OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, July 3, 2012

1 vs 10

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Apa benda 1 vs 10? Benda ni memang benar-benar berlaku di sekeliling kita. Bukan setakat dalam drama atau wayang. Dan aku berharap akan menjadi diantara yang 10 akan menjaga yang 1.

Pe benda yang kau bebel kan Chepah oooiii!.

Okay, sebenarnya aku cakap pasal 1 ibu bapa boleh jaga 10 orang anak. Namun, 10 orang anak belum tentu dapat jaga 1 ibu bapa.

Pepatah itu betul. Aku setuju. Tapi apabila difikir-fikirkan dengan lebih dalam sedikit. Yang mungkin akan mengundang 'kemarahan' dan 'makian' orang lain. Tapi aku rasa ianya sedikit benar . . .

Kenapa mereka katakan 1 ibu bapa boleh jaga 10 orang anak? Memang lah boleh sayang even anak berderet pun sepuluh pun sebab anak-anak kecik lagi. Suruh tido sorang semua pun boleh disuruh tido sekali. Dipanggil makan sorang, semua dipanggil makan. Sorang disuruh mandi, yang lelain pun ikut sekali mandi. Sorang sekolah, yang lelain akan turut ke sekolah juga.

Nampak tak apa yang aku cuba cerita?

Nampak kan?

Orang yang ada mungkin faham apa yang aku cuba katakan.

Tapi, MEMANG 10 anak payah nak jaga 1 ibu bapa. Kenapa? Mau tidak, tanggungjawab je sampai dua tiga empat ada kat atas bahu tu. Tanggungjawab pada agama, tanggungjawab pada ibu bapa, tanggungjawab pada keluarga sendiri (tu kalau yang dah kawen) dan last sekali tanggungjawab pada pekerjaan.

Tu belum lagi yang duduk jauh dari ibu bapa. Aku bukan lah nak menegakkan sesuatu tapi bila difikir dari segi logik. Memang payah pun anak-anak nak jaga sepasang ibu bapa. Sedangkan sepasang ibu bapa dapat jaga kesemua anak-anaknya.

Apa yang aku cuba sampaikan? Aku cuma nak ingatkan diri sendiri dan korang semua. Kalau boleh, cubala cari masa untuk jenguk ibu bapa. Ambil tahu pasal kesihatan diorang. Kalau yang punya rezeki lebih tu, hulur la sedikit. InsyaAllah, rezeki kita lebih berkat dan dirahmati oleh Allah.

Yang mana sebelah suami sudah tidak punya ibu bapa, fokuskan perhatian anda pada ibu bapa si isteri. Begitulah kalau vice versa. Hidup lebih nikmat jika begitu. Aku mohon dan berdoa supaya aku tidak lupa kepada ibu bapa aku dan ibu bapa mertua ku. InsyaAllah, selagi Allah tidak menarik nikmat ingatan pada ku.

Sekali Allah menarik nikmat ada ibu bapa. Ibu bapa sape yang kau nak pinjam? Fikir-fikirkan.

Maafkan daku jika kata-kata kali ini bagai direntap dan disentap. Kalau takde kata-kata yang merentap dan tersentap, orang takkan berfikir. Minda pun tak bergerak.




Aku mohon supaya aku sempat menabur bakti kepada ibu bapa ku lebih lagi. InsyaAllah.Amin.