dari episod pertama masa buat grouping lagi.

Aiyooo-

Kat umah pun kau begitu ke? Mat ko pegi amek tu. Minah ko buat yang itu. Oii, cik siti salah tu potongnya. Potong gini. Tak boleh cam Cik Temah ooii, benda tu kene susun begini. Damn-

Double A? Malam tadi dia maintain. Maintain la sangats!. Dia pun over tau-

Mula kat takmo nyanyi. Nak bagi Datuk F nyanyi konon. Padahal masuk je music terus ko nyanyi!. Hahahahha. Ghasaklah-

Kumpulan merah kalah. So, Datuk F, Double A dengan Soo Wincci will be in sesi penyingkiran malam kang. Kalau dibuatnya kene masak masakan Melayu, it will be an advantage to Datuk F dengan Double A. If western dish, it will be advantage to Datuk F dengan Soo Wincci. If kene buat dessert pun, Datuk F dengan Soo Wincci will get the advantage. Hmmmm . . .

Apakah akan terjadi?

Tunggu malam nanti dan ulasannya esok pagi. Hahahaha.

Sengals-

p/s: ada budak praktikal masuk opis. ngeh.ngeh.ngeh-

Monday, July 2, 2012

Tujuh baru keluar

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lambat sket update pasal Masterchef. Sebok ah! Menyediakan 'sesuatu' untuk seseorang untuk 'hari' tertentu. Apakah harinya? Tunggguuuuu . . .

Hohohoho. Akhirnya dikau keluar jugak. Selepas tujuh kali. TUJUH KALI, jebat!. Aku masuk sesi penyingkiran. Akhirnya keluar jugak!. Hahahaha. Tomok! kau keluar jugak!. Hebat kau! After tujuh keturunan punya penyingkiran, baru kau keluar. Pakai bomoh apa? Bahahahaha.

Sekarang tinggal ENAM ORANG.

Bila dah tinggal enam orang. Maknanya, dah nak dekat finale. Hmmmmm. Who will be the first Masterchef Selebriti. Last-last skali Double A. Nah! hamek. Pengsan aku.

=___=

babai Tomok. Takde dah nama Tomok dalam Ujian Penyingkiran. Hohohoo.



p/s: mari mari beli kuih raya! murah-murah! sebalang RM 23.00.

Wednesday, June 27, 2012

owh, Jehan!

Assalamualaikum semua ;)

Hai, korang!.

Arini awal sket aku update belog. Terlebih rajin katanya. Rajin lah sangat. Semalam tengok tak Masterchef Selebriti? Aku? HARUSlah tengok. Ujian penyingkiran kot. Aku nak tau jugak siapa yang tersingkir antara Juliza, Jehan, Farouk dengan Soo Wincci.

Seyes aku budget Soo Wincci tak pun Farouk. Nampak gayanya tekaan aku salah. Jehan yang terkeluar. Oh My Jehan.

=___=

Jehan dapat collect RM5000 untuk badan kebajikan yang dia wakili. Alhamdulillah. Banyak jugak dia dapat collect.

Jumpa ari Sabtu nanti yaw! Apa saje la kejutan Masterchef. Sebesar-besar peti ko letak dalam dapo. Ada ikan duyung kew?



Babai Jehan....huhuhuhu

Buat Kak Mar tersayang,

Bukan cookie butter tapi cookie cutter.

Ni haaa cutter nya ....



Selamat Mencuba Kak Mar!

Tuesday, June 26, 2012

Menang!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tengok tak Masterchef semalam? Aku dapat tengok. Tahlil habes awal. Dapatla tengok Masterchef sambil menjamu selera. Sedap woh lauk semalam. Sponsorship dari Pak Long Yen. Terbaek dari ladang!

Terima kasih kepada yang hadir semalam. Walaupun tak ramai tapi alhamdulillah selesai tahlil untuk arwah Abib, Mak, Mak Tok dengan Ami Zin. Semoga kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Semalam dalam Masterchef ada twist. Sampai je kat Cocoa Boutique. Farouk Hussein kene tukar apron dengan Datuk Fazley. Walaupun Datuk Fazley cam tak rela ditukarkan, tapi memandangkan dia Pakar Motivasi maka dia HARUS bersikap positif yaw!.

Si Farouk pulak punyalah gembira hati sebab dapat dari Double A. Bahahaha. Memang lawak giler time ni. Punyalah suka hati si Farouk. Tapi dia tak tau ada sesuatu di dalam kumpulan dia yang akan semua orang cam stress. Hahahaha. Saper lagi Juliza Adlizan la. Dia strict dowh!. Fokus dia nak menang je bukan enjoy. Hahahaha.

Diorang ditugaskan untuk cipta dan buat chocolate truffles. Terbaek!. Group Merah menang yaw!. Saper group merah? Datuk Fazley, Double A, Tomok dengan Angah RL. Diorang buat chocolate tu dengan sangat-sangat tenang dan happy. Buat manisan memang la kene happy. Kalau tak happy tak jadi chocolate sayang.

Makanya, terselamat la si budak Tomok itew. Gedik je. Malam ni kita jumpa di penyingkiran ye wahai Soo Wincci, Farouk Hussein, Jehan Miskin dengan Juliza Adlizan. Hohohoho.

All The Best untuk korang!.



Bahahahaha!.

Monday, June 25, 2012

Thanuja vs Tomok

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lambat sket update pasal MS. Tons of tons work to do. Sangat-

=__=

Diorang kene prepare three dish for Hi-Tea. Terbaek ah! Tomok! apakah yang anda telah lakukan. Dengan hidangan Light & Easy kau terselamat dari tersingkir? Giler hebat kau! Setakat  celop-celop stoberi kat cekelat! Cik SZ pun boleh buat derr.

Kesian Thanuja. Kau berpeluh-peluh buat hidangan . . . BUT you are OUT!. Bahahahaha. Nak wat camne. Dah naseb. Khennn?

Malam ni cam tak dapat tengok je. Sebab ada tahlil arwah kat umah. Hari ni Group Fight je. Kuang hajo Datuk Fazley, ko amek yang hebat-hebat je. Kesian kat Farouk. Satu group lagi dengan Double A. Hohohoho.

Mesti tak cayakan? Double A tak tersingkir lagi. Percayalah! Next nye penyingkiran pasti ada Tomoks! Vouge da Vast!



Okay, Chau!.

Kalau aku rajin dan punya masa terluang daku nak kongsi resipi terbaru yawl!. Aku baru buat semalam.

=___=

T T F N!

Wednesday, June 20, 2012

another drama!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lambat sket hapdate pasal Masterchef Selebriti. Pale otak tak leh nak pikir sangat sekarang ni. Dok risau pasal datuk aku kat spital. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan yang dialami.

Semalam sesi penyingkiran. Diorang kene masak western such as chicken chop ke, fish chop ke, lamb chop ke or tak kisah la apa-apa pun but base is chicken or lamb, or salmon or beef.

Untuk kesekian kali nya Tomok, AA dan Farouq terselamat. Tomok aku jumpa kau kat sesi penyingkiran yang keenam. Hohohohoho.

It is your time Karl Shafek. It is your mistake. You supposed kene cari tulang ikan tu sebelum masak. Even kita tau ikan itew telah dibuang tulangnya. Tapi kita HARUS ada bersikap berhati-hati. Alrite? Kalau kau masak ikan tu betol-betol pastu ko buang tulang ikan tu, pasti ko tak terkeluar. Dan pastilah AA yang akan di kick out. Hahahaha

Please la AA tak payah la wat drama airmata ko kat sitew. Penat dah aku tengok ko nye tangisan. Baik aku menangis untuk CSI:12. Si Catherine Willows tu dah mintak transfer ke FBI. Sedey je sebab aku setia bersama CSI untuk 12 seasons okay! Sedeynya menusuk kalbu.

Seronok nye pelok budak Karl tu kan??? Hehehehhe. Aku tengok muka Karl cam "cukup cukup sudah kau pelok aku" Huhuhuhuhu. Aku tak rela auw- 

Tamatlah riwayat si Karl Shafek ni kat Masterchef Selebriti. Jumpa ari Sabtu nanti yawl untuk sesi Peti Saji Misteri!.




Lunch ni nak pegi jengok datuk daku yang berada di hospital. Pray for him for his healthiness. Amin.

Monday, June 18, 2012

Kalah Lagi yawl!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Baru kejap tadi tengok Masterchef Selebriti. La ni Enick Usben dok layan Pawn Star kat History HD Channel. Ye kot History HD. Aku main batai jek. Hahahahaha

Kalah lagi group Azwan Ali. Aku rasa silap kat sos yang masin itew. Nasib ko lah AA. Bukan rezeki kamoo. Buat sekali lagi Tomok akan berada di gelanggang penyingkiran. Tomok selebriti yang paling popular kat gelanggang penyingkiran. Hopefully bukan Tomok yang kene kick out esok. Nasib ko la Tomok kalau terkeluar esok. Khennnn?

Aku ni dah macam reporter untuk Masterchef la puloks. Reporter tak bergaji. Hahahahaha.

Okay arr jumpa esok untuk report yang seterusnya. Cik SZ dah mintak susu. Cik NZ pulak da beradu. Tadi dia terhantuk ke terjatuh aku pun tak tau. Yang pastu berdarah lagi mulutnya...

Kenapa aku tak tau? HARUSlah tak tau sebab aku tengah makan. Yang tinggal kat dalam bilik hanya SZ ngan NZ. Gamaknya. Mereka berdua saje yang tau apa yang terjadi.


Daaaa-

 

Akhirnya Kini Pasti!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini aku tak masuk opis. Mula-mula nak half-day je. Sebab nak bawak NZ pergi klinik buat check up. Pehtu dapat call ada sedara meninggal. Innalillah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Esok aku masuk opis semula ye Cik Puan Boss.

Akhirnya kini pasti, RA keluar dari Masterchef Selebriti. No more Bomoh ngan Makcik Esah yea AA. Dapatloah si RA collect RM3500 untuk rumah kebajikan Bakti yang dia wakili.

Memang fatut pun dia kluar. Cara kerja salah. You deserve to be kick out from Masterchef Selebriti. So malam ni nak tengok Sajian Luar pulak.

Si AA jadi leaders lagi. Dan one of his colleague is Farouk Hussein. Habeslah! Mesti kecoh punya. Yang si Angah RL pun cam dapat dipisahkan dengan Thanuja. Bahahahha.

whateva!.

Bye bye RA. No more drama from u! Lalalalalla-



p/s: takziah buat makcik sekeluarga semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Saturday, June 16, 2012

menanges konon!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Menanges konon!

Cukup-cukup sudah,
Dengan segala tangisan...
(sila nyanyi ala-ala group indon tu...mirwana band erk)

Enough of crying please. Ponek da aku tengok segala tangisan.

Ghasakla Datuk Fazley, Jehan Miskin, Raja Azmi ngan Karl Shafek.

Let's meet tomorrow kat sesi penyingkiran. Bahahahaha.

Paling drama skali biler AA kata RA guna Mak Esah ngan bomoh. Hahahaha. Kalau si RA guna bomoh HARUS dia selamat dari kene singkir esok. Kalau dia selamat sok, betolla kot. Hahahaha. Kadang aku rasa MS ni cam program masak-masak lucu je.

Dah arr nak layan cerekarama...atau Angel and Demon? Hmmm...

Jumpe sok kat Masterchef Selebriti.



p/s: sedapnya tengok pizza Dominos.

Thursday, June 14, 2012

Dah nasib!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam baru je selesai tengok Masterchef Selebriti Episod Penyingkiran. Masterchef ni kalau aku balik Banting, memang tak dapek la aku nak nengok. Nengok citer koling yo!.

Malam tadi aku tengok diorang kene masak Popia. Tak kisah la Popia versi savoury atau sweet. Tomok buat kali keempat berada di pusingan penyingkiran. Ko kan Tomok cam si Saiful (Masterchef Season 1) budak Sabah tu. Setiap kali penyingkiran mesti ada. Huhuhhu.

Kalau ko sama cam dia, maknanya ko boleh masuk akhir. Hahahahhaa.

All the best Tomok!.

Huh! aku tak paham betol dengan si RA neyh. Babe, aku rasa kan ko memang layak dapat Anugerah Pelakon Wanita Terbaek untuk Masterchef Selebriti la. Nanges sana sini. Ngamok sana sini. Orang lain yang  kene singkir. Maka, rating MS pun naik gara-gara RA ngan AA.

Kalau si Louisa Chong tu buat betol-betol popia dia, sudah pasti Tomoklah yang akan get out from Masterchef Selebriti. Naseb ko lah Tomok!.

Hari Sabtu ni jumpa lagi ya!. Entah apa lagi la si RA dengan si AA tu nak buat. Both of you memang sangats drama queen and king.

Menyampah mak!.


Wednesday, June 13, 2012

Wraith of the Titans

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku dah agak dah memang kumpulan merah. Tapi aku tak sangka dia pulak yang keluar. Haih-

Louisa Chong Abdullah terkeluar dari Masterchef Selebriti ye rakan-rakan. Sungguh tidak kusangka. She is okay what in cooking.




Aku tak dapat tengok Masterchef Selebriti semalam. So, malam ni pukul 8 malam kang aku tengok. Tengok ngan Encik Usben la. He is my truely bestfren now. Bestfren la sangats!.

Aku tak dapat tengok MS kerana gara-gara Malaysia vs Singapore. Malaysia menang. Terbaek ah! Aku dok dengar abah ngan Fathull je dok terjerit-jerit gol. Kalau ada si Awie lagi la. Mau ada keluar kata-kata caci makian. Huh!

Actually aku tak tengok pun bola. Hahahaha. Aku tengok Wraith of Titans. Hehehe. Okayla jalan cerita dia.

Citer pasal anak Zeus. Parseus yang kene fight dengan Kronos. Si pemusnah alam. Pemusnah alam ke? Ye la sebab suka-suka dia campak api. Habes mati segala orang. Tak baek tau!.

Parseus ni kene bergabung dengan anak Poseidon, Agenor. Nama orang Greek suka letak 'seus'. Parseus ni anak haram Zeus. Half man half god. Dia ni adik beradik dengan Hercules la. Tapi yang lucu nya, dalam citer ni Zeus leh plak mati. Dia kan God. Apa daaaa?




Apa la HOT FM ni. Tengah syok-syok dengar lagu Exist 'Seperti Dulu' tetiba hilang. Ke memang dah habes  lagu dia. Hahahahaha. Saiko!.



Tuesday, June 12, 2012

Menyampah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tengok tak Masterchef Selebriti semalam? Poyo je kan aku. Kata takmo tengok. Tapi tengok jugak!. Menyampah plak aku tengok drama-drama yang berlaku kat dalam Masterchef Selebriti ni. Tapi nak buat camne everything is scripted. Pandai-pandai aku je cakap benda tu semua scripted kan??? bahahahahaa.

Seyes aku menyampah dengan sikap si RA. Nanges konon. Marah konon. Hebat lakonan ko yang nampak cam lakonan itew.

Orang dah pujuk dan tenteram ko, ko nak melonjak-lonjak badan. So kiddos!.

Malam tadi fight antara group biru dan merah. Aku rasa cam group biru yang menang. Tapi, tengoklah macam mana malam ni. Huhuhuhuhu.

For your information, aku tak rasa RA dengan AA akan keluar tonight. Mesti orang lain punya. Percayalah!. Sebab saje diorang lambat-lambatkan penyingkiran diorang sebab diorang kan pandai berlakon. hehehehe. Tapi takpelah mungkin nasib diorang baik.

duh-

Okay, bye!.

p/s: sebok lagi. craving for vacation. bahahahaha.





Monday, June 11, 2012

You, Out!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. InsyaAllah, aku posa arini. Hmmmm, nak buka apa ye arini? Pe lagi layan Chocolate Bread Pudding. Nanti aku bagi recipie!.

Sampai disini sahaja peluang Serina untuk main masak-masak. But it still all about drama. Tomok, anda bernasib baik.



Malam ni nak tengok lagi drama apa yang si AA dengan RA akan buat. Adakah lagi tangisan yang mengatakan "ini semua salah saya" "saya yang patut keluar"

cam pentipu jek...

Wassalam.

p/s: pray for my grandad semoga cepat sembuh. Amin.


Thursday, June 7, 2012

Next!

Assalamualaikum, semua ;)

hai, korang!.

A lil bit late to update this entry. Sorry guys!. Seriously busy like a bee. Aku ada Pameran Buku kat JJ Seremban 2. Datang la weyh! Buku murah-murah!. Leh shopping skali. Kan JJ tengah sale skang ni. Sampai hari ahad sale.

Aku suka pegi bookfair sebab aku leh buku macam-macam. Pastu leh tengok ragam dan fashion orang yang macam-macam.

Ada yang pakai tudung lilit pastu pakai seluar nampak camel toe. Apa sudah jadi????

Ada yang ayah tak bagi anak nak beli buku ana solehah. Apa ke hal nya yeop??? buku ilmiah kot. tak faham aku.

Ada yang ayah siap paksa anak beli la apa-apa. Ayah camni bagus! aku suka!.

Ada yang nenek bawak cucu sampai lima orang untuk beli buku. Baikkan nenek itew. Siap nak resit sebab nak masuk cabutan bertuah. Dapat Ipad la weyh! tada tipu punya!.

Aku nak update pasal Sarah Raisuddin kene kluar dari Masterchef!.

Poyo je si Raja Azmi tu kan? Konon kata dia yang patut kluar. Dergghhh-

Kalau betol kau nak kluar ko jawab jela segala rempah ratus tu salah. Pastu ko boleh masuk kat pusingan penyinkiran. Ko lawan dengan Soo Wincci tu. Ko memang sangat drama! Mesti director Masterchef soh ko buat camtu kan????

Mencik ah!

Aku tak sabar nak tengok diorang nak masak apa pulak lepas ni. Tomok ko nak hidangkan masak lemak cili api lagi ke? Ko tau masak tu je erk???

Aku malas nak tengok MAsterchef ni sebenarnya tapi sebab nak tengok retis-retis ni pandai masak apa, aku layankan aje. Statement atas pagar. bahahahaha!

Okeylah aku nak rehat kan diri jap. Penatlah jaga booth. Hopefully arini, esok, lusa ngan tulat banyaklah orang datang beli kat booth aku. Amin.




Tuesday, June 5, 2012

Disrespect

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Malam tadi aku tengok ulangan Masterchef Episod 5. Aku tak setuju dengan tatacara Puan Salamiah Hassan. I think you are disrespect your food!. Eventhough you are a celebrity it doesn't mean that you can disrespect the food.

Puan Salamiah telah memasak Asam Pedas Ikan Haruan Naga Tasik Chini. Aku tau ko dalam keadaan marah, tapi tak sepatutnya makanan menjadi mangsa kemarahan Puan, yea. Puan sepatutnya memasak dengan seikhlas hati. Makanan kan rezeki dari Allah. Pada pendapat aku kita kene menghormati makanan. Jangan main-main.

Ya, I know you pencinta binatang. You tak sampai hati to kill the ikan haruan. But its a task that you should get through it. Ya, I know. It's all about drama. Everybody in the Masterchef are drama king and queen.

+___+

me don't like it. same as AA. When he was cooking cokodang yang teramat garing. What the fish? I think you can do better. But you are main-main dengan food. Food is rezeki!. Rezeki is from Allah. Huh-

The judges should be more strict! It is food! Respect the food bro!

Rasa macam frust tengok Masterchef Selebriti ni. Tak tau la malam ni nak tengok ke tak.....sangat-sangat frustrated. Tapi apa guna kan? Benda sumer dah record diorang bukannya boleh repair pun. Eventhough nak undo it pun tak boleh. Teruskan saje.

Gara-gara nak naikkan rating, macam-macam kisah!.






mode: marah-

Astaghfirullahalazim.

Monday, June 4, 2012

Tersingkir

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Next selebriti yang disingkirkan ialah Salamiah Hassan. Aku tak dapat tengok. Aku kan balik Banting. Bila balik Banting, memang tak dapat lah nak layan citer kegemaran

Kene tukar taste.

Tengok citer Tamil la pulak. Huuhuhu.

Semalam nya episod pun tak dapat tengok sebab masa tu aku masih lagi dalam kereta. On the way balik Kay Ell. Apa yang aku tau ....

Dia yang terkeluar...ruginya tak dapat tengok lagak si AA. Bahahahaha.



Cam pelik je dia boleh terkeluar kan? Aku cam rasa dia pandai masak. Hmmmm....

Takpe nanti nak kene tengok apa yang terjadi dua hari lepas. Malam ni jangan lupa okey!.

Wednesday, May 30, 2012

Kan aku dah cakap!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai,korang!.

Arini tak mengantok sangat. Agak segar sedikit. Pagi tadi mendung. Hujan sebentar. Kalau dapat hujan lama sikit mesti best. Sejuk sikit bumi Allah ni. Kan?

As I told you all before. Betulkan si AA tak keluar dari Masterchef Selebriti! He is money! Bahahahaa.

Mejar Dr Faiz yang terkeluar. Actually memang dia ada melakukan kesilapan sebab sape suruh dia pegi tuang satu tin tomato paste kat dalam filing Buritos itew!. Nama pun Buritos ala Malaysia. HARUSlah pedas sayang.

Takpe.takpe. Chef Joe kata memang Buritos patut rasa begitu tapi kalau dari Malaysian version bukan begitu rasanya. Hehehehe.

Apa yang pasti. malam tadi nye episod memang drama giler. Siap bertangis-tangisan. Hello! tak perlu kot. NO MORE crying please. ME not like it.

See ya Mejar Dr. Faiz!.



Ada undi masuk tak? 

p/s: Kak Mar memang banyak program baru kat TV MALAYSIA ni. Tapi kadang bosan jugak sebab term and situasi macam sama. Menyampah-

motip komen kat sini sebab plagiat Kak Mar nye style. Hehehehehe.

ADIOS!