OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

Kuih Raya 2014

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

pm laju-laju untuk kuih raya #chepahilahussein #0193031450 #kuihraya



Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Sunday, November 3, 2013

Crazy Crunch

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Korang dah rasa? If belum lagi korang pergilah singgah mana-mana outlet pastu cuba. Apa dia?

Ini haaaaa.....


Hasil sumbangan gambar dari KFC

Aku dah rasa hari Selasa lepas. Boleh la...tapi macam biasalah..every ketul kene charge RM0.15sen.

Nak rasa punya pasal...bayar jela. Ye dop?

Crunchy...A lil bit sweet...A lil bit hot...Boleyla...

Oh ya, jangan lupa rasa bun butterscotch! Seketul RM0.95sen kot.

Aku beli kat mana? Beli kat KFC Aeon Big Wangsa Maju. Namun aku nak jejak KFC Wangsa Maju, memey tak arr! Selepas ada kes dengan outlet situ. Tak kosser mak jemah nak singgah situ lagi.

Huh!.

Ok. Bai-

Wednesday, September 4, 2013

Nak Jugak!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Salam Lebaran.

On last 31st August, kitorang semua celebrate birthday Seth Amirul Hisham. Siapa dia? Anak buah aku le. He is on my Encik Usben side. hehehe...

Here is the picture that taken by me...














Gambar yang atas-atas ni semua aktiviti orang dewasa dan kanak-kanak riang. Untuk gambar di bawah adalah untuk kanak-kanak bawah umo. Hahahahaha.....

Kesian dia main sengsorang sementelah ibu dan ayah serta kakak-kakak menyantap kek, pizza, chicken khabsyah dan lamb mandy.

Lalalalala....

Beliau bermain lidah la...main tangan la...isap jari la...the best part is main tangan sampai juling-juling mata. Hahahaha.

Anak anak...macam macam version and attitude di luar jangkaan. Love them so much!

XOXOXOXO

Sebenarnya nak update lain...hahahaha. Lain pulak jadi. Sengals! Aku nak repeat balik makan Creme Brulee Cake. Hak hak hak!

Sedap weyh!

Gambar ehsan dari Secret Recipe. Gambar yang kat atas tu tak berapa nak clear sangat cake dia...Hehehe

Ok. Bai-

Tuesday, September 3, 2013

Chicken Mc Rib

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran.

Nampak tajuk? Can you read? Kecur air liur bila tengok gambar... Belum rasa lagi. Owh!


Patty dia juicy. Tapi tak tau la kalau orang lain beli juicy ke tak. Hehehehe. Cuma kurang pedas. Lidah melayu. Makanya aku tambah cili sos McD yang pedas tu.

Ngeh ngeh ngeh...macam gedik je gelak camni. Sila muntah-

Before that aku layan Banana Pie...


Bersama-sama dengan Banana Pie...aku layan Banana Sundae Crush. Yeah!


Nampak tak? Sangat mengiurkan....sluurrpppp!

Bukan Mamee Slurrppp...lalalalala

Ok. Bai-

p/s: gambar ehsan dari Facebook McDonalds Malaysia...

Monday, September 2, 2013

makan makan dan makan

Assalamualaikum,  semua ;)

Hai,  korang!

Salam Lebaran.

Ye aku tau ada lagi 4hari je lagi bulan syawal.makanye aku takdela nak buat open house sebab umah aku sentiasa terbuka untuk para tetamu. Jemputle datang umah hamba....but please call first then I will cook special dish. Wah!

Hehehehe

Kan aritu aku ada cakap nak pergi makan kat Hannoon Al Arab. Terbaek dari ladang. Nice. Keluarga besar maka 'Hi-Tea' pun dah macam Dinner. Hahahaha.

Aku order....

Chicken and Lamb Mandy...

Memandangkan family aku memang giler makan Kambing..maka Lamb Mandy dari sekilo jadi dua kilo lebih kitorang order.

Bukan mentekedarah atau memuaskan nafsu serakah...tapi memang kipas susah mati kambing! Hohohoho.

Pastu untuk aku nye tekak...dah langgar pantang okay!


 Bloody Mango Cocktail Juice...hahahaha. Sekati mak jemah tukar nama juice. Mahap yea Tuan tanah. Actually it's called Fruit Cocktail Juice. Superb!

Tak cukup dengan itu...aku tambah lagi Mango Cocktail. Lalalalala...


Ding Dong!

Ibu menyusu badan ni kan...memang tak ingat! Sukati dia je nak telan apa kan...Nasib baik perot si kenit, sihat walafiat. Lalalalalaa....



Thanks to Umi and Encik Fathull. Hehehe...aku sedia perot jek.bahahaha.

Gambar makanan?  Seyes takde. Lupa nak snap. Bahahaha....

Buruk perangai....


Gambar ni aku cilok dari Instagram adik aku. Bahahaha....











Tu dia...memang takde gambar makanan. Sebab LUPA.

*toink*toink*toink*

Ok. Bai-

Tuesday, August 27, 2013

tiga puluh satu ogos

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran.

Apa tiga puluh satu Ogos? Hari Merdeka la.... in English we called it Independence Day. Nak jugak translate in English. Apakah???

Aku bukan nak cakap pasal Malaysia's Independence Day. Nope. Bukan tak nak berpatriotik. Cukuplah aku simpan dalam hati dan aku show off kat anak-anak aku je.

Poyo giler!...

Aku sebenarnya nak bagitau ni.... korang korang semua kalau singgah ke Restoran Hannoon Al-Arab on that beautiful day. Korang boleh makan sepuas-puasnya buffet Chocolate Fountain.

Nak?

Jom. Singgah ke Restoran Hannoon Al-Arab kat Setia Alam, Shah Alam. Harga makanan pun berpatutan. Aku pun bakal menerjah Restoran Hannoon Al-Arab on that day.

Jom! Mari kita bersua muka dan beramah mesra. Hamboi...macam blogger popular.

Lalalalala....

Ok. Bai-

Friday, August 23, 2013

Jom Makan!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran.

Jom singgah makan. Kat restoran my auntie. A lot a lot of makanan arab! Jom singgah! Dekat je...Setia Alam. Bukan kat UAE...hehehehe





Eh?

Ada delivery tau!

Nak order? Korang leh call or Whats App kat no ni 0123430706

Ok. Bai-

Thursday, January 10, 2013

lelehan

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Haip!

Meleleh air liur....slurp slurp slurp. Hahahahaa

Sila jangan bayangkan amat buruk sekali. hahahaha



*=P~ drooling


sedap nya...kambing bakar satu!

ok. bai.

sumber gambar: masterchef nye fesbuk.

Monday, November 26, 2012

Done With It!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Yeay! dah dapat. Seyes sedap woh!

Nak lagi boley?

Hahahaha...

Ok bai-







Monday, November 12, 2012

Lepas satu, satu...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku tak faham, aritu orang sebok dok makan macaroons.... Aku dah rasa tapi takdelah sesedap makan pong!. Pastu pavlova pulak!. Aku dah try buat tapi tak jadi. Terus sampai skang aku tak rasa. Hahahaha.

La ni DURIAN CREPE. Apakah fenomena ini?

Sekarang sumer orang dok post kat FB lah, Twitter lah, Instagram lah, Blog lah pasal DURIAN CREPE ni. Sampai aku dengan umi aku pun dah tergoda. Apakah?

To all mr readers...yang mana dok area Wangsa Maju atau kawasan sekitar... leh tak bagitau aku kat mana ada jual selain dari MidValley atau KLCC. Aku malas nak g sana..jauh dowh. Nak bayar parking lagi. Tak kose mak jemah.

Tolong daku yang teringin sangat neyh. Nak buat, tak cukup rajin. Kang sementara nak buat, baik aku belasah je durian tu terus :p

Kan?

Tolong yea...

mekasih cik puan yahoo ;p


ok. bai-

Thursday, November 8, 2012

Burger Bogel

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Burger bogel? Apakah? Yela cuba ko perhati betol-betol burger ni mana ada roti. Yang ada daging ayam dua, chicken salami dengan cheese. Itu pasal la aku panggil dia burger bogel.

Ada peristiwa di sebaliknya...Hahahaha. Biarlah daku simpan dalam jiwa. Hamboih! jiwa kunun.

Dah lama giler aku makan burger ni. Baru nak upload dalam belog. Hahahaha. Lupa lah! makcik dah tua. Tua la sangat. Tua jugaklah...tahun depan dah nak masuk 3 series.

Alamak! okay semua readers dah tau aku umo baper. saiko-

Okay, sila jangan lari track. Kita masuk track semula. Aku tak ingat la bila ntah aku makan burger ni. Memang layan la makan burger ni. Boley la...Tapi kalau dapat pedas lagi sket pun okay gak. hehehehe.



Sedap weyh!. KFC idaman ku selalu. Hingga menjilat jari. Wah!

ok.bai-

nanti leh pekena lagi ;p

Monday, August 13, 2012

Beli 1 Percuma 1

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Terbaek. Semua orang suka menda free kan? hahahaha. Dan aku lah salah seorang darinya. Gagagagaa.

Hasil print out ini . . .


Maka terhasil lah ini . . .


Gambar sedikit kabuuurrrr. Mau taknye ... dalam kete. Gegar-gegar lagi. Kunyah-kunyah lagi. Suap-suap lagi.

Nom nom nom nom~

Nice.

Mekasih McD. Lainkali buat menu lain pulaks. Hehehehe.

Daaaa-

Friday, August 10, 2012

Kita minum dulu!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

RM 6.95 only.

Yeah!




Wat bukak posa! terbaek-

Malam kang nak balik Banting pastu hantar kuih raya cik Farah. Nanti aku sampai, aku col ang!.

Thursday, August 9, 2012

ompek tigo ompek!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Dah lama dah dapat. Baru hari ni nak post. Hahaahaha.

Mekasih la yea Che Mot!.


Hehehe.

Sodap!

Rasa KOPI.

Friday, August 3, 2012

Terbaek-

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Terbaek la sangat. Tu pun berlebey-lebey kat umah. Aku dah simpan dalam esbok. Nanti petang HARUS perhangat. Then sambung makan.

Hahahaha. Orang tamak selalu rugi.

Rugi sebab kene bebel ngan umi aku pagi tadi. Sebab beli banyak. Ni budak Usni punya keje la! Itu nak order. Ini nak order. Huh!

Semalam kan anniversary aku. Maka, nak banje la makan piza. Tapi guna ini . . . .



Untung weyh! Arini last. Hangpa hangpa suma boleh print voucher ni kat FB Pizza Hut. Makesure korang kene dail 1-300-88-25-25 tau! Bukan 1-300-80-20-20!

Apa yang aku pesan sampai berlebih-lebih?

Untuk voucher yang atas tu aku order Pizza Hawaian Chicken, Pepperoni Delight dengan Deluxe Cheese.

Then Encik Usben nak rasa pizza baru neyh . . .


Terbaek ah! pizza seri kasturi neyh. Umi aku pun kata sedap. Tapi itulah. Gambar tu memang pentipu je....Aku tak nampak sayur yang kaler hijau kat pizza aku.

Tak caya?

Meh sini tengok.


Ce tengok. Tak sama kan?

Hahahahaha.

Lepas tu ada lagi pizza tambahan aku order.

Aku order Royal Masala Stuff Crust (gambar) dengan Chicken Supreme Stuff Crust.



Dengan Tempura Prawn Garlic Rice. Yang ni CONFIRM tak sedap! Kembang tekak aku makan. Baik order Cheese Baked Rice. Tapi takde dah. Diorang ganti dengan Tempura Prawn Garlic Rice. Seyes dowh! Aku takmo order nasi tu lagi. Giler tak sedap.

Patutla budak dua orang tu takmo makan. Huh!

Konon sahur tadi nak makan la. Memey tak arr! Kembang tekak aku. Last-last aku sahur pizza lagi.

Sadis je.


Banyak kotak. Pagi tadi tinggal sekotak. Tinggal Pizza Pepperoni Delight. Bukak posa kang aku makan lagi. Camne tak GEMOK! Memang la GEMOK! Kalau dok tolong orang perabihkan makanan!

=___=

Ok. Perut aku dah start lapa. Mau tidak makan pizza dua keping je untuk sahur. Pepagi bute makan pizza. Apakah kegilaan ini? Gagagagaa.

Nak bertafakur jap supaya aku boleh hilangkan kelaparan aku.

Dush!

p/s: Ekceli aku lupa semalam nak past kat budak delivery tu voucher. Hahahaha. Naseblah!.

Friday, July 27, 2012

Apakah ini?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Aku nak korang teka apa benda ni. Dah dapat teka. Sila SMS aku jawapan dia.

Aku nak banje korang top up RM10.00. Orang yang pertama hantar SMS kat aku dapat le top up RM10.00.

Orang kedua ketiga keempat dan seterusnya tak dapat!

So, sape cepat dia dapat!

Selamat meneka!


Tarikh tutup: Lepas terawikh malam ni. Gagagagaga-

Tuesday, May 15, 2012

Restoran Zam-Zam

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lamanya tak update belog. Sorry ye rakan-rakan. Hariku terlalu pack yang dipenuhi dengan kerja yang menimbun. Inilah akibatnya selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur selesai. Segala listing segala quotation segala invoice semua nak kene bagi settle.

Pengsan!

=___=

La ni dah lapang sket sebab segala listing dah settle. La ni nak buat invoice. Tapi memandangkan jam belom menunjukkan dua petang. Maka, aku boleh la update entry sket kat belog ni. Ini kisah aku makan kat Restoran Zam-Zam kat Seksyen 9, Shah Alam. Ada family gathering. Best! Hampir semua ada. Yang takde is Akif, Awie and Fathull. Nice la korang tak datang sebab aku leh tibai makan korang nye part.

Hahahahaa. . . .

Memandangkan kami semua ni ala-ala kelaparan . . . aku terlupa nak amek segala dish. Aku cuma sempat hamek gambar dessert jek. Tu pun aku tak tau apa nama dessert. Harrreem-

Ni sign board restoran tu. Agak besar jugaklah restoran ni. Bagi aku sangat cozy. Best.



Pastu ni dessert dia . . . diorang bagi dua dessert. Satu puding caramel. Lagi satu aku tak tau apa nama dia. Lupa plak nak tanya kat waiter yang muka cam Mr. Bean itew.



Sedaplah!. Ada rasa coklat. Ada badam. Kalau dapat tau nama dia, HARUS aku cuba dirumah *toink*toink*

Yang ini pulak ahli jemaah yang baru lepas mengisi perot!



Segala anak, segala menantu, segala cucu, segala cucu menantu dan segala cicit semua ada!. Nice. We should do this selalu. Tak makan kat restoran pun takpe . . . buat pot luck pun okey jugaks!.

Before I forgot, this is on my Abah's side. My hubby tak ikut. Ada job sket kat umah. Hohohoho.

Ini aktiviti budak berdua tu kat sitew.








Yang ini pulak segala tok, segala ibu, segala ayah, segala cucu dan cicit tengah makan . . .


Hasil dari sesi pemakanan aku dari pagi sampai ke tengahari . . .

Aku cirit birit sampai hari Isnin berikutnya!. Aku tak tau kat mana silap. Apa yang aku makan semua orang makan. My kiddos pun makan jugak. Malang bagi diri aku. Aku kene cirit birit. Nak makan malam tu pun, Encik Usben suapkan. Mekasih Encik Usben sebab menyuap saya makan, memicit segala kaki, segala belakang badan, segala perut dan handle bebudak.

Terima kasih jugak pada Encik Usni, Umi and Abah melayan kerenah budak berdua di kala aku cirit birit. Pasni, sila hati-hati dengan apa yang anda makan. Dang-

Okay, tammat sudah citer pasal Restoran Zam Zam. Nanti aku update lagi, citer-citer yang dah hampir basi. Opkos la kene citer. baru la blogger. Giler perasan!.

Daaaaa-