OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, July 20, 2012

Alahai, Mat Salih!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam aku baru je habis baca novel Alahai, Mat Salih. Rajin kan aku  baca novel? Masuk bakul angkat sendiri nampak.

Quiet okay gak la citer dia cuma yang aku tak minat ialah banyak repeated scene. Konflik Aira dengan perasaan diri sendiri. Seyes aku rasa cam bosan kat situ. Aira seorang yang sangat payah nak tunjukkan emosi dan perasaan kepada suaminya sendiri, Zafri.

Ini telah menyebabkan aku sendiri dapat merasa apa yang si Zafri rasa. Zafri si Mat Salih yang pandai mengambil hati dan memaafkan orang. Walaupun ada perkataan melayu yang kurang fasih namun jiwanya lebih romantis dari lelaki Melayu.

*taksayangmulutke*

Novel ni banyak berkisarkan penghidupan Aira dan Zafri sebagai suami isteri tapi tak macam suami isteri. Sebab Aira lebih suka mendiamkan diri bila bersama Zafri. Dia suka memprotes. Suka mengisyhtiharkan perang dingin dengan Zafri.

Si Zafri pula, banyak bersabar dengan kerenah bininya. Kerana sayang hamba turutkan. Naseb ko dapat usbeng Mat Salih Aira oooi. Kene dapat laki Melayu, matiklah kau merajuk sendirik. Silap haribulan kene tinggal.

Gagagagaga-


Hasil Nukilan Zan Zarida. Ada part tu macam mencuit hati aku sket. Tapi macam banyak ulangan scene. Aku tak suka.

Okaylah harga dia RM 19.90.

Korang boleh dapatkan di semua kedai-kedai buku yang terpilih.

Kalau malas nak pergi, korang leh order dengan. Oda saja-

Bye-