OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, October 31, 2016

Sunk Into The Womb

Assalamualaikum,

Hi, korang!.

Lamanya tak menaip dalam blog ni. Mood dah kelaut rasanya nak maintain update blog. Lagi-lagi si kecik dah ikut masuk office. Tak menang tangan nak handle kerja office. Nak handle si kecik punya aktiviti lagi. Tu belom masuk lagi part kelek si kakak-kakak datang office. Fuh! berpeluh bak hang!

Sebelum terlambat. Tahniah buat pasukan Kedah atas kemenangan Piala Malaysia malam tadi. Aku tak tengok pun bola. Tengok Gegar Vaganza 3. Hehehehe...

Gara-gara banyak pihak terlibat dengan diri aku dok share cerita Sunk Into The Womb. Maka aku pun terjebaklah untuk tengok.

Thank You Encik Google

Cerita ni mengisahkan seorang ibu dengan dua orang anak yang telah ditinggalkan oleh suami (please don't ask me about their names....lupa!) Bila si ibu ditinggalkan suami, maka si ibu pun mencari kerja untuk mencari sesuap nasi.

Part yang aku rasa kesian, part yang si ibu dengan beraninya meninggalkan anak-anaknya di rumah tanpa pengawasan orang dewasa!. Hoi! Giler lah! Anak-anak ditinggalkan begitu sahaja berhari-hari. Dan si anak makan apa sahaja makanan yang tinggal didalam rumah tersebut. Tak lama beberapa hari, anak yang kecil mati kelaparan. Si kakak masih lagi bertahan dengan makan tanah liat (plastersin).

Aku dah start geram dah waktu ni. Marah pun ada. Kesian pun ada....

Beberapa hari kemudian, si ibu pun pulang. Pulang untuk 'membersihkan' anak-anak nya. Okay sedih. Why? why? Can't you just send them to Jabatan Kebajikan Masyarakat. Huh!

Kepada yang belom menonton, sila tonton.

* Jangan dengar kata-kata hasutan orang lain yang mengatakan jangan tengok
* Citer ni menunjukkan berapa pentingnya komunikasi dan hubungan suami isteri dan ibu bapa
* Citer ini jugak lah menunjukkan betapa kita perlu tabah menghadapi segala ujian yang mendatang. Jangan cepat putus asa
* Anak-anak itu amanah Allah untuk kita
* Sayangi anak-anak

Mata masuk habuk!

Ok. Bai.

Assalamualaikum.

Tuesday, March 24, 2015

jom tonton!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!....

Jom tengok!... Last aku tengok wayang cerita Big Hero 6. That two girls already asking when should we go to watch Cinderella.

Sabor yea anak-anak. Last week tak boleh nak bawak sebab semua orang demam including Ibu. So, InsyaAllah this weekend. Hehehehe....


Nexr movie should watch! Fast and Furious 7 of course!. Encik Usben jpm kita tengok...detink dua la...bole ke??? Hahahahaha....


Tapi.....kene shopping barang baby dulu...huhuhuhuhu...

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Thursday, March 5, 2015

Hyde, Jekyll and Me

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Arini nak update pasal drama korea yang aku baru je follow. Dan aku jugak dah sampuk Umi aku tengok sekali. Bahahahaha!

Tajuk drama ni Hyde, Jekyll and Me. Aku bukanlah kipas susah mati korea...tapi sejak dua menjak ni macam jatuh cinta pulak dengan drama korea. Naper erk?

Ke sebab jalan cerita drama korea tak sama macam dalam drama melayu. Oopppsss!

Kat Astro ada. Pukul 8.30 pagi. Kat channel SBS. Hehehehe. Pagi tadi aku dah setkan waktu siaran untuk Umi aku. Maknanya esok pun aku kene buat reminder untuk Umi.

*kalauingat*

gagagagagaga


Cerita pasal sorang mamat yang ada dua personaliti dengan seorang awek yang jatuh cinta kat dua-dua personaliti tu. Sebab awek tu ingat mamat tu ada kembar. Deng-

Aku tengok kat You Tube je...tak sempat dan tengok kat umah. Hehehehe...

Mak yong sekarang ni asyik tengok citer korea...kang ada yang keluar muka ala-ala korea...hahahaha...maroh Encik Usben. Lalalalalala

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Tuesday, December 23, 2014

Manisnya Cinta di Cappadocia

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!..

Ada lagi seminggu je nak menjengah 2015. Malas nak cakap pantasnya masa berlalu...cliche. Last weekend lepaking dengan levelmate masa study kat uitm dulu...

Apa yang berubah?

Semua muka penoh ketika itu...hahahaha!

Tak kisah la muka penoh pong. Apa yang penting sekarang ini...aku dah tengok cerita Manisnya Cinta di Cappadocia.

Best giler weyh citer dia...citer dia leh buat ko tersenyum sorang-sorang. Seyes wa cakap lu!. Bila tengok cerita tu..rasa macam wah! bestnya bestnya. Lalalalala.... Apa yang aku nak puji bila tengok cerita ni ialah bila Fazura dan Lisa Surihani berada di dalam rumah... tak nampak secalit mekap pun kat muka. Baru lah betol macam cerita real. Duduk rumah golek-golek atas katil takkan nak pakai mekap tebal-tebal kan?

Korang duduk rumah pakai mekap tebal-tebal ke? Tak kan? Aku suka citer camni...just macam real life. Duduk rumah pakai baju biasa-biasa je...barulah betol.

Jalan cerita dia tak boleh la nak cerita kat sini. Tak syok la!. Korang pergi tengok. Bawak sekali mak mak korang...mak mak korang mesti suka. Tengok Shaheizy Sam yang suwit tu...suwit ke???? Lalalalalala


Seriously best citer dia... nak cari novel dia la pulak...

Ok. Bai!

Assalamualaikum.

Wednesday, November 19, 2014

Big Hero 6

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!

Hari sabtu lepas bawak budak-budak tu buang kuman yang melambak kat dalam badan tu....hehehe. Buang kuman is just a phrase. So don't take it seriuosly though. Hehehehe...

Apa yang aku risaukan ialah keaktifan si kecik itu. My dearie Salsabila...dia adalah budak yang susah nak fokus satu cerita.

But, at last dia duduk diam-diam tengok movie. Nice one. Hehehehe... part paling best bila lagi 30minit cerita nak abes...itu budak sudah melelapkan diri

=_=

Huhuhuhu...






Saje takmo cerita apa cerita Big Hero 6...nak tau? sila tonton sendiri. Gigih okay aku pergi tengok!.

Seriously aku bagi 9 thumbs up for this movie (^^,)v

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Tuesday, June 17, 2014

Ruby Ring

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku dah lama tak tengok movie. Movie terakhir yang aku tengok kat panggung citer The Despicable Me 2. perrgghhhh! setahun da woi!

Jadi...aku sekarang ni follow citer korean. K-POP! Hahahahaa

Ruby Ring...sekarang ni dah episod 62. Ada lagi 28 episod. Hadoi...ada lagi sebulan nak follow. Giler kentang!.

Citer ni pasal dua beradik kembar. Eksiden. Tukar muka. Adik ambil tempat kakak. Kakak ambil tempat adik. Ko rasa? Adik la untong sebab sepatutnya kakak kawen dengan Director Company. Tapi sebab dah tukar muka...adik yang kawen dengan Director Company.

Nenonenoneno....

Aku benci adik dia...hahahaha. Pandai dia bawak watak itew.

Uols boleh follow citer nk kat KBSW Channel kat Astro. Citer tu dari jam 11.35 pagi hingga 12.35 tengahari. Dari hari Isnin sampai Jumaat. If tak sempat...uols boleh follow hari Sabtu back to back dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang.

Lihat? ianya boleh menyebabkan korang tak masak tengahari dan tak pergi kenduri kawen. Hahahahaha...



Yang atas tu kakak...yang bawah tu adik (original) lepas eksiden...bertukar wajah =__=

Giler kentang!.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Wednesday, April 16, 2014

Tersampok IV

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dua bulan lalu aku dok tersampok citer Korea. Hohoho...K-POP yeah! Tapi sekarang tidak lagi....

Aku tersampok citer melayu balik....Gagagagaga.

Done this!


Hehehehehe....

This too!


Still following this ....



and trying to watch and finish it ....


also this... i follow you Wak!


suka sangat dengan Wak Doyok! Hahahaa...Myo? dulu tak kenal...kini sudah kenal...tak kenal maka tak cinta ye dop? hahahaha

I follow.....

Lalalalalala...

Ok. Bai.

Assalamualaikum.

Wednesday, January 22, 2014

Rumah Sewa RM50.00

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ting Tong!

Sesungguhnya otak aku tak dapat menerima gaya penceritaan sebegini rupa. Aku tak tahu nak takut ke...menangis ke...gelak ke...

Kang cakap macam H****...marah kata aku orang melayu pengkhianat plak kan...

Kang cakap macam S*****...kata aku tak hargai filem melayu.

Deng...

Aku tak tau nak cakap apa...korang tengokla sendiri...sedey.

Awal-awal je tunjuk GAMBAR rumah sewa yang kat Shah Alam tu. Tapi bile tengok movie...nan ado shooting kat umah itew.

Gedik!


Part yang sedikit ketidaklogika adalah dimana 2 lelaki dan 2 perempuan menyewa satu rumah. Eh? korang bercuti ke apa? Aku macam blurr.

Hmmmm...

Tahniah buat M.Jamil sebab berjaya mengarahkan cerita serupa ini untuk kali yang ketiga rasanye...hadoila. Sudah cukup sudah.

Crying without tears. Sedeh!

Ok tak?

Assalamualaikum.

Tuesday, November 19, 2013

Jodoh Itu Milik Kita

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini agak bertenang sikit. kot. mungkin.

Akhirnya tamat jugak Jodoh Itu Milik Kita. Ending dia ala-ala fairlady. Aku tau takde kene mengena dengan Fairlady. Tapi saje nak letak Fairlady sebab nanti bila orang cari Fairlady, aku nye blog terselit. Kan?

Motip?

#inisemuapoyo

Bila citer ni habes...aku dah tak tau nak follow citer apa. Orang kata citer PISA tu tak berapa nak best. Aku ada la tengok dalam 2-3 minit...cam tak leh masuk je...

Maka....aku sekarang ni layan Autumn In My Heart kat Tonton. Lalalalalala...terus teringat masa zaman UiTM dulu. Rindunya zaman itu.

Won Bin! Won Bin! aku ada gambar dia la...empat keping! Dalam album. Ko hado?

Wassalam.

Friday, November 8, 2013

Jodoh Itu Milik Kita

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hamboi hai sangat. Padahal meja kerja bersepah macam sarang tikus. Nak cari segala pen, pensil, pembaris dengan calculator pun kene selak-selak.

=__=

Cik Puan Boss semoga kamu selamat bersalin yea arini. Huhuhuhu...

Aku kurang selamat kat opis ni sebab keje melambak tapi sebok nak update belog. Aku perlukan 'sesuatu' sebelum kerja start.

Makanya aku update belog sambil dengar Jodoh Itu Milik Kita. Bukan tengok yea...dengar. Korang ade?

Citer ni pun dah nak habes. Semua citer yang aku follow pun dah nak habes by this month.

Nice.

So apa citer baru? Entah...

Okay, I nak sambung keje. Happy working uols!

Ok. Wassalam.

Wednesday, September 25, 2013

Cinta Jannah Last Episode

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!....

As per schedule aku tak tengok pun Cinta Jannah semalam. Aku tengok hari ni...Bahahaha. Orang dah khatam citer ni aku baru nak khatam arini.

Sengals.

Stress aku tengok citer Cinta Jannah untuk 10 minit yang pertama sebab Jannah dengan Aril tak jugak jumpe! Urrrggghhhh...

Untuk 5 minit yang seterusnya babak sedey bermula tapi sebab tengok kat opis maka haruslah cover. Hahahahaa...kalau tengok kat umah mau berjuraian air mata aku kluar.

tsk...tsk..tsk..

Minggu ni banyak citer yang aku follow tamat sudah...harus mencari cerita ep baru untk di follow.

Oooppp....ooopppp ada satu lagi citer tak abes lagi. Jodoh Itu Milik Kita. Aku nak sambung keje dulu yang sangat-sangat melambaks ni.

Later later lah tengok cerita.

FYI, aku tengah follow citer Diandra jugaks. Bahahahaa....sengals.

Ok. Bai-

Tuesday, September 24, 2013

Cinta Jannah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Cerita yang paling HIT sekali. Hohohoo. Arini last episod. Pergghhhh! Percaya atau tidak inilah akibat nya bila dah tersampuk dengan Sinetron Malaysia.

Lalalaalalalala...

Apa yang pasti aku tak tengok arini. Aku tengok besok kat tonton.com. Sebab aku tak kuasa nak tunggu iklan pastu kang bertangguh aku nak solat Maghrib. Pastu semua schedule aku lari arini. Aku takmo....

Saje letak entri Cinta Jannah. Sebab aku nak salah satu blogger yang terselit kat carian Cinta Jannah.

Zalims.

Mana tau next daughter aku dapat anak nak letak nama Jannah. Yeah! InsyaAllah...kene nyanyi lagu Maher Zain.



Ok. Bai-

Friday, September 20, 2013

Jodoh Itu Milik Kita

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tersampok buat kali pat belas. Hahahahaa. Saje nak letak pat belas. Padahal tak sampai belas pong. Tetttt-

Ini gara-gara Cik Puan Boss aku le. Dia yang suruh aku tengok. Kan dah tersampok. Patut minat aku membaca buku ilmiah dan novel. Sekarang dah pusing ke lain. Pusing 360 degree okay!. I need new books please!

New book please...novel tak boleh. Nanti tak sampai satu hari aku dah habes baca...buku ilmiah lambat sket nak habes. Hehehe...kata buku ilmiah haruslah mendalami betol-betol. Kan?

Okay, aku dah melalut.

Aku benci watak Shafiq. Hoi! memang tak la aku nak laki camtu. Marah je naik tangan. Naik kaki. Ko giler?. Hidup dalam ketakutan kot. Aku suka watak Ariz Daniel. Hensem. Tapi handsome lagi Encik Usben. Ayat cover. Lalalala....

Aku suka tengok citer sweet sweet ni...buat aku tersenyum. buat tergelak. buat aku nangis. sengsorang. nangis dalam hati le. mana boleh nangis betol-betol, nanti budak opis kata aku emo. Bluek!

Citer ni baru je episod 15. Berapa banyak episod aku tak tau. Tak study pun. Tengok jelah sampai habeskan. Neves. Motip nak neves? Ntah.

Ok. Life Candy Crush Saga aku dah full. Nak sambung main. Nak kejar Encik Usben.

Ok. Bai-

Friday, September 6, 2013

Kene Sampok!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini mesti kebanyakan opis buat open opis for Hari Raya...ada nak jemput aku makan tak? Hehehehe. Perasang! Mu sape? Ingat femes blogger ke? Hak hak hak!

Aku blogging ni pun sebab suka sharing something happy dengan korang. Lalalala..

Memandangkan sekarang ni Boss aku dah bagi 'petua' macamana nak buat kerja sambil menonton cerita episod yang tercicir. Jadi aku ikut 'petua' Boss aku. Bahahaha...

Ko ader Boss macam Boss aku? takde kan....lalalala

Sekarang ni aku dah kene sampok dengan cerita episod kat TV3. Semua aku follow kat Tonton. Neng Nong Neng Nong.

La ni tengah follow cerita Cinta Jannah, Asmara Luna dengan Derhaka Seorang Madu.

Aku rasa macam nak tangan je kat muka Faradhiya tu. Giler mulut macam puaka dalam cerita Derhaka Seorang Madu. Serious perangai cam hape je dalam citer tu. Apa-apa pun kene salute sebab kira hebatla dia bawak antagonis macam tu.

Giler menyampah aku dengan dia. Si Azhan Rani pun lebey kurang jugak! Urrggghhhh! Geram aku tengok diorang dua.

Ok. Bai-

Friday, August 23, 2013

Bayangan Rindu

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran.

Okay. Aku tau dah mungkir janji...tak cerita pasal raye. Huhuhu....Nanti yea. Hohoho.

Jangan tipu ne....


Sorry korang...aku jumpa Part 2 je...korang click Part 2 then you will get Part 1. Sorry.

Giler best citer ni. Adaptasi dari Novel Bayangan Rindu-Aisya Sofea.

Aku suka cerita that makes me smile, cries and laugh. Nice!.

Ok. Bai-

Friday, July 19, 2013

Despicable Me 2

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan...

Aktiviti sebelum aku masuk keroje dan sebelum Bulan Ramadhan datang. Hehehehe...

Kami berenam berjalan-jalan buang kuman ke Wangsa Walk Mall untuk menonton movie Despicable Me 2. Nice lorh!

Aku booked dua couple seat. Belakang sekali. Nice. Anak-anak aku sangat behave including Hitam Manis. Hitam Manis tido senyenyak-nyenyak nya. Hehehe...









































Pergi tengok weekdays haruslah tak ramai orang. Hahaha...Makanya boleh la buat panggung tu macam rumah sendiri. Lalalalaa....

Ok. Bai-

Wassalam.

Friday, March 8, 2013

Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama tak review pasal movie kan? Camtu gak dengan tazkirah daku. Terok dah mak jemah ni. Mood swing yang melampau. Takpe slow slow akan daku update yang mana tercicir. Kang dah bersalin, tak tau la sempat ke tidak nak update belog.

Silap haribulan, dah masuk keje baru dapat update belog. Pergghhh!lama tu dua bulan belog aku bersawang. Gagagagigigigugugugu. Takpe ada lagi sebulan 10 hari. Sila countdown my big day. Encik Usben dah pesan kat baby kluar 1 Mei.

Nice.

Public Holiday. Semua orang cuti dan semua orang leh jumpe aku kat spital. Apakah? Ok. Aku dah melalut dan dah lari jauh dari tajuk yang sepatutnya.

Mari kita masuk ke kisah Husin, Mon dan Jin pakai Toncit. Husin balik ke Kampung Pisang selepas diri diisytihar bankrap gara-gara joli sakan di bandor. Balik ke Kampung Pisang, Husin 'diganggu' oleh Hantu Ayu (Mon). Aku tetiba lost pulak, sape si Ayu ni. Mon tu aku kenal la sebab Mon awek Husin sebelum Cik Min.

Kak limah lepas keluar spital mental, terus pasang badan mak jemah oooiiii. Tak menahan kebaya bagai.

Sebenarnya Hantu Kak Limah 2 ni nak ceritakan pasal Jin Pakai Toncit ni mencari mangsa korban setiap 45 tahun. Dia mencari teruna yang masih virgin. Hadoi! virgin mak!. Camne la Jin Pakai Toncit ni tau si Husin tu virgin lagi? Hehehehehe.

Perasan tak? Kekurangan unsur lucu disitu? Korang tengok lah sendiri camne. Lucu ke tak. Dari 10 bintang aku cuma mampu bagi 5 bintang je kot.

Ok. Bai-


Wednesday, January 23, 2013

Adik Manja Returns

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku dah tengok dah citer ni. Tak pernah pulak daku tahu kat Malaysia ni ada kolej untuk pompuan saje. Hak hak hak... Dalam citer sama macam pasang angan-angan.

Cerita Adik Manja Returns ni lebih kurang cam Adik Manja la...hehehe.


Tapi sebab nak 'up'kan result budak-budak kolej yang suka bermain-main ni. Cikgu Azmi buatlah satu pertandingan menari itu pun kalau diorang nye result exam bagus. Konon nak buat cam citer omputih tu... Step Up, Stomp The Yard, You Got Served and banyak la lagi citer dance.

Aku rasa diorang kene asah bakat lagi for the actress. Menari macam tangkap muat jek. Huhuhuu...

Sedey.

Tapi jalan citer dia boleh lah. Masalah nye disini ialah...teruk sangat la pulak student Malaysia tau nak kene kan lecturer je. Dah cukup hebat ke?

Lalalalalalala....

Korang tengok citer omputeh yang aku bagitau tu...pastu korang tengok Adik Manja Returns. Hihihi. Tak pun korang tengok lah mana-mana korang nak. Pastu bandingkan...

Kitanya movie quite okay cuma bila bab menari tu je...masalah bagi aku. Hahahaha. Actually, I've got no points here to blame Malaysian movie.

Mengong.

Dang!

 Ok. Bai-

Friday, January 18, 2013

Minyak Dagu

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam aku baru je lepas tengok movie minyak dagu. Takdelah seram sangat pun citer ni. Pelakon citer ni Fezrul Khan (Azman), Fizo Omar (Johan) dan Yana Shamsudin (Emelda).



Citer ni mengisahkan Emelda tunang kepada Azman yakni pada permulaan cerita. Tapi disebabkan si mangkuk Azman ni kaki pukul makanya Emelda telah membuat keputusan untuk meninggalkan dan memutuskan pertunangan dengan Azman.

Kebetulan Emelda berjumpa dengan Johan, kawan sekolah lama Emelda. Selepas Emelda memutuskan pertunangannya dengan Azman. Emelda bersetuju untuk berkahwin dengan Johan.

Dan bermula dari itu, kisah minyak dagu bermula dimana Azman telah 'menyapu' minyak dagu pada Emelda sebelum perkahwinan Emelda dan Johan.

Biadap!

Orang dah tak suka...sebolehnya nak paksa! Huh!

Sebaik je Johan disahkan menjadi suami Emelda, bermula lah kisah Emelda tergila-gilakan Azman semula. Sangat mencabar menjadi suami apabila pak mertua dan mak mertua menuduh Johan menggunakan bomoh untuk mendapatkan Emelda.

Kat situ aku dah rasa macam apa neyh? Mak Ayah Emelda ni tak leh nak fikir betol-betol ke? Kalau betol si Emelda ni kene guna-guna dengan si Johan, haruslah dia melekat je dengan si Johan. Ni tak, dok tergila-gilakan si Azman.

Apakah?

Tak lama selepas itu, mak Emelda pun mati sakit jantung sebab tak dapat menerima tekanan yang anaknya perlu dirantaikan oleh Johan untuk mengelakkan Emelda lari dari rumah dan berjumpa dengan Azman.

Padan muka Azman tuan punya dagu kejar dia pulak sebab dia langgar pantang larang minyak dagu. Lalalalala...

bijak

bijak

bijak

Pantang larang dia mudah je...pertama sekali jangan bawak minyak dagu masuk dalam umah, kedua jangan langkah sungai, parit atau longkang dan ketiga jangan pergi rumah orang mati. Habes semua pantang larang dia langgar. Apalagi! tuan punya dagu nak darah lah! Dah macam citer vampire la pulak kan?

Kantoi dengan Johan sebab Johan follow Azman pegi umah tok bomoh (Latiff Borgiba) dan curi dengar perbualan antara Azman dan Tok Bomoh.

Padan muka Azman...mati kene panah petir.

Settle!.

Yang tak best kalau citer seram kat Malaysia ni. Kalau citer hantu je semua umah nak gelap. Semua hospital nak gelap. Korang tak percaya? Korang tengok citer ni pastu korang akan tengok satu scene tu kat spital. Apa kejadahnya hospital tu gelap? Hospital bukan ke patut terang benderang. Dah tu ada nurse siap buat keje bukak file dalam gelap. Giler ke apa?

Mula-mula aku ingat malam...rupa-rupanya masih lagi siang hari. Apakah?

Aku tak faham....

Ok. Bai-

Wednesday, December 5, 2012

Beto Kusyairy's Nites!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arrgghhh! Aku rindu kat koranglah! Bosan dowh dok opis sorang-sorang. Huhuhuhu. Hope we will meet again. Tak pun lepas korang abes blaja..korang keje kat sini boley? Hahahahaha.

Boley ke?

Tapi takpe...bulan depan ada masuk lagi budak praktikal. Aku dapat kawan baru yawl! Leh ke jadi satu kepala? Hmmmm. Entah la.

Semalam aku berjaya khatam satu movie dan satu telemovie. Hahahaha. terbaik dari ladang! Banyak la ko punya terbaek. Dari ko khatam movie baik ko khatam Quran!.

Ok. maaf itu kekhilafan aku dari seorang manusia.

=__=

Apa-apa pun aku memang sangat suka tengok Beto Kusyairy! Kamoo sangat suwwwweeeetttt la! Tapi sweet lagi Encik Usben. (amek ati)

  

Kan? sweet kan. Lalalalalala...atau itu mungkin cuma watak dalam movie dan telemovie saje. Hmmmm.

Mula-mula semalam aku ajak Encik Usben tengok citer Aku, Dia dan Tong Sampah. Nice-

 
Citer ni sangat lucu. Kalau tengah tensi-tensi tu memang boleh la hilangkan tensi tengok citer ni. Citer dia light light gitew. Aauuuwww!

Pastu aku layan pulak citer Istanbul Aku Datang. Hehehehe. Aku berjaya menonton dengan Encik Usben TANPA ada komen dari Encik Usben. Dia pun layan citer ni. Hahahahahaa.




Hebat tak aku sekarang? Kan? Dia memang tak minat sangat si Beto ni. Tapi gara-gara aku pandai 'pancing'. Kan settle masalah. Hahahaha.

Ok. bai.

Eh! jap aku tak citer pun storyline pasal dua-dua movie ni kan? Hmmmm. Nak tulis ke tak? nak tulis ke tak? Nak tulis ke tak?

Aku rasa kali ni tak yah la. Korang kene tengok sendiri citer ni. Seyes sangat sangat sangat best! Asyik gelak je tengok citer ni. Takde pun part nak kene sedey lama-lama.

Me like it!

ok. kali ni betol-betol bye!

See you next entry!