OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, July 27, 2012

Udang Masak Tomato

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Ini adalah lauk kelmarin yea rakan-rakan. Semalam aku berbuka dengan Nasi Tomato, Ayam Tomato, dan Kerabu Tomato.

Terbaek-

Bahan-bahan:

1/2 kilo udang
1 sudu besar cili boh
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam
Gula

Cara-cara:

Bersihkan udang. Sukahati nak guna udang apa-apa pun. Tapi janganlah guna udang kering atau udang geragau. Lempang nak? Udang dah bersih. Ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih dengan halia. Tumis sampai sedikit kekuningan. Masukkan cili boh. Tumis sampai naik minyak. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau sebati. Tambahkan sedikit air. Kalau korang nak kuah banyak, tambah la lagi air. Masukkan garam dan gula.

Tunggu sampai mendidih. Masukkan udang. Udang dah masak. Tutup api.

Siap.


Ni Umi aku tambah bawang hiris. Kalau udang kan sedap ada bawang hiris. Terbaek-

Ini plak hasil Ayam Goreng Cili Padi.


Dan ini pulak desert untuk berbuka!

Hmmm. Sedap sangat-


Masa tu buat air longan. Sedapnye. Perut aku dah macam nak meletops sebab kene abeskan buah longan. Huhuhhu.

Ni gara-gara Umi ngan Encik Awie la ni. Pentamak buah longan. Last-last aku yang kene bagi perabih. Encik Usben pulak abeskan air.

Okayla tu kan bang? Sama-sama gemok! Hahahahaha-