OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, July 20, 2012

Cliche-

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Attention all passengers.

The Ramadhan gate already open, now you can register all your amalan there. And all the kiosk to upgrade your pahala also ready.

Alhamdulillah. Dengan izin dari-Nya, aku dapat berjumpa bulan Ramadhan semula. InsyaAllah. Jadi tahun ini adalah tahun kelima aku berpuasa sebagai seorang isteri. Dan tahun keempat sebagai seorang ibu.

Bulan Ramadhan dah sampai. Sepertimana aku, kau dan korang sumer tau. Apa yang kita WAJIB dan SUNAT kita lakukan semasa bulan yang mulia ini.

Tak reti-reti lagi?

pa wau alif sin alif!

Itu kan wajib. Itukan salah satu rukun Islam! Itupun masih lagi ada yang MALAS! Atau memang korang nak tempah nama masuk dalam Neraka? Takmo booking Syurga kew?

*akutaulasyurganerakatudalamperbendaharaanAllah*

Konon nak guna ayat-ayat cliche? Nanti-nanti aku taubat lah. Wah! sedapnya mulut berkata. Kalau ko sempat bertaubat. Kalau tak sempat. Hmmm.

*tepokdadatanyaiman*

Allah sayang kan kita sebab tu Allah cipta Bulan Ramadhan ni. Supaya kita dapat upgrade semua pahala dan amalan. Disebabkan terlalu sayang pada makhluk-Nya, Dia dah gari semua syaitanirrojim malam ni. Tak payah banyak citer kalau punya masa dan berkeinginan nak collect pahala, jom kita pegi solat sunat Tarawikh malam ni.

Buat Kak Nam seluruh Malaysia, zip mulut tu kejap. Jangan nak bergosip bulan-bulan posa ni. Daripada Kak Nam tambah dosa, baik Kak Nam pergi surau baca Al-Quran tak pun berzikir. Mana yang suka baca belog gosip tu, cuba tahan diri dari membuka website tersebut. Cuba alihkan diri anda membuka website yang ada sediakan bacaan Al-Quran. Atau amek je senaskhah Al-Quran dan baca.

Untuk mak-mak dan adik-adik yang suka shopping tu. Dari korang buang duit shopping sampai membazir tahap gaban. Baik korang pergi bersedekah. Hulur le duit tu kat masjid-masjid tak pun surau. Atau dari membazir kat Bazaar tu, baik korang sedekah kalau ada si peminta sedekah kat Bazaar. Tapi bila dah sedekah tu jangan banyak citer pulak!. Hehehehe.

Bila waktu berbuka tu pulak biarlah bersederhana. Ini tak, orang dalam umah 3 orang tapi makanan macam 10-20 orang nye hidangan. Sape yang nak habeskan weyh? Muat ke perot tu? Jangan membazir. Tuhan marah orang membazir.

Aku rasa cukup la aku membebel pasal bulan posa ni. Ini pun salah satu motivasi untuk diri aku jugak dan juga peringatan untuk korang jugak!.

Gagagagaga-



Wassalam.

No comments:

Post a Comment