OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Thursday, February 26, 2015

Trilogy of Jangan Baca Novel Ni

Assalamualaikum, semua ;)

Hai korang!.

Done. Read it. Jangan Baca trilogy ni kalau anda keseorangan...Mungkin akan mengakibatkan terasa sedikit seram. Hehehehehe...

Dan juga jangan sampai berhalusinasi....

Pohon Yang Berbisik...
Pada Yang Mendengar,
Dahan Menyentuh,
Pada Yang Merasa,
Daun Membelai,
Pada Yang Kecewa,
Dalam Diam Pohon Berbisik,
Memeluk Jiwa Setiap Yang Lalu,
Di Perut Hutan Bagaikan Orkestra,
Gabungan Bisikan Yang Membentuk Lagu,
Menyiat Hati Kecil!,
Menggenggam Nafas!,
Mencekik Benak!,
Sehingga Yang Terakhir Yang Dirasa,
Hanyalah Pohon Yang Berbisik....

Mengisahkan lima watak utama... Anom, Azhan Zakwan, Adib, Munir dan Suraya.

Siapa Anom? Siapa Azhan Zakwan? Siapa Adib? Siapa Munir? dan Siapa Suraya? Apa kaitan mereka berlima? Korang kene baca ketiga-tiga buku. Yakni novel 1 Jangan Baca Novel Ni, Tanpa Tajuk dan Akhir. Semua kelima-lima watak ini berkait. Sangat berkait. Jangan terlepas untuk membaca walau setiap perkataan.

Ianya novel misteri + paranormal + thriller + psychopath....jangan terlalu menyelami cerita ni...ianya terlalu deep. tak tau macam mana nak explain.

Kenapa aku beli...? aku nak baca dan aku nak tau kenapa tajuk nya sebegitu....apa yang aku setuju dalam ketiga-tiga novel ni...suatu pengakhiran adalah permulaan bagi segalanya...

Aku mengambil masa empat hari untuk meratah, menelan dan menafsir ketiga-tiga novel ni. Pergghhhhh!



Penulis Ismi FA Ismail....

Aku beli trilogy terus so the price is RM 80.00. It comes in box. Also include batch "Jangan Pakai Batch Ini", car sticker "I'm A Rebel", bookmark picture of Anom and the poem. And there is also a mysterious prezzie inside.

Apa yang misteri? beli la dulu...then you'll know. Hehehehehe....

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Wednesday, January 21, 2015

Kerana Dia, Ratu Sehari

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama kot tak buat entri pasal buku. Heheheh. Iols sebok dengan keroje dan dengan sesi menonton drama episod korea. Aku pun dah tersampuk K-POP. Hahahaha. Tapi tadelah sampai nak pelok retis KPOP tu kan. Sebab aku dah orang yang boleh dipelok dicium dan dihenyak-henyak. Gagagagaga.

Ok. berbalik kepada tajuk diatas.

Tajuk buku seperti yang aku upload kat mukabuku. Kerana Dia, Ratu Sehari.


Buku ni mempunyai 845 muka surat dan ada 37 jenis antologi cerpen.

Berharga RM 38.00

Aku tak baca lagi buku ni sebab tebal sangat dan memerlukan daya usaha yang amat tinggi untuk membaca.

Ok, itu sahaja nak update untuk arini.

Jumpe nextime.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Thursday, April 17, 2014

Angguk Geleng

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Baru-baru ni aku baca buku Angguk Geleng. Pengisian nya bagus dan mudah faham. Direct. Tak perlu fikir sampai dalam-dalam. Mudah baca dan faham. Ada illustrasi sekali. Seronokla baca. Takdela bosan.




Tajuk: Angguk Geleng: Himpunan Kisah Dakwah Satira
No. ISBN: 9789673881246
Harga: RM 22.00
Penulis: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi/ Husna Hasan
Penerbit: Telaga Biru

Friday, April 11, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Memandangkan arini terlebih free masa...aku nak update pasal Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur that will be held at Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur on 26th April until 5th May 2014.

Jom arr pergi...tapi aku tak open booth pun kat sana...aku carry client je kat sana. Hehehehe.




Untuk floor plan korang boleh tengok kat sini PBAKL2014. Okay?

Jom pergi! Jom tambah koleksi buku kat almari.

Diskaun?

Harus la ada....hehehehe.

#pandaijeakukataadadiskaun #akutakjualbukupun #adajediskaun #kenetanyataktanyatakdapat #LOL

Jangan lupa tau Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014! 26 April 2014 hingga 5 May 2014!

Ok. Bai.

Assalamualaikum.

Monday, December 16, 2013

l Love to read

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sorry la sayang sayang semua...aku tak sempat nak update belog minggu lepas. Minggu lepas adalah sangat sangat hectic. Dengan sesi jual buku kat Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Tak sempat pun nak update kat belog yang aku ada jual buku kat sana...huhuhuhu.

Buat permulaan minggu ni di hari Isnin yang penuh bahagia ni...aku nak share ni dulu.

Later, kita stori mori other stories. Alright?


Sebelum aku terlupa...

Buku latest yang aku baca...


Ni pun tak habes lagi baca...baca sambil jual buku minggu lepas..maka bukunye ada dalam kotak...kejap lagi kene merajin kan diri memunggah kotak motak yang ada.

mih mih mih

Ok. itu sahaja laporan buat hari ini. Laporan sangat.

Ada sesiapa nak order kek cekelat? call/ pm/ whats'app aku kat 019-3031450

Assalamualaikum.

Wednesday, October 9, 2013

Rasulullah Is My Doctor

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

After finished reading Mengintip Ilmu Ghaib. This one is my latest book. Rasulullah Is My Doctor.


Hasil nukilan Encik Jerry D. Gray. Terbitan PTS Islamika. Harga plak RM25.00.

Nak order? What's app aku kat no ni 0193031450.

Ok. Bai-

Thursday, October 3, 2013

Mengintip Alam Ghaib

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku dah lama tak update pasal buku kan? Ini buku yang paling latest aku baca. Belom habes baca lagi. Still reading it.

Urrgghhh! bila nak habes baca ntah...banyak outside disturbance. Hahahaha. Sengal.

Padahal sebok ber'what's app'. Sila lempang-

Dush!


Ada 16 tajuk dalam buku ni...tapi aku baru baca 5 cerita...hmmm

Aku menyeru minat membacaku...kemarilah dikau. Bahahahha!

Ok. Bai-

Lupa plak buku ni terbitan HR Publishing. Hasil nukilan Kesuma Dewi.

Harga RM 25.90.

Ok. Kali ni betol-betol aku nak concentrate baca...alaaa..nak tengok Love You Mr. Arrogant. Lepas lunchla baru baca. Sengal-

Ok. Bai

Tuesday, April 9, 2013

Untaian Kisah Para Wali Allah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Nak jugak hupdate!. Mesti ke? Sekarang semua dah sebok berinstagramlah. Ber'keek'lah. Aku masih lagi sedikit ketinggalan. Mak Jemah tak kose....lagipun henpon mak jemah nokia yang cokia je. Ada sesape nak bagi Mak Jemah hadiah Samsung Galaxy Y????

Hahahaha. Sila jangan perasan!. Matikla ko berangan nak dapatkan tepon itew! Pui-

Loser giler. Hahahahaha.

Ok. Tukar topic.

Sekarang ni aku tengah baca buku Untaian Kisah Para Wali Allah. Buku ni Umi aku yang beli. Dia beli tahun 1994. Lama kan? Dekat 19 tahun buku ni. So, dah 3 kali aku baca buku ni.

Aku suka buku ni sebab banyak sangat citer pasal orang yang zuhud dan menghambakan diri hanya pada Allah Yang Maha Esa.

Aku tak pasti buku ni masih lagi dikeluarkan atau tidak...sorry ye sayang.

Gambar takde. Sebab aku tak jumpe mana Memory Card Reader. Adik aku guna pastu tak letak balik kat tempat asal. Suka plak aku nak cari-cari kat dalam bilik dia.

=__=

Nanti kalau ada aku upload khas buat tatapan korang. Buku yang berusia 19tahun ;p

Jadi, entry arini takde gambar. Lalalalala...

Ok. Bai-

Tuesday, April 2, 2013

Sehangat Asmara

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Warrgghhhhh!mengantok sangat. Aku rasa sekarang ni aku macam hari-hari mengantok. Tiap-tiap malam dalam pukul 2-3 pagi tu mesti terjaga pastu macam payah sikit nak tido.

=__=

Bila sampai opis...kul 10-11 pagi tu lah aku mengantok tahap gaban. Macam sekarang ni. Rasa macam nak melekat je kepala kat meja ni haaaa....

Hadoinyepun!.

Settle aku baca novel Sehangat Asmara. Jap lagi Puan Boss aku masuk..satu keje untuk aku explain kat dia apa ending.

=__=

Rajin sangat. Hahahaaha.

Cerita yang kat tv tu pun tak kose den nak tengok. Maka baca le novel. Senang. Sebab tak payah nak tunggu hari-hari kat depan TV. gagagagagaga.

Motip? Sebab nak tau ending macamana. Sepertimana aku nak tahu ending Adam dan Hawa tahun lepas. Hahahaha.

Memang nak mintak penampar kan aku ni. Sila jangan marah.

Ending?

Haruslah happy ending. Ko giler apa nak kene bakar TV tu kalau ending tak best. Tapi aku rasa kat Malaysia ni belom lagi kot tahap nak bakar TV dengan panggung kalau ending hero ke heroin mati. Tapi kalau kat India. Jangan harap lah panggung tu selamat kalau ending cerita tu Hero atau Heroin mati. Confirm kene bakar punya....sadis je.

Dang-


Memandang kat TV yang berlakonnya Adiputra dengan Rita Rudaini. Sepanjang baca novel ni, aku bayangkan pergerakan diorang je. Dah macam filem bergerak dalam pale otak aku ni. Hohohoho.

Nice-

Apa yang pasti happy ending lah. Settle semua masalah. Kenapa Zainal meninggalkan Kay 9 tahun pun aku dah tau dulu.

Korang? Tak tau lagi kan? sebab kat TV Kay baru je eksiden kan? an? an?

Ok. Bai-

Wednesday, October 31, 2012

Suami yang Teruji

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kerajinan membaca buku ilmiah dah mai. Maka buku latest yang aku baca dan baru je habes tadi ialah Suami yang Teruji.

Bila baca kes-kes dalam buku ni. Macam para bini je yang diuji. Tapi tajuk Suami yang Teruji. Hmmmm. Tapi ada la 2 3 4 kes yang aku baca suami yang diuji. Jap. Diuji dengan Teruji sama ke tak maksud dia erk?

=__=

Kalau dari segi rasional nya. Memang lah suami itu diuji oleh Allah sebab nak tau ingat ke lagi kepada Maha Pencipta. Tapi tak pun. Lagi tinggalkan anak bini camtu je ada la. Kawen lain la. Ada kekasih gelap la.

*sangatlapartaippundahgigil*

Suami ada lah pemimpin. Kalau cara salah. Habeslah kapal. Boleh karam kot. Tapi tu lah kadang suami lupa atau kehilangan arah dalam mengendalikan kapal.


Buku ni harga RM 20.00. Kepada para lelaki eloklah sekiranya membaca buku ini. Supaya dapat menambah ilmu.

Walaupun daku tau lelaki agak malas nak mengorek dan menyelidik apa yang perlu ditokok tambah dalam ilmu yang ada di dada dan kotak pemikiran.

Okay?

Bye-

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku baru je habes baca buku ni semalam. Nice. Mudah faham. Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus sangat ringkas, padat dan mudah faham.

Seyes aku cakap. Aku pernah baca macam-macam buku agama yang seperti ini. Kebanyakannya bila diberi soalan, akan keluar segala hadis, nas dan dalil. Tapi jawapan yang dikehendaki mungkin di hujung jawapan atau ada disebalik semua hadis, nas dan dalil.

Hmmm...kenapa yea? Kami bukan ahli agama kekadang tu kami kurang faham jika jawapan perlu dicari sendiri dalam jawapan yang ustaz ustazah berikan. Sila berikan jawapan yang tepat, terang dan jelas. Baru kami tak tersalah tafsir.

Aku tak tipu. Aku pernah baca dalam satu majalah. Pembaca menyoal ustaz tersebut. Waktu mustajab untuk berdoa. Maka, ustaz tersebut memberikan segala hadis dan macam-macam lagi. Tapi jawapan untuk waktu mustajab itu takde disertakan. Puas aku baca berulang kali sebab perasaan ingin tahu waktu mustajab untuk berdoa. TIADA!

huh-

Baru-baru ni dalam surat khabar ke majalah mana ntah. Orang tu tanya pasal Haram ke tak adik beradik kawen dalam satu masa. Ustaz tu jawab dengan segala hadis dan sejarah macam-macam. Alih-alih, jawapan dia nah hamek pendek je. Tu pun jawapan dia kalau tak salah aku cam terselit-selit antara hadis dan sejarah yang diutarakan.

Bukan aku je yang kompelin. Umi aku pun kompelin jugak. Cuba lah bagi jawapan yang ringkas, tepat dan mudah faham. Boleh?

Lain aku nak tulis, lain yang aku buat. huh-


Buku ni harga dia RM 25.00 je. Jom beli. Tapi tulah aku cam sedikit menyesal sebab tak sempat nak baca buku keluaran pertama Ustaz Azhar Idrus. Huhuhuhu.

ok. bai-

Thursday, October 18, 2012

3 Kata Hati

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sayang, aku terharu
Kasih, aku rindu
Cinta, of course I Love You.

My latest novel. Novel aku la sangat! Novel opis kot. Hik hik hik.

Novel ni hasil nukilan Norzailina Nordin. Menceritakan kisah Hanani dan Iskandar. Kisah cinta si gadis muda dan si jejaka yang berumur 30-an.

Iskandar arkitek yang kadang itu tak punya masa. Sebok je. Hanani pulak budak lepasan SPM yang bekerja di sebuah Agensi Pelancongan. Diorang kenal melalui FB. Hah! FB? Hebat.

Biasalah.

Bila dah kisah cinta.

Ada sedikit konflik cinta.

Konflik keluarga.

Persahabatan.

Pekerjaan.

Percutian luar negara.

Tapi yang pasti sebab dah zaman kini, sms, skype dan FB dah jadi benda wajib dalam novel sekarang ;)

Sangat sweet cara Iskandar . . . it make me smile when I'm reading it. Wah!



Harga buku ni RM 22.00 je.

Jalan citer dia biasa je. Cuma text yang Iskandar hantar dan kata-kata Iskandar dalam novel ni sangat sweet.
Hmmm....tetiba miss my hubbylicious!

Hah!?

Hubbylicious!

Korang ader?

Aku ada....jap g datang jemput daku dari opis.

Dang-

Sayang kamooo....owh rindunya...

Aih, gatal nampak

(n-n)

Ok. bai-

Wednesday, October 17, 2012

Adam & Hawa

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ya, I know I'm a little bit keciciran about this phenomenon of Adam & Hawa. I don't care about it actually. Hahahahaha.

so evil this pompuan!

Jangan marah okay peminat dan pemenat Adam & Hawa.

Seyesli aku memang tak minat nak tengok pun citer ni. Novel dia? Aku tak pernah baca pong!. Arini aku baca ending je. Giler zalims.

Aku bukan boikot. Tapi after aku dengar dari si pencerita peminat setia telemovie Adam & Hawa kat umah tu. Aku tak rasa aku mampu tengok citer ni. Sebab aku cam malas nak tengok citer yang menguji kesabaran dan kesakitan hati melihatkan sikap Ain Hawani dan kesabaran Adam Mukhriz ;p

ye aku bukan pro Adam & Hawa.

Apa yang penting aku dah tau apa ending citer Adam & Hawa! Hahahaha.

Giler saiko pompuan neyh!

Umi!

Akak dah tau apa ending citer Adam & Hawa! Hahahahaha. Selamat menonton lah yea sampai episod 80.

Dang-

*mauumiakuisytiharperangnganaku* ;p

Apa ending? Takmo lah bagitau sebab korang pun dah tau.

Cliche-

Haruslah! Happily ever after!

Dadadadadada-


Tahan erk si Adam tu tunggu Ain sampai 8 tahun. Kalau laki lain mau dah kene cerai kot tak pun dimadukan. Ada ke lelaki camtu kat Malaysia ni? Aku malas nak tanya kat bumi ni. Terlalu besar sangat range dia. Tanya Malaysia sudah. Ada ke? Apatah lagi pilot. Hahahahahaha.

Pompuan degil cam Ain tu memang ada. Tapi aku belom pernah jumpe la...

Umi aku siap nak doa lagi supaya dilembutkan hati Ain terima Adam. Apakah??? Yang Puan Boss aku pun dah start kemaruk citer ni. Mula-mula takmo tengok pastu tetiba terjebak after aku bagi link yang dia leh tengok Adam & Hawa.

Pengsan-

Dah la...aku dah tau ending. Korang belom. Aku nak baca novel lain pulak.

Ok.bai!

Lupa pulak nak bagitau harga novel dia RM 19.90 je. Moh beli.

Friday, October 12, 2012

Bunga Di Rimba

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Baru je settle baca novel ni.

Bolehla...a lil bit of penyiasatan. Dah lama gak tak baca buku yang genre camni.

Kisah Ajura yang penuh misteri. Datang dari hutan. Kehilangan ayah. Mencari di mana ayah yang hilang. Berjumpa dengan Taufik dan Yusri. Yang mana satu pilihan hati? Apakah jumpa ayah yang disayangi. Siapakah dalang yang menyebabkan si ayah hilang?

Konflik.

Cinta.

Keluarga.

Kasih sayang.

Bunga di rimba....hasil nukilan Zuliana Abuas. Pertama kali baca hasil nukilan beliau. Quite okay. Make me smile a little bit. Okay la.

Buku ni berharga RM 21.00 je.


ok.

tammat-

Di Hujung Ranting 2

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak share pasal novel yang paling latest aku baca hasil nukilan Indah Hairani. Tanpa membaca Di Hujung Ranting aku terus baca Di Hujung Ranting 2. Tika dan saat aku membaca, aku berharap supaya aku dapat catch up apa cerita sebenarnya . . . sebab kalau mengikut apa yang diperkatakan oleh Indah Hairani, Di Hujung Ranting 2 adalah sambungan dari Di Hujung Ranting.

Bila aku dah baca, takdelah tercicir sangat. Aku dapat bayangkan apa yang Fatin dan Mawardah lalui dalam novel Di Hujung Ranting.

Nice-

Di Hujung Ranting 2 mengisahkan kesinambungan Di Hujung Ranting. Di mana kali ini Mawardah yang dibenci Datin Fatimah. Tidak seperti Di Hujung Ranting, Fatin yang dibenci oleh Datin Fatimah. Apa yang membuatkan Datin Fatimah membenci Mawardah adalah kerana sikap dan hasil apa yang dilakukan oleh Fatin tanpa diketahui oleh suami mereka Hakim.

Namun, Amar adik kepada Hakim dan juga Tanti si pembantu rumah Mawardah dapat menghidu. Tapi sayangnya, Mawardah masih mempercayai bahawa Fatin sudah berubah dan takkan menganiaya beliau.

Lurus dan baik hati sangatlah Mawardah.

Takpe...the best woman win!

*adakepepatahbegitu* ;p


Citer dia biasa je. Kita pun boleh agak. Buat jahat dibalas jahat. Buat baik dibalas baik. Kan?

Harga buku RM 25.90 je. Sape yang dah baca Di Hujung Ranting tu, leh la beli Di Hujung Ranting 2.

Ok. bai-



Thursday, August 16, 2012

Curi Curi Suka

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Novel terakhir sebelum masuk bulan Syawal.Gagagaga. Curi-curi suka. Hasil nukilan Liyana Zahim. Si budak kecik molek dengan kaki panjang.

*me already read your blog* ;p nice blog though

uols boleh singgah kat sini untuk membacainya pun kan ter ber

Okep dah lari tajuk. Novel kali ni agak ringan. Perjalanan cerita pun berjalan dengan lancar. Aku tak reti nak bagi bintang-bintang bagai. Tapi untuk novel kali ini is berjaya membuat aku tersenyum tika membacanya. Hehehe.

Aku suka novel yang boleh membuat readers menangis, ketawa dan tersenyum seperti kerang busuk. Apatah lagi bila baca kat opis yang menyebabkan opismate pandang menggunakan ekor mata dan berkata apa kene dengan budak ni? senyum cam kerang busuk. kalau boleh rebus takpe jugak.

Novel Curi-curi Suka ni mengisahkan tentang Wisya yang dihalau oleh ibu kandung dan dipinggirkan oleh kakak kandung. Hiduplah dia sebatang kara sehingga dia berkenalan dengan Ezroy, Ezril dan Daniel.

Ezroy si hati batu tapi meminati Wisya dalam diam. Ezril si pemurah hati pun meminati Wisya. Daniel si mat saleh pun meminati Wisya. Wah! hebat ko Wisya, sampai 3 jejaka meminati kat ko. Apa ko ada? Sesuatu yang tiada kat pompuan lain. Jinak-jinak merpati.

Yang mana satu menjadi idaman hati Wisya dan pilihan hati Wisya?

Dan apa yang terjadi pada Wisya, Ezroy, Ezril dengan Daniel? Hehehe. Baca la weyh.

*bukanbodekliyanazahimsebabkalaubodekpunakutakdapatapapun* ;p

Pekata korang pegi singgah MPH ke, Popular ke tak pun Kinokuniya ke. Pegi beli.

Harga murah je . . . RM21.00. Hehehe.



Ok.bai.

Selamat Menyambut Lebaran.

Tuesday, August 14, 2012

Dari Milan Ke Maran

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Novel kali hasil nukilan Norhayati Berahim. Tajuk Dari Milan ke Maran.

Agak banyak jugaklah watak kat dalam citer ni. Pastu ada diselitkan faktor politik. Aku tak minat politik. So setiap kali ada citer pasal politik aku skip. ye aku skip. me don't like it.

Jalan citer dia cam meleret-leret sket....buku tebal sangat. Hampir 1030 pages. Buntang mata mak jemah nak baca.

(@@,)

Tu pun kebanyakan page aku scan je. Bukan photostate. Huhuhuhu. Tak mampu nak photostate. Mau makan bulan kalau nak buat begitu.

Hew hew hew (sales assistant Avon suka hantar message cenggini kat aku)

Citer pasal Ismail dan Sharmin. Kisah cinta. Tapi hampir separuh cerita baru wujud nya percintaan antara Ismail dan Sharmin. Penat dowh baca.....

Kalau korang peminat tegar Norhayati Berahim, aku rasa takde masalah kot. Aku bukan peminat tegar dia. Maaf.

Harga RM 32.90 je.

ok lah nak tengok ada lagi tak buku yang best-best kat dalam opis daku yang tersayang ni. hehehehe.

Daaaa-

Monday, August 6, 2012

Semanis Cinta Semalam

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Aku baru je habes baca novel Semanis Cinta Semalam. Hasil nukilan Annur Puteri. Cerita dia sedikit meleret-leret. Kadang ada page tu aku scan je. If terlepas aku patah balik baca.

Aku pernah terlelap gara-gara pergerakan cerita dalam novel ini agak lambat. Haih-

Kalau korang rasa suka dengan citer yang jenis camni. Sila lah beli buku ni.


Thursday, August 2, 2012

Lelaki Tidak Bersalah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Lelaki tidak bersalah. Hasil nukilan Kusyi Hirdan. Uols boleh terjah belog dia kat sini.

Lelaki tidak bersalah mengisahkan tentang Salahudin Nordin yang disabitkan kesalahan sedangkan tidak bersalah. Cerita ini berkisarkan kisah rompakan senjata di kem tentera yang dilakukan oleh sebuah Persatuan yang dikenali Jurus Suci.

Dari pembacaan, seperti cerita benar. Cuma aku kurang pasti bila ianya berlaku di Malaysia.

Harus aku selidik. Wah! nak jadi penyelidik pulak ke? Hehehehe.



Dah. Aku nak pegi selidik kes. Hahahaha.

Lupa plak. Harga buku cuma RM 21.90 saje.

Actually aku ada baca dua buku lagi sebelum buku ni. Tapi ketidakrajinan untuk meng'hupdate'. Gagagaga.

Daaaa-

Friday, July 20, 2012

Alahai, Mat Salih!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam aku baru je habis baca novel Alahai, Mat Salih. Rajin kan aku  baca novel? Masuk bakul angkat sendiri nampak.

Quiet okay gak la citer dia cuma yang aku tak minat ialah banyak repeated scene. Konflik Aira dengan perasaan diri sendiri. Seyes aku rasa cam bosan kat situ. Aira seorang yang sangat payah nak tunjukkan emosi dan perasaan kepada suaminya sendiri, Zafri.

Ini telah menyebabkan aku sendiri dapat merasa apa yang si Zafri rasa. Zafri si Mat Salih yang pandai mengambil hati dan memaafkan orang. Walaupun ada perkataan melayu yang kurang fasih namun jiwanya lebih romantis dari lelaki Melayu.

*taksayangmulutke*

Novel ni banyak berkisarkan penghidupan Aira dan Zafri sebagai suami isteri tapi tak macam suami isteri. Sebab Aira lebih suka mendiamkan diri bila bersama Zafri. Dia suka memprotes. Suka mengisyhtiharkan perang dingin dengan Zafri.

Si Zafri pula, banyak bersabar dengan kerenah bininya. Kerana sayang hamba turutkan. Naseb ko dapat usbeng Mat Salih Aira oooi. Kene dapat laki Melayu, matiklah kau merajuk sendirik. Silap haribulan kene tinggal.

Gagagagaga-


Hasil Nukilan Zan Zarida. Ada part tu macam mencuit hati aku sket. Tapi macam banyak ulangan scene. Aku tak suka.

Okaylah harga dia RM 19.90.

Korang boleh dapatkan di semua kedai-kedai buku yang terpilih.

Kalau malas nak pergi, korang leh order dengan. Oda saja-

Bye-