OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, April 29, 2011

labour day

Selamat Hari Buruh!
aku ucapkan 
kepada 
semua pekerja-pekerja 
di Malaysia
pe lagi mari bercuti panjang!
sabtu, ahad dan isnin....waaaa!seronok nye!
CUTI! CUTI! MALAYSIA!

kepenatan...

minggu ni minggu yang memenatkan.....nak nanges boleh tak?
ari isnin ngan selase ritu handle customer gi PWTC Bookfair....
sangat penat membawa customer buat pemilihan buku
dan
meround satu PWTC Bookfair....
aku khatam semua floor....tercabut lutut aku!
tapi aku kesian kan kat bos aku tu....
dah la preggy, jalan manyak plak tu...cian dia.
hopefully dia mudah bersalin nanti..amin-
ari rabu aku masuk opis sampaila rini...
tapi penat masih tak hilang sebab kene sambung buat listing plak...
giler banyak nak taip... =___=
rini nak balik Banting...
umah mak mentua aku.
boleh rehat-rehat disana (^^,)
seb baik dapat mengemas barang yang harus dibawa pagi tadi...
nanti lunch sambung kemas lagi..kalau sempat..
nak pam susu lagi...
Alhamdulillah, dah hampir 8 bulan aku BF kan Cik Bobot.
Harap-harap dapatle nyusukan dia lebih lama lagi...tanpa campur ngan susu formula...
Amin.

p/s: korang jangan lupa pegi PWTC BOOKFAIR....1 Mei last day, mesti dapat diskaun banyak!

ADIOS!

Wednesday, April 27, 2011

rindu...

almost 5 days I'm not in the blogging theater....theater ke?
miss you all readers! ada ke readers? huhuhuhu....
I am busy with PWTC BOOKFAIR...need to handle customer.
so tired lah!
arini takde customer nak handle jadi aku masuk opis.
kepala pun da start berdenyut-denyut..mungkin akibat dari terlalu penat barangkali...
keje banyak nak buat kat opis arini
so soon or later I'll update BUT only after my jobs DONE...hehehehe

p/s: korang jangan lupa singgah PWTC Bookfair!

ADIOS!

Thursday, April 21, 2011

kelewatan yang tidak disengajakan

arrgggghhhhhh!
aku pagi tadi sedikit kepekakkan...pabila

jam loceng tidak kedengaran pada waktunya (sila abaikan jarum jam diatas) demmit!
aku kunci jam kul 5.30 tapi aku bangun 1 jam 10 minit selepas itu...arrrrggghhhh!
pe lagi berlari berkejaran la aku!
seb baik Umi aku da tolong tanakkan bubur untuk Cik Bobot (time acih umi).....
tu pun bubur tu HANGUS tepat jam pukul 7 pagi....
apakah?
jadi kene tanak balik bubur nasi Cik Bobot. tensi =__=
biler pam susu...susu plak malu-malu kucing nak kuar....aiyoooo (@@)
disebabkan kelewatan bangun, arini aku tak berbaju kurung ke opis....hilang kemelayuan aku...hahahahah
pe lagi berseluar jeans dan blouse bunga-bunga saje le...bukan berkaki ayam okeyh!
tapi Alhamdulillah, aku sampai opis tepat masanye....hehehehe

p/s: sok kene g PWTC BOOKFAIR

ADIOS!

Tuesday, April 19, 2011

Senarai sebelum Bersalin

aritu aku cakap pasal amalan berpantang kan? dah tunggang langgang dah topic aku dalam blog ni...huhuhuhu. tapi tak kisahla kan? sekurang-kurangnya sampai apa yang aku nak sampaikan...betol tak? berbalik kepada topik kita, aku nak bagitau apa yang harus kita bawa atau packing untuk ke hospital untuk bersalin...(ayat aku sedikit tunggang langgang disitu)

senarai barang untuk ibu:

  • 2 helai baju tshirt/ blouse longgar
  • 2 helai kain batik/ skirt/ sluar longgar
  • 1 helai tuala
  • 1 set toiletries
  • 2 hingga 3 painties(sukati la nak bawak berpa pun)
  • pad (aku guna pad biase je-overnight sudah)
  • 2 pasang stokin
  • 2 helai nursing bra
  • 2 set nursing pad
  • 5-10 biji kurma (untuk penambah tenaga)*
  • 1 botol air (untuk menghilangkan kehausan)*
* sukati la nak bawak ke tak nak...hehehehe

senarai barang untuk bayi anda:

  • 2 helai baju lengan panjang & lengan pendek (sila pastikan anda bawa baju yang kaler putih)*
  • 2 helai seluar panjang (kalau bayi anda boleh menyarungnya...klu tak, just bedung je)
  • 1 set toiletries
  • 1 helai tuala
  • 1-2 helai selimut
  • 1 little topi for him/her
  • 2 set mitten & booties
  • 4-6 pampers
  • 2-3 napkin/ kain bedung
kenapa kene bawak baju putih untuk baby? senang Encik Doc nak check samada anak kita ada jaundis atau tak...kalau kita bagi baby kita pakai baju kuning, kaler kuning tersebut akan mempengaruhi mata Encik Doc (ini atas nasihat nurse) Encik Doc pun manusia juga. semasa dalam kesakitan @ contraction tu banyak-banyakkan baca surah-surah yang mudah. Minta keampunan dari Allah. 

Lepas tu baca:
"La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minna zolimin" 

Encik suami pun dinasihatkan baca ayat ni.

Sebelum nak bersalin tu makesure kita dah minta ampun dan maaf kat semua orang untuk memudahkan kita nak bersalin. Namun, ianya di dalam perbendaharaan Allah s.w.t.

Kalau korang kene admit sepital lebih awal, mintak lah Encik Suami membawa Al-Quran ataupun terjemahan Al-Quran. Dekatkan diri dengan Allah. Insya Allah, kita ingat Dia dan Dia ingat akan kita. Berzikir. Berdoa.

Masa aku bersalin Cik Bebet dan Cik Bobot, Alhamdulillah Hospital Ampang memasang bacaan ayat Al-quran sewaktu aku tengah menunggu pintu rahimku terbuka lebih besar. Kalau boleh Encik Suami sila temani isteri anda, kerana isteri anda memerlukan sokongan yang sangat kuat dari anda.

tu saje pesanan aku untuk korang yang waiting days untuk bersalin. semoga notes aku membantu korang. kalau ada yang terkurang tu minta maaf la yea.

ADIOS!

Friday, April 15, 2011

amalan berpantang

berpantang apa ye? berpantang selepas bersalin la. aku tau orang zaman sekarang ni agak memandang remeh hal ini. apatah lagi jika tiada orang sekeliling tidak mengetahui atau tidak berapa fasih dalam amalan berpantang 44 hari selepas bersalin. Alhamdulillah,aku bersyukur kerana aku mempunyai seorang umi yang dapat menjagaku ketika aku dalam pantang. Bagi sesetengah orang muda memang mereka akan memandangkan ianya sangat remeh dan menyusahkan. Sayangnya mereka tidak mengetahui apa di sebalik amalan berpantang tersebut....sayang seribu kali sayang.

proses berpantang ni memanglah amat remeh dan sangat melecehkan. sebabnya kita perlu berbengkung, berstoking, berkain batik, berurut dan berpantang makanan. dikatakan berpantang ni dapat mengembalikan bentuk badan yang asal, badan menjadi sihat dan cergas, menjadi jelita dan mampu mengekalkan nikmat suami. tak percaya? aku berpantang 44 hari dan kini badan aku menjadi seperti asal.

kini, dari 10 orang yang berpantang...aku rasa mungkin dalam 5 orang je yang berpantang mengikut cara betol. yang lain dah tak kisah nak pantang atau tidak sebab mereka tidak mengetahui apa bestnya berpantang mengikut aturan yang betol.hehehehhe...

Bengkung
Pertama-tama sekali. kita kene berbengkung, berbengkung ni adalah amalan yang paling utama sekali dalam berpantang. sekarang dah tak payah jahit sendiri. korang boleh je beli kat internet tak pun kedai yang ada jual jamu. Bengkung ni ada 3 jenis. Ada yang macam barut kanak-kanak, bengkung Mia pulak jenis bengkung yang lebar dan diikat berselang seli dari bawah ke atas (aku pakai bengkung ni masa bersalin no.2). Last sekali bengkung Jawa. Bengkung Jawa ni merupakan kain lebar sepanjang 15meter dililit kemas dari pinggul sampai ke bawah payudara (aku pakai bengkung ni masa bersalin no.1)

Faedah berbengkung

• perut kempis;
• berat badan turun;
• potongan badan kembali kepada bentuk asal;
• organ dalaman tidak bergoyang menyebabkan organ tersebut lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
• abdomen dan otot longgar menjadi ketat;
• postur menjadi tegak, justeru, membantu penyusuan bayi;
• lemak dan selulit akan pecah;

Berurut

Berurutlah sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. Aku berurut selepas bersalin tiga hari berturut-turut dan selepas hari ke 40 pun aku berurut.

• melancarkan perjalanan darah;
• mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung;
• menaikkan rahim;
• membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
• memecahkan lemak;
• mengetat dan membentuk tubuh.

Urutan di bahagian payudara juga melancarkan susu ibu dan ini disokong oleh pakar perubatan juga.


Bertungku

Sebelum berbengkung, wanita bertungku supaya rahim kecut dan darah beku keluar. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini akan mengganggu kesihatan. Biasanya, dikatakan bertungku juga:

• memecahkan lemak;
• mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
• mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.

Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.

Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga.Kalau yang mana ada pembantu tu, boleh mintak tolong pembantu tunku kan bahagian belakang. bertunku waktu selepas mandi pagi sebelum pakai bengkung dan selepas mandi petang sebelum pakai bengkung. hasilnya? anda cuba dan nikmati nya sendiri! syoknya bertungku!

Jamu

Ibu baru disarankan memakan jamu serta herba panas seperti halia dan berpantang dari mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk". Anda tidak digalakkan memakan hidangan berminyak, dan ini akan membantu anda kembali kepada berat badan asal .Ibu baru juga dilarang meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:

• mengembalikan tenaga;
• memanaskan badan;
• mengeluarkan lemak dan toksin;
• dan, melawaskan ke bilik air.

Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut. Mengikut penyelidikan, apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan.

Aku makan jamu Nona Roguy. Aku makan selepas seminggu aku bersalin. Dan hasilnya sangat-sangat memberansangkan. Aku hilang 10kg dan berat badan aku maintain sehingga sekarang 45kg. Alhamdulillah. Oh,ya! kalau makan jamu Nona Roguy tu, memang kita akan selalu pergi ke tandas sebab pil jamu tersebut buang semua toksin yang ada dalam badan.


Mandi-mandian herba dan akar kayu

Ramai ibu baru juga bermandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah semasa dalam pantang. Ia akan mengembalikan kecergasan, membuangkan angin, menghilangkan bau hanyir dan merawat urat yang terputus. Sangat menyegarkan mandi camni. Tapi aku takdela mandi air rebusan herba...aku cuma gunakan mandian lulur dari Nona Roguy dan mandi ngan air panas selama 44 hari.


Makanan


Ada ibu-ibu yang berpantang ni seminggu je ikut pantang makanan. lepas seminggu je bedal semua. Jangan buat macam tu. Badan dan sistem badan kita ni nak pakai lama. Jangan main hentam kromo je. Dalam pantang korang kene makan makanan yang panas-panas. Jangan makan makanan yang dah sejuk. Makanan pun mesti masakan yang baru masak. Tak boleh makan makanan yang dah semalaman. Lepas tu bukan semua makanan orang lepas bersalin ni boleh bedal.


Contoh makanan yang perlu dielakkan semasa berpantang:
  • udang
  • ayam 
  • kobis
  • ikan yang berbisa
  • ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi
  • bunga kantan
  • minuman berkafein
  • ikan bawal
  • ikan kembong
  • ikan yang berduri
  • makanan laut
  • air sejuk
Ini jela yang aku amalkan semasa dalam pantang. cuma resepi je aku belum masukkan. resepi next time okey. tak larat da nak menaip.apa-apa hal pun aku nak bagi nasihat sket amalan berpantang ni penting sebab korang akan rasa keindahannya pabila umur korang menginjak 40 tahun keatas. contohnya paling terdekat ialah umi aku. Alhamdulillah, sampai kini dia masih lagi sihat tanpa mengadu ada sengal-sengal tulang atau bisa-bisa badan. Badan kita nak pakai lama dan macam-macam kegunaan. Nak layan suami dan layan kerenah anak-anak. Jadi jagalah badan kita sebaik-baiknya. InsyaAllah.

Renung-renungkan!

ADIOS!

tanggungjawab isteri terhadap suami


Next tazkirah is to all wives. Even though I know that all the wife will read not hubby. Its fine by me. Hehehehehe...This entry is all about responsibilities of wife to her husband. Lets read and make it as one of our knowledge.

Kalau suami mempunyai hak dan kewajipan terhadap isterinya, maka isteri juga mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suaminya. Sesungguhnya tugas seorang isteri terhadap suaminya adalah sangat penting dan mesti dipatuhi sehingga pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.” (Hadis Riwayat At-Turmizi)
Antara tugas isteri ialah :

Jujur dan taat setia kepada suaminya dalam sebarang hal dan pekerjaan yang tidak berlawanan dengan hukum Islam.

Menyampaikan hajat suami kepadanya, iaitu perkara-perkara yang dibolehkan oleh Islam termasuk perkara yang mengenai hubungan kelamin, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud.

“Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur sedangkan isterinya menolak (tanpa uzur) sehinggalah suami itu tidur dalam keadaan marah dan kesal, malaikat akan melaknatkannya (isteri) hingga ke subuh.” (Hadis Riwayat Abdul Rahman Bin ‘Auf)

Isteri mestilah berkelakuan sopan terhadap suaminya, wajib menjauhkan kata-kata yang menunjukkan kedurhakaan atau menyakitkan hati suami seperti memaki, mengomil (berleter) atau kata-kata yang tidak disukai oleh agama atau adat.

Janganlah memberati atau memaksa suami dalam soal nafkah seperti pakaian, wang ringgit dan tempat tinggal yang lebih dari ukuran yang wajib baginya kerana ia akan mendorong suaminya ke lembah curang seperti rasuah, curi, rompak dan sebagainya.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Perempuan yang datang kepada suaminya dengan muka masam dan mengomil meminta belanka (lebih) atau mengadakannya maka tidaklah diterima Allah amalan perempuan seperti itu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abi Hurairah)

Minta keizinan suami apabila hendak keluar dari rumah walaupun untuk menziarahi keluarga, ibu-bapa atau kerana menuntut ilmu.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

“Perempuan-perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya adalah ia di dalam kemurkaan SWT sehinggalah ia balik ke rumahnya atas suaminya redha akan dia.”

Hendaklah memelihara harta benda dan rumahtangga supaya bersih, rapi dan kemas serta isteri tidak boleh memberikan sesuatu harta benda suaminya kepada orang lain tanpa izinnya.

Segera meminta maaf apabila terlanjur mendurhaka kepada suami.

Sepertimana yang dipraktikkan oleh Fatimah puteri Rasulullah SAW menurut sepotong hadis yang bermaksud:

Fatimah telah datang berjumpa ayahandanya Rasulullah SAW dalam keadaan menangis dan mukanya berubah tanda penyesalan lalu bertanya Rasulullah SAW: 

“Kenapa wahai anakku, Fatimah?” 

Fatimah menjawab, “Ayahanda, kelmarin anakanda dengan Ali telah berseloroh (bergurau) sehingga terbit kata-kata anakanda yang menyebabkan Ali marah anakanda, anakanda menyesal kerana sebab mulut anakanda itu Ali menjadi marah, lantas anakanda meminta maaf darinya dan mengeliling dia sebanyak tujuh puluh dua kali sehinggalah ia memaafkan dan Ali pun tertawa serta redha”. 

Sabda Rasulullah kepada Fatimah,”Demi diriku yang telah diangkat oleh Allah sebagai Nabi, sesungguhnya engkau sekiranya meninggal dunia sebelum Ali redha atas kesalahan itu takkan ku sembahyang jenazah engkau”.

Jikalau suami tidak berharta dan isteri dari anak orang kaya janganlah isteri menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan harta yang diberikan oleh ibubapanya sambil mengecilkan pemberian dari suaminya.

Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Allah akan menghapuskan amalan perempuan itu sekalipun banyak amalan kebajikannya.”

Hendaklah isteri memakai pakaian yang cantik dan bersih di hadapan suaminya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Perempuan-perempuan yang menghias diri kepada yang bukan suami atau muhrimnya adalah seperti lampu yang tidak bercahaya di akhirat kelak.”

Isteri wajib memelihara perasaan dan peraturan suaminya, isteri tidak boleh membenarkan masuk seorang lelaki atau perempuan yang tidak disukai ke dalam rumah. Jika isteri hendak berpuasa sunat ketika suaminya berada di rumah hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)

Demikianlah hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami dan rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah SWT kepada seorang isteri yang solehah. Apabila suami dan isteri melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing maka lahirlah rahmat dan kasih sayang yang akan menghasilkan kebahagiaan bersama seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT di dalam firmanNya, maksudnya:
“Dan di antara keterangan tanda-tanda Allah bahawa ia menjadikan isteri dari kamu untuk kamu tinggal bersama dalam keadaan kasih sayang, cinta mencintai serta mendapat kerahmatan, sesungguhnya tentang yang demikian itu adalah tanda kebesaran Allah SWT bagi kamu yang mahu berfikir.”
Apabila tanggungjawab masing-masing dapat dilaksanakan maka di sana ada pula tanggungjawab bersama yang mesti diawasi dengan rapi yang juga merupakan factor-faktor penting dalam mewujudkan rumahtangga bahagia, antara lain:

Anak-anak yang didapati hasil dari perkongsian hidup suami isteri hendaklah diberi pendidikan yang sempurna sama ada dari segi rohani, jasmani dan akalnya atau dalam erti kata yang lain ditanam dalam dirinya iman dan takwa menjalani hidup di dunia ini.

Hendaklah masing-masing menghormati orang tua kedua belah pihak sekiranya mereka masih hidup.

Hormati dan berbaik-baik dengan jiran tetangga kerana sekiranya suasana di dalam rumah penuh harmoni tetapi dengan jiran bermusuh, kebahagiaan tidak juga terlaksana dengan sempurna. Sebab itu baginda Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa antara syarat kebahagiaan seseorang anak Adam ialah jiran yang soleh (baik).

Renung-renungkan dan Selamat Beramal (^^,)

ADIOS!

tanggungjawab seorang suami terhadap isteri

today my tazkirah is about responsibility of husband to his wife. my tazkirah will be in Malay. but today I'm trying to chit and chat with you in English. It's a good try what and me also can improve my English....yeah!


Suami adalah merupakan ketua yang akan memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga. Sikap suami mempunyai pengaruh yang akan besar terhadap suasana yang mesra, aman dan damai atau sebaliknya. Maka dengan itu, para suami mestilah menjadi seseorang yang benar-benar matang fikirannya, tahu tugas dan tanggungjawabnya, serta bersifat jujur dalam memimpin dan mengetahui rumahtangga yang baru dibina itu. Untuk melahirkan sebuah perkongsian hidup yang benar-benar bahagia dan berwarna-warni, maka Allah SWT sendiri menggariskan beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :

Wajib atas suami memberi mas kahwin kepada bakal isterinya. Firman Allah SWT maksudnya : “Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”. Maka dengan itu suami tidak berhak untuk menggunakan mas kahwin tersebut, melainkan mendapatkan keizinan isteri. Ada faham para suami? kamu tidak berhak menyentuh mas kahwin tersebut.
Memberi nafkah zahir dan batin.Nafkah zahir tu macam tempa tinggal means rumah yang dapat memberikan suami dan isteri keselesaan dan keamanan sambil membina keluarga. Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”

Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang. Firman Allah SWT, maksudnya:

“Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”

Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.

Suami perlu menahan diri daripada menyakiti, berpelakuan kasar atau membuat sesuatu yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab.

Sudah menjadi kewajipan para suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk pergi menziarahi keluarganya yakni ibu bapa dan kaum keluarga isteri.

Demikianlah di antara kewajipan suami terhadap isteri, di samping itu sebagai yang kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat, hendaklah diberi layanan-layanan yang istimewa seperti berikut :

Suami hendaklah sentiasa bertimbang rasa, menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sebagai singa yang garang terhadap mangsanya.

Adalah menyedihkan setengah orang-orang jahil menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah menunjukkan kelakiannya, dan ia menyangka berlemah-lembut terhadap isterinya adalah satu sifat yang hina dan memalukan, tetapi sebenarnya bersifat kasar adalah membawa isteri menjadi durhaka, sebaliknya bersifat lemah-lembut menyebabkan isteri kasih dan menghormatinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”

Hendaklah suami memberi kelapangan perbelanjaan rumahtangga keperluan hidup yang selayaknya mengikut kemampuan yang sewajarnya. Jika suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan dari harta suaminya walaupn tanpa izinnya, sebagaimana Rasulullah sendiri memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila ia mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.

Hendaklah suami menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan seperti apabila ia sakit, diberi rawatan perubatan yang secukupnya.

Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya ia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”
Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja.

Haruslah seorang suami mempunyai sikap berterus terang dengan isteri dan jangan sekali-kali berdusta. Ini kerana jika suami suka berdusta maka si isteri juga akan berdusta kepada kamu. Malah sikap berdusta dibenci Allah. Kenapa harus dilakukan?

Nasihat ni penting untuk para suami yea. Sebagai seorang suami yakni ketua keluarga, janganlah kamu memperturutkan semua kehendak isteri sehingga terjadinya istilah "Queen Control"

Dibolehkan suami memukul isteri untuk mendidik bukan untuk balas dendam. Dalam hal ini, jangan memaki hamunnya apabila hendak memberi pengajaran kepada isteri, Tetapi menegurnya dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tinggalkan tempat tidur dan tidak tidur bersama-samanya). Namun, ianya bergantung kepada permasalahan yang wujud. Seboleh-bolehnya cuba bertoleransi dan berkomunikasi dengan perbincangan.

Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu Insya Allah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.

p/s: hormat menghormati-

ADIOS!

A Doctor In The House by Mahathir Mohamed

I've already bought this book!
but dunno when i can read it.
Am I applicable to read this very thick book?
applicable? (is that the right word to fit in that sentence?)
dunno la my friend.
Hopefully I've a lot a lot and a lot of kerajinan to read this thick book....huhuhuu

memandangkan my house still under renovation so i can't make it. hhehehehe...maybe after that....maybe~
lalalalalala....

Thursday, April 14, 2011

12/04/2011

den tak kojo rini...den pulak demam+migrain!
birthday abah den!
petang kang g beli kek kat Pistachio. American Chocolate Cake. Terlalu manis untuk abah. Jadi pasni tak boleh beli kek ni lagi untuk beliau. huhuhuu...sowi abah-

dah lama aku tak kene migrain. migrain ni stop lepas aku kawen. sebelum kawen tiap-tiap bulan kene. slalu je tak gi keje biler Encik Migrain ni datang. Lepas kawen, alhamdulillah migrain tu ilang tapi tak sangka tahun ni Encik Migrain datang kembali. Aku sangat malas nak jumpa Encik Doc untuk mengambil ubat. Jumpa Encik Doc memerlukan ongkos. Kalau ongkos nya kurang bagaimana mau jumpa Encik Doc...hmmmm-

pada arini juga la aku baru perasan yang Cik Bebet dah 23 bulan dan Cik Bobot dah 7 bulan. Makanye next month Cik Bebet da dua tahun...cepatnya masa berlalu~

11/04/2011

Aku EL . Cik Bebet dan Cik Bobot mengalami kesihatan yang kurang baik. Lalu pada jam 9 pagi kami pun pergi la klinik. Konon nak pegi Klinik Keluarga yang dipunyai oleh Dr Ghazali namun tak kesampaian sebab Dr on call. haaiiihhhhh =___=

Lalu kami pun meneruskan perjalanan ke Klinik Jameela Ali yang dipunyai oleh Dr Zul. Seb baik dekat jek...belakang klinik keluarga je...hehehehe.

Cik Bobot sangat tak kisah ngan Encik Doc...tapi Cik Bebet sangat tak mesra ngan Encik Doc. Encik Doc nak check dia nyer tonsil pun dia tak bagi. Cik Bebet menutup mulutnya dengan kejab sekali. aiiyoooo! @__@

Pulang rumah...nak bagi ubat.Perang lagi aku ngan Cik Bebet. Nasib baikla Cik Bobot tidak meniru aksi kakak nye. Kalau beliau meniru...teruk den!

10/04/2011

Cik Bebet demam selsema. Cik Bobot plak selsema. Tak lama lepas tu Cik Bebet start batok-batok. Gundah hati aku. Gara-gara ada renovation kat umah, anak-anak aku tak sihat. haiihhhh.... =____=

Cik Bebet takde selera makan...nak minum air je. Gundah lagi hati aku. Camner nak bagi ubat. Namun aku usahakan juga supaya dia makan.

Bila da bagi makan. Sesi makan ubat la pulak. da macam nak pegi perang. Mana tak nya Cik Bebet sangat-sangat tidak suka makan ubat. adoiyai- WAR! huhuhuhuhu

Bila dia tido baru leh bagi susu...bila bagi susu. Batuknya datang kembali. Pabila batuk lalu keluarle semua susu yang dia minum....Gundah lagi hati seorang ibu =____=

Wednesday, April 13, 2011

Ladies & Sista

Korang ada problem sakit senggugut
sakit giler?  
Period tak menentu
aku amat memahami...
say NO to ponsten (betol ke aku eja ni) 
atau
painkiller 
atau
panadol menstrual.

You all patut say YES to EPO. 
EPO
Apa ni? 
it stand for Evening Primrose Oil. Extract from this flower...

but what we need is its oil...from oil it will be a capsule in a bottle....hehehehe


This is one of the brand. 21st century. Korang leh tengok kat farmasi. macam-macam brand ada. dan macam-macam miligram ada. EPO ni sesuai untuk gadis-gadis dan wanita-wanita yang mengalami senggugut, period tak teratur dan kulit kering. Aku da makan EPO ni dari zaman mude remaje lagi. Tapi semenjak aku ada anak dan ber'breastfeeding' ni aku stop...hehehehe.

Korang leh try benda ni...sebab hasilnya aku dah nampak pada diri aku sendiri, Umi aku, BFF aku. Korang leh try. Apa-apa pun cuba dapatkan nasihat pakar sebab aku meng'suggest' je kat korang.

ADIOS!

Friday, April 8, 2011

Pesanan Buat Isteri.....

Semalam aku buat entri untuk suami...arini aku wat entri untuk para isteri plak. Kali ni sedikit menyentuh isu sensitif...hehehehe. Kepada bakal-bakal ibu dan bakal isteri, anda harus menjalankan pelbagai tanggungjawab. Makanya haruslah dipikul tanggungjawab tersebut dengan seikhlasnya....Kepada ibu-ibu dan isteri semoga kita berjaya menjalankan tanggungjawab yang harus kita pikul dengan seikhlas hati dan sebaik-baik mungkin. InsyaAllah....(pesanan untuk diri sendiri jugaks)


Kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri. -memang pon-contoh nya aku....60% ibu dan 40% isteri: supaya jadi 50% ibu & 50% isteri....namun aku cuba untuk mengatasi masalah ini...Insya Allah-

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. harap-harap Encik Usben tak bosan ngan saye....huhuhuhu

Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami. 


Makanya, isteri-isteri jagalah penampilan anda-anda semua...tidak kira walau dimana anda berada. Jagalah hati suami kerana syurga para isteri di bawah tapak kaki suami.


ADIOS!

Thursday, April 7, 2011

Pesanan Buat Suami....

Entri kali ni aku nak bagi pesanan buat semua para suami, para hubby, para husband. Nanti aku masukkan entri untuk para isteri pulak yea...hihihi-

walaupun aku letak entri untuk suami...tapi aku pasti yang ramai baca semua para isteri....betol tak?


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.. Kesian si isteri penat masak...tau-tau kene compare ngan masakan mak....terasa la hati isteri...TAPI, para isteri boleh ambil komen tersebut sebagai satu cabaran.okey?

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. Tapi tak semestinya isteri boleh jadikan nyer ianya satu alasan untuk menolak sex yea....dapat pahala kalau ianya dilakukan dengan ikhlas ^__^

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. 


6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.


8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.


9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.


10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hahahaha...aku suka statement ni (sambil melambai-lambai tangan ke arah Encik Usben)

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Belanja isteri tu kan sedekah...tak nak pahala ke cik abang ooiii?

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?


15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.


16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? 


18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.


21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.


22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali


23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. 


"Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

ADIOS !

Wednesday, April 6, 2011

mari membaca!





Tempat : Dewan Tun Razak 3, PWTC Kuala Lumpur.
Tarikh  : 22 April 2011 - 1 Mei 2011
Masa  : 10.00 pagi hingga 7.00 malam

mari!mari!mari!
kita beli dan baca buku!
bawa anak-anak, 
adik-beradik, 
kakak-kakak 
dan 
keluarga ke 
Pesta Buku!

tak puas hati!

aku GERAM!

ada muka geram ke cam ni?
aku geram betol dengan media massa sekarang ni...tak kisah la media elektronik ke atau media cetak!
mana tak geram nye...tak habis-habis cerita pasal...


berita sekarang da tak sesuai untuk kanak-kanak atau remaja lagi. Berita yang tersiar dalam media cetak mahupun media elektronik adalah hanya untuk penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas! Sudah-sudah la tu pihak media cetak dan media elektronik untuk menyiarkan cerita pasal beliau. Banyak lagi cerita yang korang leh siarkan!

Kasihani la kepada ibu bapa yang kat luar sini nak kene explain pada anak-anak mereka tentang apa yang disiarkan oleh pihak-pihak media!

Cukup-cukuplah mengaibkan orang! Aku rasa korang pun tau hukum-hakam mengaibkan orang! Seperti yang kita tau .....

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

Aku tau pihak media akan mencari berita hangat untuk melariskan berita tapi tolong la berpada-pada. Penduduk Malaysia ni berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur. Jadi sila sesuaikan berita yang ada dengan semua peringkat umur.

Kami para-para ibu ni mendidik anak-anak kami supaya membaca suratkhabar dan menonton berita supaya mereka lebih berinformasi. Tapi kalau udah suratkhabar dan berita di televisyen asyik menyiarkan berita tentang kelucahan beliau dan kepronoan beliau. Bagaimana anak-anak kami nak jadi seorang yang berinformasi? Ini kerana hampir separuh daripada berita yang ada...menceritakan tentang video porno beliau dan keaiban beliau. Begitu juga amalan rasuahla yang dijalankan oleh sesetengah pihak!

Dimana cerita tentang kebaikan pihak pemimpin yang membantu rakyat? Bila tengok berita je....pihak pemimpin dan pembangkang memburuk-burukkan masing-masing. Kadang tu menggunakan bahasa yang kurang sesuai. Apatah lagi perkara tersebut berlaku dalam sesi Dewan Parlimen. Apa suda jadi ni? Geram nye la aku ngan korang ni!

Kalau dulu boleh gak layan berita sambil makan. Sekarang ni dah tak boleh...berita sekarang rasa macam tak boleh la nak di tonton lagi. Sangat-sangat kurang sesuai! Aku berharap sangat pihak berwajib dapat le mengurangkan pengeluaran berita-berita yang kurang sopan ni di dada-dada akhbar.Kami mahu jadi rakyat yang berinformasi bukannyer rakyat yang mendengar kontroversi!

ADIOS!

Suami yang membahagiakan Isteri


Siapa yang tidak inginkan perkahwinan yang membahagiakan dan berwarna-warni meskipun ada kalanya ada perselisihan faham atau pendapat sukar untuk dielakkan. Seperti kata pepatah; Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Entri kali ni aku nak bagi petua untuk mewarna-warnikan rumah tangga. Korang boleh cuba, mana tau rumah tangga korang yang dah memang berwarna-warni tu lagi bertambah seri. Hehehehe....

* Hiburkan hati isteri dengan bercerita atau gurauan yang mesra.Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

* Bergurau senda tidak hanya di rumah, malah boleh dilakukan dalam kenderaan ketika ke tempat kerja ataupun ke mana saja. Janganlah dalam kereta, korang membisu seribu bahasa...berborakla. Takpun ON radio pastu nyanyi sama-sama. Kan meriah tu.....

* Cuba amalkan makan bersama setiap hari. Di bulan puasa, sentiasa cuba untuk berbuka dan bersahur bersama. Kalau macam pasangan yang opis berdekatan tu, cuba la sarapan ngan lunch sesama...kan lebih intim.

* Berbual mesra dan nasihat menasihati ketika makan adalah amalan yang akan menarik hidayah Tuhan serta mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan sewaktu makan.

* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ia bukan saja dapat meringankan beban isteri, malah boleh mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan. Macam tolong sidai kain ke, kemas umah ke, cuci pinggan.


* Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan serta peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

* Bentuk sifat cemburu yang positif. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu kerana dia rasa dihargai.

* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkan isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia.

* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar.
Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

* Jadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini. (kecuali kalau Mak, tak apa sebab dalam hierarki, Mak adalah lebih utama.)

* Cintai isteri sepenuh hati. Cinta tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga serta berteraskan iman dan takwa. (Cinta kerana Allah… kita bercinta hingga ke Syurga ya.)

* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah.

* Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi yang patut diberikan kepada keluarga.

* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang akan sentiasa tenang, sabar, waras, bijaksana serta dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu saja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.(Memuliakan mengikut apa yang Islam ajar.)

* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad s.a.w amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan kerenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.

* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri.

* Urus tekanan dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas.Lakukan riadah, ambil makanan seimbang, hentikan merokok, bercampur dengan orang yang positif, bermain dengan bayi, melihat ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.



Selamat Beramal!


ADIOS!

Monday, April 4, 2011

Darah Tinggi?

kepada anda-anda yang ada darah tinggi...tak kira tua atau muda.
zaman sekarang ni penyakit datang tak kira umur.tua atau muda sama je penyakitnye.
mungkin disebabkan cara pemakanan dan kehidupan orang zaman sekarang.
cara untuk mengurangkan darah anda 'mencanak' naik....sila ikut arahan ini...

mula-mula...korang amek benda ni...


pastu masukkan sebatang saleri kat dalam blender....

 
lepas tu masukkan pulak satu biji encik epal hijau ...



selepas itu masukkan 1/4 batang encik timun...

 dan lagi kalau berani masukkan sebiji peria....





kemudian masukkan secawan air dan beberapa ketul ais...lepas tu minum.Amalkan seminggu sekali tak pun dua minggu sekali. InsyaAllah darah yang selalu 'mencanak' naik tu akan turun. Jangan lupa makan ubat spital jugak! Jaga pemakanan! Jangan makan daging dan benda berlemak sangat. Selamat Mencuba!

p/s: 

  • korang leh tukar bahan-bahan.tak semestinya campur semua. boleh campur 3 benda sahaja atau 2 benda sahaja. 1 benda sahaja pun boleh
  • kalau makan saleri sahaja boleh menghilangkan bau mulut.
  • jus timun pula sangat menyegarkan
  • epal hijau + dengan asam boi...sangat sedap dibuat jus!


ADIOS!

cuci mata...sebab...

memandangkan umah kami sedang di'renovate'

untuk buat bilik tido mamat neyh....


jadi aku ngan Encik Usben dan anak-anak melarikan diri dari segala habuk, ke...


dah lama kami tak datang sini...takde apa yang special pun cuma saje nak bawak Cik Bebet dan Cik Bobot jenjalan melihat dunia luar...hihihihi- ramainye la umat kat MV ni. Seb baik tak sesak sangat. JJ pun ada sale. Nama pun SALE, aku pun sambar le apa yang patut... ^ _ ^

Lepas da penat jenjalan dan beli apa yang patut. Kami pun singgah le makan lunch kat sini...


pastu waiter si Encik Chicken Rice Shop ni offer makan set ni....


okey la set ni. Lagi-lagi Cik Bebet. Nasi Ayam is her favourite. Setengah nasi dia habiskan. Alhamdulillah....
Biler da lepas makan, Cik Bobot telah mengamukkan diri nya...Haaiihhh-
Beliau suda kepenatan, mau tido. Jadi pulanglah kami berempat ke rumah Cik Puan Azlyn dan Encik Afzan....
ni gambo anak-anak nyer....Encik Seth Amirul Hisyam & Cik Annisa Adryanna...

Lepas da penat melepakkan diri kat umah diorang...kami pun beransur pulang. Umi aku call katanya mintak belikan nasi ayam kat Pasar Malam Melawati.....pe lagi zzzuuuuuppppp, kami trus ke Pasar Malam untuk membeli nasi ayam (^ ^,) 

Sayangnye, Cik Bebet ngan Cik Bobot tido dalam kete. Makanya, aku dok le dalam kete sambil menanti Encik Usben pergi membeli nasi ayam. Diorang berdua ni kepenatan sebab buat 'konsert' kat umah Cik Puan Azlyn...haiihhh-


Nasi ayam? Udah la tengahari pun makan nasi ayam. Bedal je la...perut pun da lapa...huhuhuhuhu-

p/s: hari yang sangat penat  =___=!

ADIOS!

Anugerah Bintang Popular 2010!

Semalam 03/04/2011...Anugerah Bintang Popular 2010.



Sangat meriah...aku dapat rasakan kemeriahan even though aku tengok kat TV je. Aku tengok ngan Encik Usben yang sangat kuat mengomel. Haihhh-

Kali ni diorang tampilkan konsep Modern Klasik. Ada yang cantik ada yang kureng cantik...maksud aku baju diorang. Bak kata Encik Usben pakai baju tradisional Malaysia pun klasik gaks! No need to wear dress yang ketat metat nampak bentuk boobs and butts...hihihihii.

Aku suka biler Zizan jadi host



 ...kalau ada Afdlin Shauki pun lagi best. 

They should change the emcee. Next year I hope they can change the emcee. amek guys pun takpe.

Tapi okey gak Kak Engku and Sharifah Shahira jadi emcee....hihihihi



 Aku suka dengar Shaheizy Sam nyer ucapan...he say thanks to Dato' Siti Nurhaliza sebab berundur dari ABPBH 2010.

Thank you Siti coz u give another artist a chance to be Bintang Popular!


 Hopefully to all ahli pengkritik Anna Raffali, xperlu kritik lagi because she's got her own fans out there. Her fans sangat-sangat mencintai Anna Raffali (^_^)

Congratulations Anna Raffali...



Layan je tengok semalam...all the result sangat-sangat okey! Aku sangat-sangat suka performance 5 Raja Lawak (Zizan, Johan, Angah, Along and Nabil) lepas tu performance Ella, Shima dan Alyah. Congratulations to all winners! 

Especially to Lisa Surihani, Shaheizy Sam and Zizan...this three is my favourite (^_^).





Below the complete result!

Artis Duo/Berkumpulan Popular: 6ixth Sense

Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha

Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

Artis Komedi Wanita Popular: Noorkhiriah

Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani

Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Hj Nawawi

Artis Baru Lelaki Popular: Shahir

Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak

Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

Artis Komedi Lelaki Popular: Zizan

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat:
Dato’ Rosnani Jamil

Penyanyi Lelaki Popular: Faizal Tahir

Pelakon Filem Wanita Popular: Lisa Surihani

Artis Baru Wanita Popular: Ana Raffali

Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam

Penyanyi Wanita Popular: Yuna

Bintang Paling Popular Berita Harian 2010: Shaheizy Sam