OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, January 31, 2013

Antara penguin, belon dan ikan buntal!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku dan penguin...rasa cam sama dah kot...

=__=

tapi ....

Encik Usben kata aku dah macam ....


ok la kot... dari dia kata aku ni ....

Ok. Bai-

Esok Cuti Yeay!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Esok cuti yeay! untuk 3 wilayah saje. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Wilayah Persekutuan Labuan. Wilayah Putrajaya.



Sape yang keje kat Selangor dan negeri lain-lain. Sila bekerja dengan rajin yea.

Aku nak coti coti Malaysia.

hak hak hak!

Ok. Mak dah pesan macam-macam untuk beli. See ya next week! Babai-

p/s: biasalah mood orang mengandung memang tunggang langgang :p

Segmen Blogger i2 Sahabat ku

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hohohoho...

Baru 1st time join segmen. Selalunya aku cam malas sket. Huhuhuhu....

Ni pun aku tau dari Papablogger. Blog Papablogger dah leh bukak la...domain dia ada problem tu yang tak leh bukak.

;p


Aku nak join segmen ni sebab agak mudah la...sebab tak yah nak collect 'like' kat FB. Aku tak cukup rajin.

Hahahahaha...

Ok. If korang pun nak join segmen ni korang leh singgah kat blog Bro Rahmad ...

Ok. Bai-

ntahapatitlenakletakni

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hmmm....

Kenapa ntahapatitlenakletakni?

Kenapa?

Tak nampak ke kat top tu ntahapatitlenakletakni....

Plagiat?

Sapa plagiat sape?

Hmmmm....

ntahapatitlenakletakni...

Kenapa erk?

Hmmmm...

Tak faham...

Ok. Bai-

p/s: sesi merapu ibu mengandung :p


Wednesday, January 30, 2013

Kenapa Erk?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kan aritu aku baru je citer pasal sorang blogger. Papablogger.

La ni dah takde dah blog dia...

Kenapa erk?

Ada sesape leh bagitau aku tak kenapa?

Hmmmm....

Ok.Bai-

Sebelum dan Selepas

Assalamualakum, semua ;)

Hai, korang!.

Apa yang sebelum dan selepas? Ni haaa.....

Aku selalu gak kene camni.

Aku tak tau nak salahkan apa atau siapa....

Nak salahkan teknologi tak leh gak...salahkan manusia? Hmmm...nanti sentap!

Lalalalalaa....


Ok.Bai-

Apa ni?

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!.

Sedikit sebok beberapa hari ni. Dengan public holiday yang banyak. Alasan!

=__=

Beberapa hari ni sebok prepare my new business cooperate with my Encik Usben and Umi. Semoga Allah membantu kami dalam hal ini. Amin.

Bisnes apa?

Now we are selling books by online terms. You order to me by email then i will post it to you. Everything will be update at this link.

http://www.facebook.com/ChepahIlaBookShop





Tak pun korang leh click kat gambar buku yang kat atas ni (ada kat sidebar aku).

Ada buku-buku yang aku dah upload kat Chepah Ila Book Shop. Ada buku belom dapat upload lagi. Sabar yea....sabar itu kan separuh dari Iman.

(n-n)

Korang yang ada nombor contact aku pun leh gak contact aku jek. Bagitau buku apa yang korang nak. Alright?

Harga buku tidak termasuk dengan postage. Postage akan dikira kemudian bergantung kepada keberatan buku tersebut. Alright?

Wokeyh!.

Nak buku? Nak Apam? Nak Cake? Nak Roti Jalan? Nak Hantaran? Contact aku. PM aku. Email aku.

ok. bai.

Wednesday, January 23, 2013

Adik Manja Returns

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku dah tengok dah citer ni. Tak pernah pulak daku tahu kat Malaysia ni ada kolej untuk pompuan saje. Hak hak hak... Dalam citer sama macam pasang angan-angan.

Cerita Adik Manja Returns ni lebih kurang cam Adik Manja la...hehehe.


Tapi sebab nak 'up'kan result budak-budak kolej yang suka bermain-main ni. Cikgu Azmi buatlah satu pertandingan menari itu pun kalau diorang nye result exam bagus. Konon nak buat cam citer omputih tu... Step Up, Stomp The Yard, You Got Served and banyak la lagi citer dance.

Aku rasa diorang kene asah bakat lagi for the actress. Menari macam tangkap muat jek. Huhuhuu...

Sedey.

Tapi jalan citer dia boleh lah. Masalah nye disini ialah...teruk sangat la pulak student Malaysia tau nak kene kan lecturer je. Dah cukup hebat ke?

Lalalalalalala....

Korang tengok citer omputeh yang aku bagitau tu...pastu korang tengok Adik Manja Returns. Hihihi. Tak pun korang tengok lah mana-mana korang nak. Pastu bandingkan...

Kitanya movie quite okay cuma bila bab menari tu je...masalah bagi aku. Hahahaha. Actually, I've got no points here to blame Malaysian movie.

Mengong.

Dang!

 Ok. Bai-

Angan-angan Mat Jenin

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Simptom pertama aku di pagi hari sudah menjengah. Tido pun tak berapa nak lena malam tadi. Jadi arini aku dah rasa macam ala-ala zombie kampung pisang.

Dush!

Sleepy sleepy please go away.....

Korang mesti dah pernah dengar cerita angan-angan mat jenin kan? Arini aku nak share supaya kita semua beringat. Tak payahla nak berangan berlebih-lebih sangat sedangkan diri tu belum tentu lagi mampu buat. Bukan tak boleh berangan, boleh tapi jangan sampai lalai, alpa atau lagha.

Faham?

Syahadan, maka tersebutlah kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebagaiMat Jenin. Pemuda itu hidup sebatang kara di sebuah desa di gerubuk peninggalan ibubapanya. Gerubuk itu teramatlah daifnya dengan dindingnya yang senget dan atap rumah yang bocor apabila hujan turun dengan lebatnya.

Akan tetapi semua itu tidaklah dipedulikan oleh Mat Jenin kerana dia amat malas membuat kerja. Malah untuk membaiki gerubuk pusaka itu pun tidak di pedulikannya. kerjanya pula sehari-harian hanyalah memasang angan-angan.

Maka mashyurlah seluruh daerah itu tentang tabiat dan perangainya itu menjadi buah mulut orang. Akan apabila Mat Jenin berasa lapar, pergilah ia ke kedai makan dan duduk menunggu di situ kalau-kalau ada orang yang baik hati yang akan menanggung makan-minumnya.

Maka kalau ada sesiapa yang ingin berseronok, segeralah dia menegur Mat Jenin bertanyakan angan-angannya yang terbaru. Mat Jenin pun bersegeralah menceritakan angan-angannya itu tanpa bertangguh lagi apatah lagi jika yang menegur itu pula menyuruh dia meminta apa-apa makanan yang diingini.

Maka Mat Jenin akan bercerita sehingga sehari suntuk tidaklah dia mahu berhenti. Apabila kerbau sudahpun balik ke kandang, ayam dan itik pulang ke sarang, api menyala di dian, barulah dia balik ke gerubuk buruknya itu untuk tidur. Angin ribut yang bertiup pun tidak dibimbangnya, malah jikalau gerubuk buruknya bergegar dipukul angin, dia hanyalah menarik kain selimutnya dengan lebih rapat lagi sambil berangan-angan Katanya jikalaulah roboh gerubuk itu, tentulah jiran-jiran sekeliling akan membantu dia membina rumah baru. Jadi tidaklah lagi dia perlu bersusah-payah membaiki teratak buruk itu.

Akan begitulah kerja Mat Jenin itu sehari-harian. Jika apabila tidak ada orang yang hendak membayar makan-minumnya barulah dia mencari kerja. Tetapi kerja yang dibuatnya pula dipilih-pilih, tidaklah dia ingin membanting tulang di sawah padi kerana panas, ataupun pergi menangkap ikan kerana mabuk katanya. Oleh itu apa yang sanggup dilakukan oleh Mat Jenin hanyalah memanjat pokok kelapa, kerana menurutnya kerja itu teduh dan berangin pula. Itupun Mat Jenin hanyalah mengambil upah memanjat pokok kelapa apabila dia memerlukan duit belanja.

Tersebutlah pada suatu hari nasib Mat Jenin tidak begitu baik kerana tidak ada orang yang ingin membayar makan-minumnya. Maka terpaksalah dia mencari-cari sesiapa yang ingin mengupahnya memanjat pokok kelapa. Tetapi lebih malang lagi nasibnya itu, pada hari itu dia tidak berjumpa dengan sesiapa pun yang memerlukan kelapanya dipetik. Maka terpaksalah dia merayau-rayau sekeliling kampung dalam keadaan kelaparan. Sedang dia duduk berfikir-fikir seorang diri tentang apa yang perlu dilakukannya maka nampaklah olehnya seorang nenek tua sedang mendongak-dongak ke atas melihat-lihat buah kelapa.


"Nenek nak kelapa? Saya boleh tolong panjatkan." sapa Mat Jenin Nenek itu berpaling ke arah Mat Jenin

"Memang nenek mencari buah kelapa untuk memasak. Boleh ke cucu tolong petikkan untuk nenek?"

"Sudah tentu boleh nenek. tetapi apa yang nenek boleh berikan kepada cucu sekiranya cucu tolong petikkan buah kelapa nenek?" tanya Mat Jenin.

Jawab nenek tua itu, "Nenek tak ada banyak benda nak nenek beri. Tetapi kalau cucu sanggup petikkan buah kelapa ini untuk nenek, bolehlah cucu makan sekali dengan nenek. Lagipun nenek boleh berikan beberapa biji telur ayam untuk cucu."

"Saya nak buat apa telur ayam tu." kata Mat Jenin.

"Telur ayam ini kalau cucu eramkan, nanti akan menetas. Bolehlah cucu membela ayam,"jawab nenek itu lagi. Mat Jenin duduk berfikir sejenak di dalam hatinya, kalau telur itu menetas sudah tentu aku akan dapat membela ayam untuk aku jual.

" Baiklah nenek, sangguplah saya memanjat kelapa ini untuk nenek." Setelah berkata demikian, maka Mat Jenin pun mulalah memanjat pokok kelapa itu. Ketika mula hendak memanjat itu, dia asyik berfikir tentang kata-kata nenek itu maka hatinya bertambah girang.

"Kalau aku eramkan telur-telur itu tentulah telur-telur itu menetas. Bolehlah aku biarkan ayam-ayam itu sekeliling gerubuk aku sehingga besar. Apabila sudah besar bolehlah aku makan." Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata, "Kalau telur-telur itu menetas bolehlah saya makan ayamkan, nenek?" Nenek tua itu kehairanan tetapi terus sahaja menjawab "Betul cu." Sambil Mat Jenin berangan-angan, dia terus memanjat pokok kelapa itu semakin tinggi.

"Tetapi kalau aku biarkan ayam-ayam itu bertelur tentulah semakin banyak ayam-ayamaku membiak. Jadi tentunya aku akan dapat banyak daging dan telur untuk aku makan.Tetapi kalau terlalu banyak tentu susah aku menjaganya. Jadi baik aku tukarkan ayam-ayam itu dengan kambing tentu lebih beruntung. Bolehlah aku biarkan kambing-kambing itu mencari makan di keliling gerubuk aku. Tak perlu aku bersusah payah memanjat pokok kelapa lagi. Dan lagi tidak perlulah aku risau-risaukan menjaga ayam-ayam itu banyak-banyak." fikirnya lagi.

Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata "Kalau ayam-ayam itu saya jual bolehlah saya dapatkan kambing, kan nenek?" Nenek tua itu berasa geli hati mendengarkan kata-kata Mat Jenin itu tetapi dia terus menjawab "Betul tu cu." Mat Jenin memanjat semakin tinggi, sambil itu dia berangan-angan semakin tinggi,"Kalau aku sudah banyak kambing, aku akan tukarkan dengan lembu pula. Lagipun lembu itu lebih gemuk dan banyak dagingnya. Tentu aku bertambah kaya dan dihormati orang."

Sekali lagi dia menoleh ke bawah melihat nenek itu, "Kalau saya tukarkan kambing itu dengan lembu tentu lagi baik, kan nenek?" dia menjerit ke bawah. Nenek itu terus menjawab "Betul tu cu.." sambil tersenyum-senyum, menampakkan gusinya yang tidak bergigi itu. Nasib baik Mat Jenin sudah jauh di atas pokok kelapa dan tidak nampak nenek itu mentertawakan dia. Mat Jenin semakin kuat berangan-angan, "Kalau aku sudah dapat membela lembu, tentu aku dapat mengupah orang untuk menjaga lembu-lembu itu sehingga beranak pinak. Jadi aku akan dapat lebih banyak lembu, aku akan jadi kaya. Tak perlulah aku susah payah berkerja lagi . Bolehlah aku membela kerbau pula nanti."

Sekali lagi dia memekik ke bawah, "Nenek! kalau saya sudah banyak lembu bolehlah saya tukarkan dengan kerbau pula ye, nenek. Kayalah saya masa itu." Sekali lagi nenek itu menjawap, "Betul tu cu." "Kalau cu sudah kaya bolehlah cucu berkahwin." tambahnya lagi. Mat Jenin mengangguk-anggukkan kepalanya, "Kawin!" Dia terus memanjat semakin tinggi meninggalkan nenek itu sayup-sayup di bawah sana.

Ya!Ya! Kalau selama ini tidak ada perempuan yang ingin memandang mukanya kerana kemiskinannya, tentu akan berebut-rebutlah perempuan yang gilakannya setelah dia kaya nanti. Tetapi, masa itu dia tidak akan melayan perempuan- perempuan itu. Dia sudah pun kaya dan tentu dia dapat memilih siapa calon isterinya nanti. Ya! Ya! dia sudah tentu memilih isterinya dari perempuan-perempuan yang istimewa.

Dia akan memilih puteri raja. "Nenek! Saya akan kahwin dengan puteri raja." jeritnya ke bawah. Jawapan nenek itu hanya sayup-sayup, tidak didengarinya kerana dia sudah pun tinggi di atas pokok kelapa. "Tentu aku akan mempunyai ramai anak." fikirnya lagi sambil tersenyum- senyum.

"Dan mereka akan berlari-lari membuat bising. Isteri aku tentu akan mengidamkan perhiasan emas dan meminta dari aku. tetapi aku tidak akan beri. Kalau dia membuat bising, tentu aku akan tampar dia seperti ini." Serentak dengan itu Mat Jenin melepaskan pelukannya dan menampar pelepah kelapa itu sambil menengking

"Jangan nak mengada mintak barang kemas dari aku.", dan ketika itu bertempiaranlah seekor tupai yang sedang menyorok di celah pelepah kelapa itu, mengejutkan Mat Jenin dari angan-angannya itu.

Mat Jenin terkejut besar sehinggakan terlepaslah pegangannya dari pokok kelapa itu.Maka jatuhlah dia dari pokok kelapa itu sampai ke bawah, berdebuk seperti buah kelapa tua yang luruh bunyinya. Terkejutlah nenek tua itu melihatkan Mat Jenin terjatuh dan bersegeralah dia meluru untuk memberikan pertolongan Malangnya MatJenin telah mati di situ juga. Maka dengan itu tamatlah riwayat Mat Jenin yang terlampau suka berangan-angan sehinggakan menjadi mangsa angan-angannya itu sendiri. Demikianlah diceritakan orang kisah Mat Jenin yang malang.

Sumber

Tuesday, January 22, 2013

Masuk TV laaarrr!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sihat? Alhamdulillah.

Cam tak caya je Uitm, Lendu masuk tv. Hehehehe. Tapi tapi tapi...masuk tv bukan sebab banyak student deanlist! Tapi masuk tv sebab banyak student balik umah. Kenapa balik umah? Sebab berlaku nya sesi histeria di sana.



Hmmm....

Sepanjang aku belajar kat sana dulu. Memang ada je sesi histeria ni. Lagi-lagi nak dekat waktu exam. Selalu sesi histeria ni akan berlaku semasa waktu Maghrib.

Waktu Maghrib kan waktu 'siang' dia. Yang kita manusia ni tak payah lah nak terkinja-kinja, terjerit-jerit, tergelak-gelak waktu Maghrib. Kalau yang pasang radio tu bawak-bawaklah off radio waktu Maghrib unless korang nak pasang zikir.

Mana yang ada KO-KO tu kalau boleh tu sebelum senja tu dah boleh balik. Masa balik tu pun tak payah la nak melencong sana sini. Terus pulang ke hostel. Ni tak ada yang nak lepak kat cafe jap lah. Nak lepak court tenis lah (ada lagi ke court tenis) :p

Dengar cakap MPP dengan YDP Kolej. Kalau diorang kata makesure 7 malam korang dah ada kat bilik. 7 malam la korang dah ada kat bilik! So, listen, listen, listen what are they told you to do! Kita ni menumpang kat situ. Bukan penduduk tetap kat situ. Understand? So, buat cara menumpang dengan penuh sopan santun. Ada faham?

Untuk ketua-ketua level every kolej, buat bacaan Yassin every Friday night. Buatkan majlis bacaan yassin as sesuatu yang compulsary every level, lepas tu berdoa pada Yang Maha Esa lindungi korang dari gangguan syaitan yang direjam. InsyaAllah, semuanya akan selamat.

Alhamdulillah, semasa aku belajar dulu...level aku tiap-tiap minggu buat bacaan yassin. Alhamdulillah, takde sorang pun budak-budak level aku kene histeria. Jaga adab, jaga tertib, jaga tingkah laku, jaga percakapan dan jaga kebersihan tandas dan bilik serta level.

Ingat Allah yang lebih berkuasa dari 'dia'. Dia pun makhluk Allah juga. Tak perlu takut sangat pada dia, dan tak perlu juga berani sangat. Jadi diri kita sendiri berani + takut = normal. Okay?

Aku doakan student yang kene histeria tu pulih semula dan semangatnya pulih semula seperti biasa. InsyaAllah. Dekatkan diri pada Allah. Jangan terlalu leka dan alpa. Okay?

Lagi sekali pesanan buat korang-korang student, YDP dan MPP Uitm, Lendu:

Buat bacaan Yassin tiap-tiap hari untuk masa terdekat ni. Banyakkan pasang alunan zikir kat radio instead of lagu-lagu yang lagha. Bila keadaan dah kembali pulih, pastikan setiap level buat bacaan Yassin setiap Khamis malam Jumaat. Jadikan ianya kebiasaan. Dapat tambah pahala dan eratkan silaturrahim.

Ok. Bai-

Monday, January 21, 2013

bersalin? sakit tau!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku nak share satu citer pasal dua orang lelaki yang cuba untuk merasakan kesakitan bersalin. Sesungguhnya kesakitan bersalin adalah sesuatu yang amat menyakitkan.

Fuh!

Semoga Allah melindungi dan merahmati wanita-wanita yang bersalin dan dipermudahkan sesi bersalin. Amin.

Meh kita baca...kisah ni aku amek dari internet.



Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.

Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam. Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu siksaan.

Biarpun ketika memasang alat berkenaan mereka cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Pada tahun 2009,Dr Andrew Rochford telah melalui pengalaman yang sama dalam program What's Good For You. Dua jam kemudian,mukanya hampir biru menahan kesakitan yang dialami. Walaupun hanya simulasi,ternyata kesakitan yang dialami sukar ditanggung oleh mereka.Jika dalam keadaan sebenar,bagaimana?

Begitulah istimewanya wanita. Walaupun wanita dijadikan lemah,tetapi Allah mengurniakan kekuatan yang luarbiasa yang tidak dapat ditanggung oleh kaum lelaki. Terima kasih untuk semua ibu dan para isteri didunia ini, sungguh besar pengorbananmu ^_^

Ada sesape nak rasa sakitnya bersalin especially lelaki? Sila lah berbuat seperti dua lelaki di atas. Lalalalala.

ok. bai-

Friday, January 18, 2013

Minyak Dagu

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam aku baru je lepas tengok movie minyak dagu. Takdelah seram sangat pun citer ni. Pelakon citer ni Fezrul Khan (Azman), Fizo Omar (Johan) dan Yana Shamsudin (Emelda).



Citer ni mengisahkan Emelda tunang kepada Azman yakni pada permulaan cerita. Tapi disebabkan si mangkuk Azman ni kaki pukul makanya Emelda telah membuat keputusan untuk meninggalkan dan memutuskan pertunangan dengan Azman.

Kebetulan Emelda berjumpa dengan Johan, kawan sekolah lama Emelda. Selepas Emelda memutuskan pertunangannya dengan Azman. Emelda bersetuju untuk berkahwin dengan Johan.

Dan bermula dari itu, kisah minyak dagu bermula dimana Azman telah 'menyapu' minyak dagu pada Emelda sebelum perkahwinan Emelda dan Johan.

Biadap!

Orang dah tak suka...sebolehnya nak paksa! Huh!

Sebaik je Johan disahkan menjadi suami Emelda, bermula lah kisah Emelda tergila-gilakan Azman semula. Sangat mencabar menjadi suami apabila pak mertua dan mak mertua menuduh Johan menggunakan bomoh untuk mendapatkan Emelda.

Kat situ aku dah rasa macam apa neyh? Mak Ayah Emelda ni tak leh nak fikir betol-betol ke? Kalau betol si Emelda ni kene guna-guna dengan si Johan, haruslah dia melekat je dengan si Johan. Ni tak, dok tergila-gilakan si Azman.

Apakah?

Tak lama selepas itu, mak Emelda pun mati sakit jantung sebab tak dapat menerima tekanan yang anaknya perlu dirantaikan oleh Johan untuk mengelakkan Emelda lari dari rumah dan berjumpa dengan Azman.

Padan muka Azman tuan punya dagu kejar dia pulak sebab dia langgar pantang larang minyak dagu. Lalalalala...

bijak

bijak

bijak

Pantang larang dia mudah je...pertama sekali jangan bawak minyak dagu masuk dalam umah, kedua jangan langkah sungai, parit atau longkang dan ketiga jangan pergi rumah orang mati. Habes semua pantang larang dia langgar. Apalagi! tuan punya dagu nak darah lah! Dah macam citer vampire la pulak kan?

Kantoi dengan Johan sebab Johan follow Azman pegi umah tok bomoh (Latiff Borgiba) dan curi dengar perbualan antara Azman dan Tok Bomoh.

Padan muka Azman...mati kene panah petir.

Settle!.

Yang tak best kalau citer seram kat Malaysia ni. Kalau citer hantu je semua umah nak gelap. Semua hospital nak gelap. Korang tak percaya? Korang tengok citer ni pastu korang akan tengok satu scene tu kat spital. Apa kejadahnya hospital tu gelap? Hospital bukan ke patut terang benderang. Dah tu ada nurse siap buat keje bukak file dalam gelap. Giler ke apa?

Mula-mula aku ingat malam...rupa-rupanya masih lagi siang hari. Apakah?

Aku tak faham....

Ok. Bai-

Sehangat Asmara

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Minggu depan kot start citer Sehangat Asmara lakonan Adiputra dengan Rita Rudaini. Telefilem ni diadaptasi dari novel Sehangat Asmara hasil nukilan Aisya Sofea.

Sayang seribu kali sayang...

Seingat aku...aku tak baca lagi novel ni.

Huhuhuhuhu....

=__=

Tengoklah kalau aku rajin, aku follow la citer ni. Rajin ke? Hihihih...Adam dan Hawa pun tak tengok. Tau tau je dah habes.

lalalaalala

Apa yang penting. Aku dah tengok OST Sehangat Asmara.



Tapi tapi tapi ....

Aku suka lagi lahu Ratu ku original :p

Aku kan puan seri yang suka rock! Rock ke? Puuuiiii!


Tapi tapi tapi tapi....

Aku suka lagi dua lagu ni....


dengan lagu ni ....


Aku main amek je video yang aku rasa ok la kot...

Ok. dah lari tajuk. Sebenarnya nak citer pasal Sehangat Asmara. Lain pulak jadi nye nih. Apakah?


Ok. bai.

khatam

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hari Jumaat yang indah. Angin yang agak kuat juga pagi tadi. Lepas mandi pun masih lagi gigil-gigil. Lepas mandi aku solat Subuh dan mendoakan kesejahteraan untuk semua muslimin dan muslimat semoga kita semua jaga solat, jaga iman, jaga rohani dan jasmani. Amin.

InsyaAllah, arini dapat kot aku khatam Quran waktu Zohor nanti. InsyaAllah.

Cerita sebenarnya aku dah khatam baca satu belog ni. Mula-mula aku tertarik untuk baca belog ni bila ada one of my friend post an entry pasal his kiddo yang kene tampar dengan pengasuh.

Aku tak tau la kenapa ada pengasuh yang bertindak sekejam ini. Alhamdulillah sepanjang aku hantar anak-anak aku kat pengasuh tiada apa-apa yang berlaku. Tapi sekarang ni tak hantar dah sebab diorang dah besar so diorang tinggal ngan Umi aku. Jadi teman nak gaduh ngan teman nak bergurau.

:p

Eh! lupa plak nak bagitau belog apa....

Korang leh la terjah kat papablogger. His blog quite nice and sempoi. Part si ayah rindukan anaknya tu yang tak leh blah. Sebab selalunya tahap rindu-rinduan dengan anak ni kebanyakan ibu je. Tapi dia buat aku nak salute lah! Rindu betol dia kat si Amirah tu.

Dah la anak dia comey. Tengok pipi Amirah tembam. Rasa cam nak geget! Haip! Sukahati je nak geget anak orang. Sila geget anak sendiri mekasih.

(>.<)

Ni address papablogger.... www.papablogger.my

Sila lah terjah belog beliau. Comey kan anak dia. Cuma kecerahan tu ikut siapa yea???? Hik hik hik

Yang ni blog header dia...maaf ye 'merompak' awak nye header.


Ok. Bai.

Thursday, January 17, 2013

bertaruh

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ada seorang pakcik bernama Pak Di yang sangat kaya.Setiap hari beliau menyimpan RM1000 dibank.Dia akan terpacak di kaunter tepat pukul 9.00 pagi untuk menyimpan RM1000.Tingkah lakunya telah diperhatikan manager bank tersebut dan memanggilnya ke office lalu bertanya.....

Manager : Pakcik saya tengok pak cik setiap hari simpan duit RM1000 dibank.Apa kerja pak cik?

Pak Di : Saya tak ade kerja encik,cuma saya suka bertaruh,Setiap hari saya bertaruh saya tak pernah kalah..

Manager : Oh ni sudah bagus... Tapi mungkin pak cik belum bertemu dengan orang yang terror macam saya.Kalau pak cik lawan saya,jangan harap pak cik menang.

Pak Di : Ya ka?... Ok kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay...sebutkan apa saja oak cik nak betaruh dengan saya.

Pak Di : Macam ni ....Dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telinga belah kiri...Kalau betul,encik akan kehilangan RM 1000.Kalau tak saya akan bayar encik RM 1000.

Manager : HA..HA...HA.. tak logik pak cik..tapi tak apa saya setuju..

Setelah kedua-duanya bersetuju,mereka pun beredar ..Besok bila bangun pagi manager itu check telinga kirinya...oh masih ada.




Begitulah seterusnya hingga hari ketujuh ,dia dapati telinga belah kirinya masih ada .Dengan suka hati manager itu pergilah jumpa Pak Di.

Manager : Pak cik sorrylah telinga belah kiri saya masih ada..

Pak Di : Betul ke ?Aku tak percaya.Mari sini aku jentik.

Lalu di menjentik.Manager itu menjerit " Adui!!!"

Pak Di : Betul le...Sambil tersenyum dia menghulurkan duit RM 1000

Manager : Hari ini baru pak cik tahu siapa yang terror.Sorry la hari pak cik tak dapat masukakn duit kat bank lagi... keh...keh...keh

Pak Di pun keluar dari bank tapi tak lama kemudian dia masuk balik kebank tersebut dan mengeluarkan duit RM 1000 dari poketnya lalu pergi kekaunter untuk memasuki duit.Manager tersebut hairan lalu bertanya..

Manager : Mana pak cik dapat duit tu.?

Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pakcik tadi RM 2000.

Manager : Bertaruh tentang apa?

Pak Di : Bertaruh yang pakcik dapat jentik telinga manager bank...

Manager : Tak guna punya orang tua...

Haip! tak baik bertaruh berdosa tau...Tuhan marah.

Ok. Bai-

Sumber

Simptom

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Simptom pertama di pagi hari .... mengantok giler weyh!

Simptom kedua di jam 11 pagi .... kelaparan!

Simptom ketiga di jam 3 petang .... mengantok plus kelaparan semula!

Apakah? Dan ianya berlaku setiap hari =___=

Sekarang ni pun masih dalam keadaan simptom yang pertama... hmmmmm.

*****************************************************************
Semalam dalam kereta ....

SZ: ibu tadi kakak tido. pastu kakak mimpi. kakak nanyes. nenek takmo cakap ngan kakak pun. tak nak kawan nenek

Ibu: ? (balik kene tanya umi apa yang berlaku) :p kenapa kakak takmo kawan nenek?

SZ: nenek takmo cakap ngan kakak.kakak takmo kawan nenek. huh.

Sampai umah....

Aku: Tadi safiyyah cakap dia mimpi nanges pastu umi buat tak tau. Terus dia cakap takmo kawan ngan umi.

Umi: (mak aku belom citer lagi dia dah gelak)

Aku: ?

Actually yang sebenar-benarnya berlaku bukanlah sebab dia mimpi. Ianya realiti. Memang dia nanges dan memang Umi aku buat tak tau je dengan dia... mau tak nya! nak tido tapi nak tengok tv. Apakah?

Budak-budak kan...diorang bukan tau pun ianya realiti atau pun mimpi.

:p

Ok. Bai


budak kecik yang makin hari makin petah bercakap. hari-hari dipenuhi dengan persoalan demi persoalan. Selamat menjawab soalan buat ibu dengan ayah.

Yeah!

Ok. kali ni betol-betol bai- :p

Tuesday, January 15, 2013

Persoalan I

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini aku cipta satu label baru. Persoalan demi persoalan. Ianya berdasarkan dari pembacaan aku dalam ilmu agama. Semoga apa yang aku kongsi kan dapat memberikan ikhtibar kepada kita semua. InsyaAllah.

Persoalan I

Ada yang rajin solat tapi hidup melarat namun ada yang ingkar suruhan Allah tapi hidup nikmat. Adakah Allah itu tidak adil?

Allah itu Maha Adil dalam setiap perkara. Sedangkan Allah telah mengharamkan kezaliman terhadap makhluk-Nya. Allah tidak akan menzalimi makhluk-Nya.

Memang wujudnya keadaan dan situasi begini. Kita yang rajin solat dan akur perintah Allah ni haruslah bersyukur kerana dalam kita tidak sedar sebenarnya kita punya nikmat yang orang lain tak dapat. Perasan tak? Manakala yang tidak akur perintah Allah terus terusan alpa dan lalai dalam perintah-Nya kerana kehidupan, hati dan mata mereka dikaburi dengan dugaan yang Allah berikan kepada mereka.

Allah pernah berfirman:

Apakah mereka menyangka bahawa harta dan anak yang Kami kurniakan kepada mereka bahawa Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar,

(Surah Al-Mukminun: 55-56)

Ada juga satu hadis untuk menyokong fakta diatas....

Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada sesiapa yang Dia suka dan tidak suka, dan Allah tidak memberi agama melainkan kepada sesiapa yang Dia kasihi. Sesiapa yang Allah berikan agama padanya maka Allah mengasihinya.

(Riwayat Ahmad)

Jadi pendapat aku....
Korang tak perlu risau sangat if korang selalu solat tapi tak kaya-kaya. Sekurang-kurangnya korang cuba lihat sekeliling korang. Korang tak kaya. Tapi korang ada ibu, ayah, adik beradik, anak-anak dan kesihatan yang baik. Korang nak beribadat pun senang tak sesibuk orang yang berada. Korang boleh jumpa ibu ayah dan kaum keluarga tanpa ada sekatan masa. Betoi dak?

Hmmm...jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Ini cuma pendapat aku sahaja...jika mahu lebih faham lagi sila berjumpa dengan ustaz atau ustazah yang boleh tolong korang fahami dengan lebih lanjut.

Ok. Bai-

Kebiasaan atau Luar Biasa...mana satu pilihan hati?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak share ilmu sket la pulak. Selalu tu cam merapu je kan????? motip? Berkongsi ilmu tu kan lebih baik.

Lalalalala...insaf seketika. Alhamdulillah.

Aku nak share ni je....semoga menjadi ikhtibar kepada semua suami-suami dan bakal suami. Kan?

 

saiz ni je yang mampu aku letak kat belog aku ni. nak lebih terang korang click la kat gambar tu pastu print.

Lepas print tampal kat pintu almari. Kan?

ok. bai-

Monday, January 14, 2013

Ganas!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dulu Red Riding Hood.

Pastu Snow White and The Huntsman.

Sekarang Hansel and Gretel!

Semua citer kanak-kanak yang ada moral diakhir cerita jadi ganasz!

Haip!

Semua movie yang aku sebut tadi dah jadi 18sx, 18sg dengan 18pl. Hohohoho.

Anak-anak aku?

Ang layan la citer cinderella yang Walt Disney nya itew. Huhuhuhu.

Nak tau betapa ganasz nya citer Hansel and Gretel neyh? Meh kita layan trailer dia.....



Ang tengok la poster dia pulak! Macam takde morale value. Ahaks!



Apa-apahal pun movie ini akan daku tengok nanti. Hahahahaha.

Pelakon untuk movie ni Jeremy Renner (Hansel) dengan Gemma Arterton (Gretel). Actor lelaki tu sebelum ni ada berlakon dalam citer SWAT dengan The Avengers 2. Ada je movie lain dia berlakon tapi yang aku tau dua ni je. Hehehehe.

Yang actress pulak dia pernah berlakon dalam Prince of Persia. Itu je la yang aku perasan minah ni berlakon. Hmmm...maybe dia actress yang baru nak naik kot kan...lalalaala.

Ntah sempat ntah tidak nak tengok. Sebab macam busy je nanti dengan sesi nak buat hantaran. Ada tiga manusia yang terdekat dengan aku nak buat majlis kawen lah, tunanglah. Itu belom masuk lagi sesi cukur jambul. Hmmmm.

Semoga Allah memberi daku kekuatan tenaga, rohani dan jasmani untuk menempuh segala dugaan dan cabaran yang mendatang dan menjadikan ku insan yang lebih beriman kepada-Nya. Amin.

ok. bai-

Thursday, January 10, 2013

lelehan

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Haip!

Meleleh air liur....slurp slurp slurp. Hahahahaa

Sila jangan bayangkan amat buruk sekali. hahahaha



*=P~ drooling


sedap nya...kambing bakar satu!

ok. bai.

sumber gambar: masterchef nye fesbuk.

Lembut Lidah III

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tiba-tiba terasa ingin meng'ladoo'kan lidah...maka keputusan sudah dibuat. InsyaAllah hari Sabtu ni akan daku 'menziarahi' Jalan Masjid India untuk membeli ladoo.

Hahahahaa....!

Inilah akibatnya bila masa deepavali aritu tak dapat ladoo.

? ok takde kene mengena. hik hik hik.

Ok arini nak kongsi another lembut lidah. kalau dalam bahasa inggeris sof tongue. Hamboih! soft tongue sangat ;p

Arini aku nak share yang bahasa inggeris pulak. Tapi yang biasa kita dengar tu.

"She sells seashells at the seashores"
Cuba cakap laju laju...mau jadi sh sh sh sh....kan?

Ok. nanti aku update lembut lidah yang lain berjumpa lagi nanti dalam segmen lembut lidah!

ok.bai-

 

Tuesday, January 8, 2013

Farfalle Bologna

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak share resipi Farfalle Bologna. Bologna sangat.

Aku cuma guna pasta jenis Farfalle untuk gantikan Spaghetti. Saje tukar. Tapi bila korang gunakan Farfalle ni, waktu untuk rebusan dia kene lama sket jika dibandingkan dengan Spaghetti. Sebab dia nye 'structure' sedikit tebal. Alright?

Aku rasa resepi bolognese korang leh dapat kat sini.

Alright?

Mak jemah tak rajin nak taip resipi semula. hik hik hik.

Lupa plak nak share camne bentuk farfalle tu kan?

Jap yea...






Ini hasil dari aku plak...


Mintak maaf la yea di atas kualiti gambar yang diberikan...ini hasil tangkapan dari Encik Usben. Hmmmm...

Hmmm....tak tau pe nak kata.

Ok. Bai.

Tembak tembak

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tembak tembak tembak!

Buk!

Apakah?

Nice-



Si kakak mengigau perang-perang beserta dengan tembak menembak berlaku. Tiba-tiba terjun dari katil bagaikan terjun menggunakan payung terjun.

Nasib baik tak jatuh atas perut Ibu!

Terkejut Ibu okey!

Takkan nak pasang pagar kat katil kot????

Huhuhuhu....

Ok. Bai-

Monday, January 7, 2013

Emotion and Feeling

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sigh-

Pregnancy term makes all the emotion and feeling going upside down. Including all the energy. Arggghhhh!

Suddenly feel I'm all alone.

Sometimes feel so happy and energetic.

Sometimes feel like so damn lazy.

Sometimes feel like so sad.

What happen to me????

Dush-

Friday, January 4, 2013

Kari Tulang

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam ceria dan Salam Jumaat. Jumaat pertama untuk 2013. Semoga hari Jumaat ini menjadi Jumaat yang paling baik dari Jumaat sebelumnya. Dan bukan juga Jumaat terakhir buat diriku serta Jumaat terakhir buat orang-orang yang daku sayangi.

Amin.

Pinggul ku ngilu weyh! Mengapakah? huhuhuhu...

Arini nak share resipi Kari Tulang. Ini buatan omak den. Bukan den. Den kurang pakar bab-bab masak kari. Hohohoho.

Bahan-bahan:

1 kg tulang lembu
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji santan
3 sudu besar serbuk kari daging (klu suka pekat leh tambah kari lagi)
1 btg kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 biji kentang
1 biji lobak merak
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Rebus tulang lembu bersama-sama dengan rempah kari. Rebus sampai empuk. Bila dah empuk, masukkan kentang dan lobak merah. Masukkan juga santan, garam dan gula.

2. Hiris halus-halus bawang merah, bawang putih dan halia. Di kuali lain, tumis sehingga naik bau segala bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.

3. Selepas dah naik bau, tutup api dan tuangkan ke dalam kuah kari tadi dan kacau. Biarkan kuah kari tadi mendidih. Kemudian tutup api.

Siap!

Terbaek dari ladang!

Inilah hasilnya....


 Sedap weyh!

Korang ce try. Selalu tulang buat sup. Macam jiran kita tu hari-hari makan tulang buat sup!

Hoi! tulang mahal tau tak? Kaya la jiran ko tu hari-hari makan tulang buat sup. Eh?

Ok. Selamat Mencuba.

Korang leh apply cara bikin kari ni untuk kari ayam, kari daging dan juga kurma. Terbaek dari ladang.

Lalalalala.

Ok. Bai-

Thursday, January 3, 2013

Nak tuju lagu,boleh?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Entry arini buek Kak Mar yang tengah mabok :p

hik hik hik

Den dah lopeh sesi mabok!.

Har har har


buek Kak Mar dengan Abang Nadzri (eh! boto ko tidak den eja namo abang nadzri?)

buek penawar rindu!

hik hik hik

ok. bai-

Just both of them

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Let's the picture tell the story.... (n-n)


hik hik hik...

dua budak yang tak mandi lagik!

ok.bai-

Wednesday, January 2, 2013

Kurniaan Allah, Syukur!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Setelah lama bercuti. Dan kini bermulanya 2013. Selamat tahun baru semua!. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Amin.

Aku tak faham kenapa makcik aku tag aku untuk blog review oleh Muja. Tapi apa-apa pun terima kasih la yea sebab meng'tag' saya. hik hik hik. aku ni kurang faham sikit pasal tag tagging tagger tagged dalam blog ni. Blaja? Nan ado maso eh! Dapek hupdate belog ni pun dah cukop bersyukur!

*silajanganmarahsayabloggertegar* ;p

Alhamdulillah. Sebelum 2012 berakhir. Keluarga aku dapat lagi satu ahli baru! Ciptaan Allah paling terbaek buat kami. Syukur pada Mu Ya Allah.

Syed Aqil bin Syed Alwi.


Muka budak yang baru lepas dimandikan oleh ende tersayang. tersayang ke? bluek!

Lahir 30.12.12 jam 8.10 pagi berat 3.45kg..panjang tak ingat la pulak :p

Mama, Papa ngan Aqil sekarang bermastautin kat umah. Makanya schedule daku pagi hari sudah berubah...hohoho. Budak kecik ni aku mandikan. Pagi tadi dia dah bagi aku air yang paling suam! Terbaek! Siap ko nanti aku balik keje...akan daku keroje kan kamu. Hahahahaha!

Riuh kejap umah daku dengan hasil lalakkan dia...jap ada ke perkataan lalakkan? Hik hik hik. Budak kecik ni kalau lapar...terus siren dia bunyi yang paling tinggi. Takde nak bagi salam bagi siren slow-slow. Ini tak terus high volume. Hamboih kamu.

Si Aqil ni dikelilingi dua orang dayang senandung. Hamboih. Ada orang amekkan pampers. Amekkan minyak nak sapu perut. Tolong cium. Tolong sayang. Tolong usap pale bila nanges. Ende pun tak dapek begitu.

*jeleskeapa?* ;p

Sila jangan bosan entri kali ni dipenuhi dengan citer si budak kecik yang punya sore high volume bila kelaparan. Semalam nurse datang umah, nurse kata ada sikit kuning. Tapi takpe, dengan berkat susu Mama kuning kamu akan berkurangan!

Itu sahaja entri kali ni...akan daku update entri lain lepas ini. If aku tak busy like a bee. Bzzzzzzzzbzzzzzzz.

p/s: ende is aku and Encik Usben is Ayah Long. Mama and Papa is his father & mother. 

Ok. bai-