OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, December 30, 2013

butterfly in my stomach

Assalamualaikum,  semua ;)

Hai, korang !

Aku rasa cepat sangat masa berlalu. It feels like baru semalam aku lahirkan dia...cliche sangat.

Actually nak share pasal si kakak nak masuk sekolah.

Yeay! Dia nak masuk sekolah dah. Sekolah tadika Kemas.

Rasa macam ada butterfly in my stomach. Tak tau nak kata happy ke, sedey ke, atau neves.

Hohoho....





Ok

Assalamualaikum.


Tersampok III

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kenapa aku dah lama tak update belog?

-sebab aku tersampok tengok cerita korea.

Kenapa aku tak update belog lepas tengok cerita korea?

-sebab aku macam tiba-tiba hilang rasa dan maklumat untuk update belog

Kenapa asyik update pasal kek?

-haahla....aku baru perasan. aku dah lama tak update pasal budak bertiga tu....

Bila nak update cerita latest?

-entah..aku pun tak tau.

ok.

Assalamualaikum.

Tuesday, December 24, 2013

Mini Chocolate Cake top with Green Apple Choc

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

New kids on the block...

My lovely doo Mini Chocolate Cake top with Green Apple Choc. Aiyooo...smell of Green Apple very nice.


Alhamdulillah, harga masih lagi RM0.50 sen sebiji. Nice kan? Minimum order for mini chocolate cake is 50 pieces.

Self pick-up.

Thank you.

Ok.

Assalamualaikum.

Saturday, December 21, 2013

Mini Chocolate Cake Moist

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam ceria di pagi Sabtu nan indah. Hamboih...indah bila matahari memancar kan sinar sebab boleh sidai kain...mih mih mih

Nak share...cik puan mini chocolate cake moist. Buat masa ini...harga nya masih lagi Alhamdulillah RM0.50 sebijik.

Self-pick up.

Kalau nama pun gambar dari instagram...harus ada side effect =__=

Ok.

Nak order...contact nombor yang kat atas tu.

Assalamualaikum.

Friday, December 20, 2013

Toilit

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Inilah yang terjadi pabila warga asing yang menulis bahasa kita...

Hadoila...

Fenin!


Ok?

Assalamualaikum.

Thursday, December 19, 2013

Birthday Cake

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Alhamdulillah. Hari ini masih lagi bernafas di bumi mu Ya Allah. Dan Alhamdulillah sekali lagi arini aku dapat update belog. Hamboih. Ikhlas ke tak ni.

Ini last week nye citer...member sekolah order Birthday Cake untuk anaknye. Hehehehe...

Ok, takyah banyak citer..meh tengok gambar :)



Ok.

Nak order? Cam biasa lah nombor kat atas tu......

Assalamualaikum.

Wednesday, December 18, 2013

I Can't Sleep

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.


Assalamualaikum.

Tuesday, December 17, 2013

W.O.R.K.S.H.O.P

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Buat perhatian dan tatapan rakan-rakan yang berminat untuk membina kerjaya 'voice over'

Ada sesuatu yang menarik untuk anda yang berminat...ianya akan berlaku hanya pada 29 December 2013.



Jom join!

Assalamualaikum.

Monday, December 16, 2013

l Love to read

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sorry la sayang sayang semua...aku tak sempat nak update belog minggu lepas. Minggu lepas adalah sangat sangat hectic. Dengan sesi jual buku kat Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Tak sempat pun nak update kat belog yang aku ada jual buku kat sana...huhuhuhu.

Buat permulaan minggu ni di hari Isnin yang penuh bahagia ni...aku nak share ni dulu.

Later, kita stori mori other stories. Alright?


Sebelum aku terlupa...

Buku latest yang aku baca...


Ni pun tak habes lagi baca...baca sambil jual buku minggu lepas..maka bukunye ada dalam kotak...kejap lagi kene merajin kan diri memunggah kotak motak yang ada.

mih mih mih

Ok. itu sahaja laporan buat hari ini. Laporan sangat.

Ada sesiapa nak order kek cekelat? call/ pm/ whats'app aku kat 019-3031450

Assalamualaikum.

Thursday, December 5, 2013

Promosi PAKEJ AKIKAH, CUKUR JAMBUL DAN CATERING

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak buat promosi sikit. Kepada sesiapa yang peminat tegar atau ingin mencuba makanan Arab. Uols boleh singgah kat Hannoon Al-Arab Setia Alam.

Sekarang ni korang boleh menikmati pakej yg termurah dan terhebat utk meraikan si comel korang atau meraikan perot korang yang comel itew...

Kat bawah ni deco-decoing for birthday party...



Yang bawah ni pulak deco-decoing untuk cukur jambul atau akikah...









Diorang juga ada menyediakan pakej catering + cradle..

Kat bawah ni pakej diorang...sape cepat dia dapat. Untuk 10 orang pertama....!!!!

PAKEJ CATERING & BERENDOI UTK MAJLIS CUKUR JAMBUL

~ KAMBING GOLEK ( disajikan dengan sos blackpepper yg umppphhhh & Arabic Salad)

~ NASI ARAB 100 pax
* chicken mendy
* mendy rice
* arabic salad
* homemade sauce
* soup
* fruits/ dessert
* ice lemon tea

~ MEJA BUFFET
~ BUAIAN BERENDOI (termasuk decorasi & tirai)
~ 100 GOODIES BEG
~ 100 CONE SOFT ICE CREAM

FREE 100 PAX CHOC FOUNTAIN PACKAGE (VALUE RM 290)
untuk yang ingin mengadakan majlis akikah di dewan kami...
penggunaan dewan adalah FREE!

Anda tidak perlu membuat persiapan..
kami yg akan set up semuanya utk anda..mudah kan???
anda hanya perlu hadir pd hari majlis utk meraikan bayi comel anda.

~ waiter provided (majlis di dewan kami)

*sila maklumkan kpd kami sekiranya memerlukan kumpulan marhaban,
(bayaran extra akan dikenakan utk marhaban)

hanya dgn RM 3500 anda akan dapat menikmati semua pakej ini....

tunggu apa lagi..
jgn ketinggalan kerana promosi ini hanya utk 10 customer terawal sahaja...

SMS "ARABIC CRADLE' ke 012-343 0706 sekarang !!!!!!

Sumber: Hannoon Al Arab 

Wednesday, December 4, 2013

RM 11,200 = 5 sen

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku macam suka je bila RM 11,200 dibayar dengan RM 0.05 sen. Hadoila...jenuh nak kira satu-satu. Tapi zaman dah maju. Pergi bank mintak diorang kirakan guna mesin. Apa susah?

Itu pun nak kompelin.

Aku tak kuasa nak follow kes Erma Fatima dengan Rebecca Nur Islam. Apa punca pun aku tak tau. Tau tau je Erma Fatima kene saman dengan Rebecca Nur Islam.

Hamek RM 11,200. Tapi guna RM 0.05sen. Erma Fatima siap bagi Al-Quran. Bersyukurlah ada sahabat yang masih ingatkan kita tentang Allah.



Tapi...aku pelik jugak ni. Kenapa Erma Fatima bayar guna RM 0.05 sen? Hmmmm....perli kah?

Hik hik hik...

Apa-apalah. Masalah korang. Bukan masalah aku. Kalau aku terima je tak kata apa dah. Bank in duit dapat RM 11,200.00.

Lalalalala....

Ok. Wassalam.

Strawberry Pudding

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sihat kah? Alhamdulillah. Musim hujan sekarang ni. Hati-hati memandu kepada pemandu kereta, pemandu bas, pemandu lori, pemandu van dan penunggang motorsikal. Jalan licin jadi tak perlu pandu dan tunggang dalam kelajuan tinggi. Ingatlah orang tersayang.

Kalau takde orang tersayang?

Sukati kau lah! Orang bagi nasihat degil.

***************

Strawberry pudding. Gara-gara magazine Saji. Umi aku baru beli. Tuan puteri berdua tu selak-selak magazine ternampak Strawberry Pudding.

Dan terus-terusan suez...

Ibu! nak pudding stoberi.

=__=

Maka, dengan gigih semalam beli bahan-bahan. Segala strawberry, segala jelly dan perisa strawberry.

Tepat 10.30 malam settle masak.

Hasil?



Gigih ibu potong strawberry sekeping-keping. Mahal kot strawberry semalam. Selalu dapat harga RM 9.90. Ni tak semalam kene RM 15.99.

Dush!

Resipi?

Memandang ibu pun dah lama tak share resipi...maka hari ni dengan murah hati nak kongsi resipi.

Bahan-bahan:

Bahan A:

45gm serbuk agar-agar/ jelly
200 ml air
3 sudu kecil perisa strawberry
1 sudu kecil pewarna merah

- Masak atas api kecil hingga mendidih dan larut. Tuang dalam bekas dan sejukkan.

Bahan B:

90gm serbuk agar-agar/ jelly
100 ml pati strawberry (aku blend strawberry tu dengan 50ml air)
400 ml susu segar
200 ml air
3 sudu kecil perisa strawberry

- Masak atas api kecil hingga mendidih dan larut. Tuang atas Bahan A tadi. Pastikan Bahan A tadi dah beku.

Nak cantik letak strawberry atas tu.

Rasa? Aku tak rasa lagi. Hohohoho.

Balik kang lah rasa. Selamat mencuba!

Ok. Wassalam

Tuesday, December 3, 2013

Bunga Rampai

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang! 

Firstly, nak wish Selamat Pengantin Baru buat my cuzzie yang nikah on 23rd aritu. Aku tak dapat hadir sebab memang tak dapat nak hadir. Hehehehe...

Tapi-tapi...untuk majlis resepsi aku datang tau! Hohohoho...

Gambar ni aku rompak dari fesbuk panten. Bahahahaha

 
Aku suka pergi kenduri kawen tapi ikut pada mood aku la kan...tapi setiap kali pergi wedding aku tak jumpa bau bunga rampai. Sedihnya...aku suka bau bunga rampai. Korang tau tak macam mana nak hasilkan bunga rampai?

Sebab?

Mungkin orang zaman sekarang dah tak mahir untuk buat bunga rampai.  Memang kerja untuk hasilkan bunga rampai agak remeh. Tapi hasil....wangi kot.

So...aku dengan rajinnya nak kongsi the way to make bunga rampai.  Bunga rampai ni seronok dan syok bila buat ramai-ramai.

What we need is....

Daun pandan


Lepas tu di rampai-rampai seperti ini...


Pastu korang lerai-lerai kan atau pisah-pisahkan kuntum bunga. Mana nak dapat bunga? Korang pergila beli kat kedai bunga yang jual singgit dua hengget segenggam. Hehehehe....

Bunga-bungaan yang belum dileraikan...


Campurkan dengan daun pandan tadi...


And then, korang potong kulit limau purut. Ambil kulit sahaja. Buat benda ni menyebabkan korang bau wangi. Sebab handle benda-benda wangi. Syok sangat. Kalau buat sebelum tido lagi best..sebab korang akan tido dalam keadaan wangi. Hehehehe...



Lastly, apa yang korang perlukan ialah Minyak Patchouli a.k.a Minyak Nilam.



Aku letak sikit je dalam 5-6-7 titik. Tak boleh letak banyak-banyak. Poning kalau letak banyak sangat!. Nanti bau dia jadi unpleasant.

Tapi aku tak guna minyak brand di atas...aku nye minyak aku beli kat kedai India kat Chow Kit je. So, the packaging will be totally different.

Hasil?

Wangilah!

Kalau dalam family aku...if ada majlis yang berkaitan dengan akikah, cukur jambul, wedding or bertunang...aku akan hadiahkan bunga rampai for them.

Sorry, I'm not pot pouri person. Aku dah pernah beli dan cuba suite kan dalam diri aku. NO. I can't. Umi aku pun sama. We love the originality.

Nak cuba? Buat lah! Confirm jatuh cinta kat bunga rampai.

Ok. Wassalam.

Saturday, November 30, 2013

Lewat...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Mahu share satu cerita untuk ingatan diri sendiri dan rakan-rakan blogger. Semoga kita semua dijauhi dengan sikap melewat-lewatkan solat...In shaa Allah.

Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.
Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada
Jatungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat. Ianya adalah hari kiamat! Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri ?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar !

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil. Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai. Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem. Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti

Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam. Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya,

"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan. "

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan. Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.
Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.
Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya.

Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya. Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir.

Dia teringat.... Tidak!

Rasulullah SAW pernah berkata,

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit,

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"


Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat ! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka ! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"

Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud
Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini
Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka.

Dan siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman. Semoga kita dapat mengambil ikhtibar daripd kisah ini .

Ok. Wassalam.

Friday, November 29, 2013

Duduk Sebentar

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Pernah tak buat macam ni?

Cuba buat...

Sambil tu dalam hati istighfar banyak-banyak. Takpun renungkan apa yang korang buat seharian.

Akan ada satu perasaan...satu perasan yang satu macam. Cuba lah!



ok. Wassalam.

Tuesday, November 26, 2013

Selfie

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Selfie...perkataan paling banyak digunakan untuk tahun ini. Rekod ini telah diputuskan oleh Oxford.

Tahniah selfie.

Anak aku pun dah terjebak dengan Selfie session. Masya Allah...budak-budak zaman sekarang. Pantang jumpa kamera.

Aku share satu picture je...yang lelain biarlah buat peneman aku tersenyum di office.

Ngeh ngeh ngeh


#juling
#peaceyo
#selfie
#kerinting
#safiyyah

Hadoila...

Ok. Wassalam.

Apa itu MERS-CoV?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Nak share info sikit...daripada aku biarkan blog ni tak bergerak tanpa ada cerita mahupun gosip panas. Maka aku kongsi info untuk pengetahuan anda-anda semua. 

MAKLUMAT MENGENAI KEJADIAN JANGKITAN MIDDLE EAST RESPIRATORY SYNDROME CORONAVIRUS (MERS-CoV) UNTUK ORANG AWAM LATAR BELAKANG MENGENAI KEJADIAN JANGKITAN MERS-CoV

Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mengenai kejadian
jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) pada
September 2012. Sehingga 4 November 2013, sejumlah 150 kes MERS-CoV yang
disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan dari seluruh dunia, meliputi 64
kematian.

MERS-CoV adalah merupakan salah satu ahli keluarga (strain) dari kumpulan
coronavirus. Ia merupakan kumpulan keluarga virus yang besar dan terdiri dari
pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan. SARS yang
pernah menggemparkan dunia pada 2003, merupakan salah satu dari strain
coronavirus tersebut. Namun begitu, MERS-CoV dan SARS adalah dua strain
coronavirus yang berbeza di antara satu dengan yang lain.

Pada ketika ini beberapa negara di rantau Timur Tengah melaporkan kes MERSCoV
dan negara-negara tersebut adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan,
Qatar dan Tunisia. Begitu juga dengan beberapa negara dari rantau Eropah, iaitu
Itali, Jerman, Perancis dan United Kingdom. Bagi kes yang dilaporkan dari Tunisia
dan negara-negara rantau Eropah, mereka samada mempunyai sejarah lawatan ke
rantau Timur Tengah atau sejarah kontak dengan pelawat yang bergejala sejurus
pulang dari lawatan ke Timur Tengah.

Gejala utama yang dikesan dalam kalangan kes MERS-CoV merupakan jangkitan
respiratori yang berlaku secara akut dan serius, iaitu demam dan kesukaran untuk
bernafas. Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru dan terdapat juga
sebahagian kes yang dikesan dengan gejala gastrointestinal seperti cirit birit. Bagi
individu yang menghidapi penyakit kronik dan kurang daya tahan jangkitan
(immunocompromised), gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak
lazim (atypical).

Punca jangkitan (source of infection) dan cara jangkitan (mode of transmission) bagi
jangkitan MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti. Pihak WHO juga
menegaskan bahawa tahap penularan jangkitan tersebut secara keseluruhannya
tidak diketahui dan tiada vaksin untuk MERS-CoV pada ketika ini. Buat masa ini,
pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalananan (travel advisory)
atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat.


NASIHAT KESIHATAN

Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah dari negara Arab Saudi. Mengambilkira
situasi semasa kejadian jangkitan MERS-CoV di sana dan kekerapan rakyat
Malaysia berkunjung ke Tanah Suci samada bagi mengerjakan ibadah umrah dan
juga haji, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan mengenai
perkara-perkara seperti berikut:

a) Khusus Bagi Jemaah Haji / Umrah Yang Baru Pulang Dari Tanah Suci:

• Hadkan perjumpaan bersama ramai orang dalam tempoh dua (2) minggu
dari tarikh ketibaan di Malaysia.

• Sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

• Amalkan mencuci tangan secara kerap.

• Menjaga adab batuk.

• Sekiranya tidak sihat, dapatkan rawatan lanjut serta maklumkan
mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

b) Khusus Bagi Ahli Keluarga Kepada Para Jemaah Haji / Umrah Yang Baru
Pulang Dari Tanah Suci:
Sekiranya ahli keluarga mempunyai kontak rapat (close contact) dengan
jemaah yang baru pulang dari Tanah Suci dan mempunyai gejala jangkitan
respiratori akut, perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital
yang berdekatan, serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan ahli
keluarga mereka yang berkaitan kepada doktor yang merawat.

c) Kepada Orang Awam:
• Mendapatkan maklumat mengenai gejala penyakit MERS-CoV dan
perkembangan semasa mengenai penyakit tersebut dengan melayari
laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://www.moh.gov.my.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung kejadian jangkitan MERS-CoV,
sila hubungi talian hotline MERS-CoV seperti butiran berikut:
No. Telefon: 03-8881 0200
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang
(Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum)


• Amalkan kebersihan diri:
- Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau
menggunakan hand sanitizer.
- Menjaga adab batuk.

• Segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan jika
mengalami gejala jangkitan respiratori akut seperti demam, batuk dan
sesak nafas dalam tempoh dua minggu selepas mempunyai kontak
dengan orang sakit atau sesiapa yang baru pulang dari luar negara.

• Sekiranya bergejala, elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan
awam.

Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
November 2013

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Happy Readings!


Ok. Wassalam.

Monday, November 25, 2013

hilang

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku hilang seketika gara-gara anak-anak demam. Aku bile dah duduk rumah memang tak sempat la nak update blog. Jadi itu pasalla aku boleh dipanggil blogger tepian pantai je. Tak pun blogger di gigi air.

Dush!

Nak update arini...tapi tak tau nak ketengahkan topic apa. Hmmmm...

Itu sahaja buat tatapan korang arini.

Ok. Wassalam.

Tuesday, November 19, 2013

Halba

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Baru je lepas blogwalking kat blog Chemot. Nice topic Chemot.

Alhamdulillah...aku dah cuba.

Sangat memberangsangkan...

Tapi...

Aku dah lama tak buat air halba. Malam ni boleh la buat lagi.

Halba?

Apa tu?

Meh sini aku tunjuk halba tu apa...


ini mak-mak selalu letak dalam kari ikan.

takpun dalam nasi dagang...tak perasan?

memang la hang ni tau makan je.

banyak khasiat halba ni...

Rasulullah saw bersabda :

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda : "Gunakanlah Halba sebagai ubat, memang Halba itu baik!!

Antara lain Kelebihan & Khasiat Teh Halba adalah :-

Mencuci perut.
Mencuci darah kotor
Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
Membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
Membantu masalah kegemukan
Menguatkan fungsi jantung.
Merawat masalah sembelit & buasir.
Melancarkan perjalanan darah.
Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim
Mengetatkan & meremajakan rahim
Menghilangkan lendir & sakit tekak.
Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
Memperbanyakkan air susu ibu.
Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi!
Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan.
Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita.
Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan.
Memelihara keanjalan kulit

Cara-cara penyediaan halba sebagai penawar:

1. Teh - masukkan sesudu teh biji halba ke dalam 300ml air dan rebus. Halba boleh ditumbuk juga jika diingini. Minum semasa panas atau yang telah disejukkan.

2. Beberapa biji halba ditelan terus dan minum air.

3. Tumbuk biji halba sehingga menjadi serbuk dan letak pada bisul atau kulit yang bermasalah.

Jom!malam ni kita minum air halba. Nice lorh!

Credit: Chemot

Wassalam.

Entiti

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Entiti...macam-macam hal. Sejak semalam kecoh pasal Villa Nabilla. Dah kenapa dengan Villa dengan tersebut?

Dipenuhi dengan entiti a.k.a makhluk halus?

Hmmm...haruslah wujud jikalau rumah tersebut dibiarkan begitu sahaja...Kat Malaysia bersepah rumah dan bangunan terbiar. Apatah lagi bangunan terbengkalai. Tu kat tengah-tengah KL. Flat kat jalan Pekeliling tu. Mau bersepah entiti silap haribulan bangkai bernyawa pun ada kat situ.

Yang si muda remaja pun satu hal jugak. Kalau ye pun nak mencabar korangnya adrenalin. Apa kata pergi buat bungy jumping ke. Tak pun masuk askar. Tak pun jadi sukarelawan sukarelawanis ke. Tolong orang kat Filipina tak pun Syria. Ni tak sebok nak masuk kat tempat-tempat yang ditinggalkan. Dah hebat sangat? Dah cukup ilmu kat dada tu?

Dem-

Korang dah kenapa?

Tak pasal je jadi troll. Semua orang nak update pasal Villa Nabila tu. Duh-

Aku tak faham...kenapa makin maju teknologi. makin banyak manusia yang berfikiran cetek dan dangkal.

Ouch!

Wassalam.

Jodoh Itu Milik Kita

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini agak bertenang sikit. kot. mungkin.

Akhirnya tamat jugak Jodoh Itu Milik Kita. Ending dia ala-ala fairlady. Aku tau takde kene mengena dengan Fairlady. Tapi saje nak letak Fairlady sebab nanti bila orang cari Fairlady, aku nye blog terselit. Kan?

Motip?

#inisemuapoyo

Bila citer ni habes...aku dah tak tau nak follow citer apa. Orang kata citer PISA tu tak berapa nak best. Aku ada la tengok dalam 2-3 minit...cam tak leh masuk je...

Maka....aku sekarang ni layan Autumn In My Heart kat Tonton. Lalalalalala...terus teringat masa zaman UiTM dulu. Rindunya zaman itu.

Won Bin! Won Bin! aku ada gambar dia la...empat keping! Dalam album. Ko hado?

Wassalam.

Pening!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ok. Pening.

Nak tuju lagu boleh? Nak lagu 'PENING'. Lagu yang Dato' M Daud Kilau dengan Ezlynn.

Tettttt-


Macam mana aku nak taip dalam excel?

Copy paste je la gamaknye...

Dush!

Wassalam.

Monday, November 18, 2013

Bila Kita Dah Berubah...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Maaflah yea dah lama sangat tak update belog. Sebok banyak. Bukan sebok sket. Cuba jugak untuk menyelit...namun tiada kemampuan.

Berubah ke arah kebaikan...


Semoga kecintaanku terhadap-Nya semakin bertambah.

Wassalam.

OPEN FOR ORDER - EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Open For Order...

*Eggless Chocolate Cake*
*Only RM 25.00*

top with

Chocolate Ganache and Chocolate Rice

 pssttt...psssttt... suitable for orang yang vegetarian and dalam pantang.

Aku tau orang dalam pantang ni kadang-kadang mengidam macam orang preggy jugak. So, I made it special for ibu-ibu dalam pantang.

Eggless Chocolate Cake!

Call/ pm/ We Chat/ What'sApp me for ordering at 0193031450

Ok. Wassalam.

Thursday, November 14, 2013

OPEN FOR ORDER - CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Open For Order

*Chocolate Cake*
1kg RM 40.00
1/2kg RM 20.00

*Topping*
Chocolate Ganache

..with..
Chocolate Rice
or
Chocolate Chip
or
Almond
or
Strawberry


Call/ pm/ we chat/ what's app me for ordering at 019 3031450

Thanks to Jiyana & Ijan. Aku jual yea.

Wednesday, November 13, 2013

OPEN FOR ORDER - MINI CHOCO CAKE

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Open For Order!

*Mini Choco Cake*
50 cents only per piece
minimum order 50 pieces


Call/ pm/ We Chat/ What's App me for ordering at 019 3031450

Ok. Wassalam.

Tuesday, November 12, 2013

OPEN FOR ORDER - CHEESEKUT

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Open For Order!

*Cheesekut*
*Strawberry Cheesekut*
*Blueberry Cheesekut*
*Kit Kat Cheesekut*
*Milo Cheesekut*



Call/ PM/ We Chat/ What's App me for ordering at 019 3031450

Ok. Wassalam.

Monday, November 11, 2013

OPEN FOR ORDER - DARK CHERRY CHEESECAKE

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Open for Order!

*Cheesecake *
*Cherry Cheesecake*
*Blueberry Cheesecake*
*Strawberry Cheesecake*
*Oreo Cheesecake*
*New York Cheesecake*
*Marshmallow Cheesecake*


Call/ pm/ we chat/ what's app me for ordering at 019 3031450

Ok. Wassalam.

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku bantah untuk website serupa ini.

 Aku tak faham kenapa website sebegini perlu diwujudkan. Ya, benar. Ini yang dapat diketahui. Yang tak diketahui apatah lagi. 

Terima kasih di atas keprihatinan Abang Hasrul Hassan. Kalau beliau tidak mengetengahkan hal ini mungkin kita semua tidak mengetahuinya.

Apakah keseronokan yang mereka dapat dengan hidup dalam penuh dosa dan noda. Sedangkan agama Kristian pun menegah kehidupan begini. Malah semua agama menegah. Jadi, sebagai umat Islam kita harus menguatkan jentera untuk membantah laman sesawang ini berleluasa kerana agama kita menegah sekeras-kerasnya kehidupan berzina ini.

Laman sesawang ini telah pun mendapat bantahan dari Menteri Singapura dan orang ramai. Namun, masih belum ada apa-apa tindakan mahupun hasil. Jadi kita Blogger-blogger Malaysia marilah kita menguatkan jentera bersatu padu dalam menyahkan laman sesawang AshleyMadison.com ini dari berleluasa.

Ianya salah dari segi hukum norma masyarakat dan Agama. Bukan sahaja agama Islam sahaja menegah cara kehidupan berzina, malah agama-agama lain juga menegah.

Marilah kita sama-sama bersatu padu menghapuskan laman sesawang tersebut. Dengan klik banner di atas untuk menyertai.

Bersatu teguh bercerai roboh.

Ok. Wassalam.

Friday, November 8, 2013

Jodoh Itu Milik Kita

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hamboi hai sangat. Padahal meja kerja bersepah macam sarang tikus. Nak cari segala pen, pensil, pembaris dengan calculator pun kene selak-selak.

=__=

Cik Puan Boss semoga kamu selamat bersalin yea arini. Huhuhuhu...

Aku kurang selamat kat opis ni sebab keje melambak tapi sebok nak update belog. Aku perlukan 'sesuatu' sebelum kerja start.

Makanya aku update belog sambil dengar Jodoh Itu Milik Kita. Bukan tengok yea...dengar. Korang ade?

Citer ni pun dah nak habes. Semua citer yang aku follow pun dah nak habes by this month.

Nice.

So apa citer baru? Entah...

Okay, I nak sambung keje. Happy working uols!

Ok. Wassalam.

Thursday, November 7, 2013

Love You Mr. Arrogant

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sebelum aku membebel dengan cerita karut yang bakal korang-korang baca. Aku nak mintak maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak update belog macam biasa untuk beberapa hari ni... sebab kerja melambak gara-gara aku cuti ari Isnin. Lepas tu Cik Puan Boss aku dah menyerah diri kat Ampang Puteri untuk di czer kan..maka kerja aku jadi double triple loaded.

Semoga Allah mempermudahkan segalanya Cik Puan Boss. Amin.

Maaf dari si blogger picisan ini kerana tak dapat nak update belog seperti selalu. Nak buat draft untuk auto published pun tak sempat. Nak lompat-lompat dan singgah kat belog-belog hebat lagi aseler pun tak sempat.

Maaf.

***************

Okay. Next!

Saje nak jugak letak Love You Mr. Arrogant. Tapi takdela nak update sangat pun pasal Love You Mr. Arrogant.

Aku follow je citer ni. Hari-hari tengok ok! tapi tengok kat Tonton. Aku rasa aku dah bagitau kot pasal ni.

Tapi hari ni nak update untuk bagitau arini episod akhir Love You Mr. Arrogant.

Ok. Sedey...

Tak dapat dah nak tengok muka Azlee Khairi yang Arrogant tu. Eh?

Pasni citer apa pulak erk?

Ok. Bai-

Tuesday, November 5, 2013

Dasar Mak Ayam!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Si kecil ini ingin berkongsi lagi kisah lucu buat tatapan pembaca. Hadoi-

Memang dasar mak ayam!


Pesanan penaja: Jangan jadi mak hayam. makan ayam takpe.

Ok. Bai-

Telor

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!

Aku rasa pasti dah ada orang baca cerita ni...tapi aku nak share jugak untuk menyemakkan belog aku yang tersedia semak.

maaf aku cuma blogger picisan yang baru nak naik maka entri pun hura hara hariku.

****************


Seorang pakcik, berumur 70-an, datang ke sebuah bank untuk menyimpan duit. Beliau menyimpan duit setiap hari. Sekali simpan.. RM5 ribu. kadang2 RM8 ribu.. ade jugak sampai RM12 ribu!!

Hal ini menarik perhatian Pengurus Bank. Banyak betul duit pakcik ni, tiap2 hari datang sini simpan duit, fikir Pengurus Bank. Pengurus Bank pun pergi mendapatkan pakcik itu di kaunter urusan. Maka berlakulah perbualan berikut:

Pengurus Bank: Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?
Pakcik: Boleh.. ape salahnya..
Pengurus Bank: Saya pengurus bank ni. Saya dah lama perhatikan pakcik. Saya nampak pakcik simpan duit tiap2 hari. 5 ribu, 6 ribu, 10 ribu. banyak duit pakcik? pakcik keje ape sebenarnya?
Pakcik: Saya tak keje. saya menang bertaruh..
Pengurus Bank: Bertaruh? bertaruh camne tu?
Pakcik: Kalau nak tau.. kita bertaruh nak?
Pengurus Bank: Ok. saya tak kisah..
Pakcik: Macam ni.. 7 hari dari sekarang.. saya jamin.. 'telur' encik akan hilang..
Pengurus Bank: Hahahaha.. macamana pulak 'telur' saya bleh hilang ni? Kelakar!
Pakcik: Kalau encik tak percaya, tak apa. Minggu depan kalau telur encik hilang, encik kena bayar saya RM1000. kalau 'telur' encik masih ade lagi, saya akan bayar encik RM1000. kita jumpa minggu depan, kat sini..
Pengurus Bank: Ok..

Abis waktu keje, pengurus bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Walaupun tak percaya dengan kata2 pakcik tu, dia tetap risau.

Malam, sebelum tidur dia akan periksa 'telur' ade ke tidak.
Bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan.. periksa 'telur' kot2 kalau 'telur'nya betul2 hilang!
Begitulah keadaannya sampai hari yg ke 7.

Pengurus bank amat gembira hari ini. dia akan dapat 'rezeki terpijak' RM1000!! 'Telur'nya masih selamat di tempat asal. Pakcik si kaki bertaruh sampai di bank dan terus menuju ke kaunter utk berjumpa pengurus bank tersebut. Pengurus bank menanti dengan senyuman..

Pengurus bank: Pakcik.. hari ni memang bukan rezeki pakcik..
Pakcik: Kenapa pulak?
Pengurus bank: Nampaknya pakcik dah kalah.. 'telur' saya masih ada..
Pakcik: Ye ke ada? tak percaya la.. boleh saya periksa?
Pengurus bank: Silakan..
Pengurus bank bangun dan pakcik itu memegang 'telur' si pengurus bank.
Pakcik: Erm.. Nasib encik memang baik.. 'telur' encik masih ada. Nampaknya saya dah kalah kali ni..
Pakcik itu menghulurkan RM1000 kepada pengurus bank..
Pengurus bank: Hahahaha! itu la pakcik.. kalau nak bertaruh.. tengok org la dulu.. hahahahaha..
Pakcik itu terus keluar dari bank tanpa berkata apa2..

Selang 10 minit kemudian, pakcik itu masuk balik ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan..
Pengurus bank: Aik? datang balik? nak buat apa pulak ni?
Pakcik: Saya nak simpan duit.. Nah.. RM7000.. masukkan dalam akaun saya..
Pengurus bank: Tapi.... mana datangnya duit sebanyak ni?
Pakcik: Nampak jaga kat luar yg tengah tengok kita tu? Saya bertaruh RM7000 ngan dia yg hari ni saya akan pegang 'telur' pengurus bank ni..
Pengurus bank: NOKHOROMMMM!!

Ok. Bai-

Mak

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!..

Aku kalau hari cuti aku memang akan letak entry bergambar je...sebab senang. Auto published.

Sorry la yea...aku bukan lah orang yang punya masa khusus untuk aku update belog walaupun daku punya telefon canggih.

Dan aku juga tak layak dipanggil blogger sambilan. Tetttt-


Semua orang punya mak. Kecuali Nabi Adam dan Hawa.

Ok. Bai-

Monday, November 4, 2013

Hijrah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Esok Awal Muharram. Tahun baru untuk umat Islam.

Happy New Year korang!

Apa dah takde cara lain ke nak wish?

Selamat Menyambut Tahun Baru korang. Semoga apa yang dihajati tahun 1434 Hijrah dah tercapai dan termakbul. Untuk 1435 Hijrah, kita buat azam baru. Mana azam yang belum settle tu kita carry forward.

Aci kan?

Apa yang korang faham pasal Hijrah?

dan

Apa yang aku faham pasal Hijrah?

Hijrah adalah satu cara atau perbuatan menuju ke arah yang lebih baik sejajar dengan kehidupan.

Jom baca rentetan Hijrah...ni pun aku dapat dari wikipedia. Mekasih wikipedia.

Pertama: Hijrah ke Habsyah

Dua belas lelaki dan perempuan dua belas sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, al-Habasha, dari mana "Abyssinia" berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah berhenti.Jaafar bin Abi Talib r.a. Beliau merupakan sepupu Nabi s.a.w dan juga saudara susuannya.Susuk tubuh beliau dan akhlak peribadinya persis Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diakui oleh Baginda sendiri. Beliau juga seorang yang amat pemurah sebagai akuan daripada Abu Hurairah r.a.Memimpin golongan Islam yang pertama yang berhijrah ke Habsyah (Sudan) akibat penindasan yang melampau yang dilakukan oleh algojo Mekah. Beliau menjadi juru cakap Islam di sana. Apa yang menarik ialah beliau telah berjaya berdakwah kepada Raja Najashi yang menyaksikan dia memeluk Islam.

Hijrah Kedua: Hijrah ke Madinah

Merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Yang ni pulak jadual perjalanan...

Hari Tarikh Nota
Hari 1
Khamis
26 Safar SH 1
(9 September 622)
Meninggalkan rumah di Makkah. Tinggal tiga hari di Gua Thur berdekatan kota suci Makkah.
Hari 5
Isnin
1 Rabiulawal SH 1
(13 September 622)
Meninggalkan wilayah Makkah. Perjalanan ke daerah Yathrib.
Hari 12
Isnin
8 Rabiulawal SH 1
(20 September 622)
Tiba di Masjid Quba dekat Madinah.
Hari 16
Jumaat
12 Rabiulawal SH 1
(24 September 622)
Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat.
Hari 26
Isnin
22 Rabiulawal SH 1
(4 Oktober 622)
Pindah dari Masjid Quba ke Madinah.


Aku masih lagi rabun dan kabur dalam peristiwa Hijrah. Aku budak baru belajar maka maafkan aku jika ada keciciran info. Aku bukan ustazah atau guru agama. Aku cuma kerani cabok yang cuba menyampaikan ilmu.



Maafkan aku...


Dan ini aku nak kongsikan lagu Muharram yang kita selalu nyanyi masa kecik-kecik dulu. Dekat tibi pun dah tak pasang lagu ni...ce pasang ce pasang...dulu masa waktu sekolah, setiap kali Awal Muharram mesti ada pertandingan Nasyid pastu nyanyi lagu ni.

Urrgggghhh...nostalgia sangat.


Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Ulang Chorus

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Ulang Chorus 2X

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

sumber lirik: disitu


Selamat Menyambut Tahun Baru...

Oh ya! aku pernah share jugak tentang Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun.

Ok. Bai-

Sunday, November 3, 2013

Crazy Crunch

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Korang dah rasa? If belum lagi korang pergilah singgah mana-mana outlet pastu cuba. Apa dia?

Ini haaaaa.....


Hasil sumbangan gambar dari KFC

Aku dah rasa hari Selasa lepas. Boleh la...tapi macam biasalah..every ketul kene charge RM0.15sen.

Nak rasa punya pasal...bayar jela. Ye dop?

Crunchy...A lil bit sweet...A lil bit hot...Boleyla...

Oh ya, jangan lupa rasa bun butterscotch! Seketul RM0.95sen kot.

Aku beli kat mana? Beli kat KFC Aeon Big Wangsa Maju. Namun aku nak jejak KFC Wangsa Maju, memey tak arr! Selepas ada kes dengan outlet situ. Tak kosser mak jemah nak singgah situ lagi.

Huh!.

Ok. Bai-

Test! Test!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Pepagi buta ni meh kita test otak jap. Pepagi kan otak segar...jom acu cuba try test otak tu berfungsi tak pepagi ni...



So?

Jawapannya?

Ok. Bai-

Saturday, November 2, 2013

Lee Kwang Soo

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lee Kwang Soo

Lee Kwang Soo

Lee Kwang Soo

Motip?

Aku tak suka dia!

Betrayer!

Main tipooo!

Mencik!

Ok. Bai.






























Lupa letak gambar...






















Menyampah!

Idola

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sape erk idola korang? Kalau sebut idola je mesti dalam pale otak tu ingat retis! Betol tak????

Haaaaa....daripada korang dok minat kat retis yang belum tentu full Iman kat dada..baik korang jadikan si dia ni idola korang.

Sah-sah Iman dia full kat dada.

Tepok dada tanya Iman.

Fuh!


Ok. Bai-

Pernah Kene Tak?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Pernah tak korang syok-syok cari parking...tiba-tiba ada si Belalang parking?

Giler panas hati kalau kene kan? Huh!


Please...please...please...kepada penunggang motor. Tolongla jangan buat macam ni!.

Ok. Bai-

Friday, November 1, 2013

Allah, Money, Time, Future

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dalam hidup kita ada satu kepentingan. Bukan pentingkan diri sendiri yea. Dalam apa jua yang kita lakukan, Allah perlu didahului. Yang lelain kemudian.



InsyaAllah, kita semua akan berada di bawah lindungan-Nya. Akan sentiasa berada di bawah rahmat-Nya.

Ok. Bai-

Ibu Yang Kejam

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Orang pasti marah bila ada seorang ibu cuba menjadi seorang yang kejam. Tapi aku tak kejam. aku cuba bertindak secara rasional...

Maafkan aku...

Safiyyah: Ibu, ulat!

Ibu dengan senang hati terus penyetkan ulat tersebut dengan jari telunjuk.

Safiyyah: Ibu jahat! Ibu matikan ulat. Ulat tu nak balik umah jumpa mak dia.

Ibu tak tau nak cakap apa...ibu bersalah.

Safiyyah: Ibu tak maafkan dia...(actually dia nak cakap/suruh aku mintak maaf kat ibu ulat tu)

Aku tak sengaja...sebab selalu kalau diorang nampak semut diorang suruh aku bunuh. Ni bila aku buat camtu aku kene marah dan dituduh jahat.

Kalau la anak-anak aku tau menggunakan perkataan KEJAM harus aku dituduh KEJAM.

Hadoi!

Tapi nasib baik bila part bunuh lipas diorang tak kata aku jahat. Hmmmm...

Aku jahat la...tak baik gitu. Tuhan marah.

Ok. Bai-

Cam sedey je...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Cam sedey je tengok pageviews aku semalam..

Topik tak best kot...pastu semalam aku tak update belog. Lagi la takde yang menyinggah agaknye...


Ok. Bai-

Nak Beli Choki Choki

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku sekarang ni dah jadi follower cerita sinetron Malaysia. Kalau dulu jangan haraplah! Ni influence Cik Puan Boss aku lew...

Kalau bukan sebab dia memang tak kosser aku nak follow semua citer episod melayu. hadoi!

Sekarang ni kan tengah hot citer Love U Mr Arrogant. Aku tengok kat Tonton je. Aku tak dan nak tengok kat tibi. Ibu beranak tiga memang macam tu.

Eh! ke aku sorang je? Hak hak hak....

Dalam citer banyak sangat dialog yang tak leh blah...

Yang ni paling latest...scene yang aku rasa cam tak leh blah..



Pakcik: Eh, Irham Selamat Pengantin Baru..nak pergi mana ni?

Irham: Terima kasih. Nak keluar jap, ni Zara teringin nak makan choki choki

Aku: ???? apa dah takde benda lain nak beli. deng-

Ok. Bai-

Wednesday, October 30, 2013

OPEN FOR ORDER - LAMINGTON CAKE

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Craving for something new? Wanna try?



Open For Order!

Call/ pm/ What's App/ We Chat

0193031450

Ok. Bai-

Tuesday, October 29, 2013

OPEN FOR ORDER - CARROT CAKE with ALMOND top with CREAM CHEESE FROSTING

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Open for order!


Call/ pm/ We Chat/ What's App kat 0193031450

Ok. Bai-

Mini Giveaway EkaTikah Craft

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Selasa. Semalam aku cuti sebab Salsabila Zaharah mendemamkan dirinya. Temperature naik 38.2 pukul 4 pagi...since that time until 10 malam aku berjaga. Huhuhuhu...

Demi mu akan ku jaga sepenoh hati.

Encik Usben pun tak berapa sihat perotnya. Gastrik menyerang!

Hmmm...dah lari topik ni. Sorry.

Oh ya! Untuk kesekian kalinya aku men'join'kan diri dalam Mini Giveaway. Ini last minute punya keje. Esok dah tutup dah kot.

Kalau menang dapat ni...

Hadiah-hadiahnya:
 
1 hadiah misteri untuk seorang top refferal
2 bantal craft bersaiz 1/2 A4
5 Keychain Cendawan
5 Keychain Love
5 Handphone Strap Stawberri
3 bekas tempat cucuk jarum
10pcs Brooch Rose
5 batang Bookmark
10 blog tersenarai dalam bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip

Itu pun kalau menang...kalau tak menang bukan rezeki le. Kan?

Macam mana nak join?

Gambar hadiah akan di update kemudian dan kemungkinan hadiah akan bertambah. Pemilihan pemenang berdasarkan random.org-


Syarat-syaratnya:

1- Mestilah Warganegara Malaysia dan merupakan followers Blog Bila Jari Mula Menaip

2- LIKE Page Bila Jari Mula Menaip di Facebook.

3- LIKE gambar Colourful Bookmark di SINI atau klik gambar di bawah:


4- Klik SINI SINI SINI dan SINI

5- Sediakan satu entri bertajuk "Mini Giveaway EkaTikah Craft".

6- Copy code yang tersedia di bawah dan paste di HTML entri anda dan publish.

7- Hanya perlu hantar link penyertaan anda di ruang komen entri ini.



Segmen ini akan berlangsung mulai 2 Oktober 2013 dan berakhir 30 Oktober 2013
 
Ok. Bai-