OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Bahaya Kencing Kotor bagi Ibu Hamil

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini aku nak share tentang kencing kotor dikalangan ibu-ibu mengandung. Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah ini adalah ibu-ibu mengandung dan wanita. Tapi, mengapakah???

Ok, secara amnya orang perempuan mudah mengalami kencing kotor kerana saluran kencing mereka lebih pendek dari lelaki. Maka, bagi wanita mengandung pulak disebabkan oleh perubahan hormon dan juga disebabkan oleh tumbesaran rahim yang menyekat pengaliran air kencing.

Apabila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan otot tersebut tak dapat mengeluarkan kesemua air kencing yang tersimpan. Maka, air kencing yang tersimpan telah mengumpul kuman. Dan kuman tersebut mudah membiak kerana air kencing wanita hamil punyai lebih banyak asid berbanding wanita biasa.

Untuk perhatian korang jugak!... if ibu mengandung punya  masalah kencing kotor, bayi juga mungkin akan terlibat sama dimana akan mengalami kelahiran awal dan bayi yang dilahirkan awal akan mengalami berat badan yang rendah.

Dah faham apa yang aku jelaskan kat atas?

Masih kurang faham... if korang ada masa sila singgah di blog Dr. Zubaidi. Kat dalam tu ada penerangan yang jelas tentang Bahaya Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil.

Untuk mengelakkan kencing kotor, ibu-ibu hamil TOLONGLAH minum air dengan sebanyaknya. Busuk-busuk pun 6-8 gelas sehari. Nak hebat minum 3 liter sehari as we supposed to drink. Lagipun ibu-ibu mengandung memang perlukan air yang lebih sebab nak cover air ketuban lagi. Dengan nak cover air dalam badan lagi.

Korang nak dehydrated ke? Lagi parah! Hadoi la....TOLONGLAH minum air dengan banyak. Kasihani diri anda dan bayi anda.

JANGAN sekali-kali tahan kencing. Apabila kita tahan kencing, peratus untuk kuman membiak adalah tinggi. Jadi janganlah tambahkan lagi risiko yang ada. Dah rasa nak kencing tu, pergi je la kencing unless tandas takde yang berdekatan atau tandas ada yang berdekatan tapi kurang bersih. Hehehehe

Lagi satu...kalau panties sempit dan sendat janganlah pakai. Beli la baru yang longgar sket supaya vagina korang boleh bernafas. Kesian Cik Puan V kamu tu...lemas. Hihihihi

Ok. Sudah faham.

Tak faham singgah le kat Blog Dr. Zubaidi. Tanya dia apa yang korang rasa nak tanya pasal kencing kotor. Tu kat atas tu...aku ada bagi link. Sila-sila lah click dan baca.

Assalamualaikum.

Tuesday, November 26, 2013

Apa itu MERS-CoV?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Nak share info sikit...daripada aku biarkan blog ni tak bergerak tanpa ada cerita mahupun gosip panas. Maka aku kongsi info untuk pengetahuan anda-anda semua. 

MAKLUMAT MENGENAI KEJADIAN JANGKITAN MIDDLE EAST RESPIRATORY SYNDROME CORONAVIRUS (MERS-CoV) UNTUK ORANG AWAM LATAR BELAKANG MENGENAI KEJADIAN JANGKITAN MERS-CoV

Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mengenai kejadian
jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) pada
September 2012. Sehingga 4 November 2013, sejumlah 150 kes MERS-CoV yang
disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan dari seluruh dunia, meliputi 64
kematian.

MERS-CoV adalah merupakan salah satu ahli keluarga (strain) dari kumpulan
coronavirus. Ia merupakan kumpulan keluarga virus yang besar dan terdiri dari
pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan. SARS yang
pernah menggemparkan dunia pada 2003, merupakan salah satu dari strain
coronavirus tersebut. Namun begitu, MERS-CoV dan SARS adalah dua strain
coronavirus yang berbeza di antara satu dengan yang lain.

Pada ketika ini beberapa negara di rantau Timur Tengah melaporkan kes MERSCoV
dan negara-negara tersebut adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan,
Qatar dan Tunisia. Begitu juga dengan beberapa negara dari rantau Eropah, iaitu
Itali, Jerman, Perancis dan United Kingdom. Bagi kes yang dilaporkan dari Tunisia
dan negara-negara rantau Eropah, mereka samada mempunyai sejarah lawatan ke
rantau Timur Tengah atau sejarah kontak dengan pelawat yang bergejala sejurus
pulang dari lawatan ke Timur Tengah.

Gejala utama yang dikesan dalam kalangan kes MERS-CoV merupakan jangkitan
respiratori yang berlaku secara akut dan serius, iaitu demam dan kesukaran untuk
bernafas. Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru dan terdapat juga
sebahagian kes yang dikesan dengan gejala gastrointestinal seperti cirit birit. Bagi
individu yang menghidapi penyakit kronik dan kurang daya tahan jangkitan
(immunocompromised), gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak
lazim (atypical).

Punca jangkitan (source of infection) dan cara jangkitan (mode of transmission) bagi
jangkitan MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti. Pihak WHO juga
menegaskan bahawa tahap penularan jangkitan tersebut secara keseluruhannya
tidak diketahui dan tiada vaksin untuk MERS-CoV pada ketika ini. Buat masa ini,
pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalananan (travel advisory)
atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat.


NASIHAT KESIHATAN

Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah dari negara Arab Saudi. Mengambilkira
situasi semasa kejadian jangkitan MERS-CoV di sana dan kekerapan rakyat
Malaysia berkunjung ke Tanah Suci samada bagi mengerjakan ibadah umrah dan
juga haji, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan mengenai
perkara-perkara seperti berikut:

a) Khusus Bagi Jemaah Haji / Umrah Yang Baru Pulang Dari Tanah Suci:

• Hadkan perjumpaan bersama ramai orang dalam tempoh dua (2) minggu
dari tarikh ketibaan di Malaysia.

• Sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

• Amalkan mencuci tangan secara kerap.

• Menjaga adab batuk.

• Sekiranya tidak sihat, dapatkan rawatan lanjut serta maklumkan
mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

b) Khusus Bagi Ahli Keluarga Kepada Para Jemaah Haji / Umrah Yang Baru
Pulang Dari Tanah Suci:
Sekiranya ahli keluarga mempunyai kontak rapat (close contact) dengan
jemaah yang baru pulang dari Tanah Suci dan mempunyai gejala jangkitan
respiratori akut, perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital
yang berdekatan, serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan ahli
keluarga mereka yang berkaitan kepada doktor yang merawat.

c) Kepada Orang Awam:
• Mendapatkan maklumat mengenai gejala penyakit MERS-CoV dan
perkembangan semasa mengenai penyakit tersebut dengan melayari
laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://www.moh.gov.my.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung kejadian jangkitan MERS-CoV,
sila hubungi talian hotline MERS-CoV seperti butiran berikut:
No. Telefon: 03-8881 0200
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang
(Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum)


• Amalkan kebersihan diri:
- Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau
menggunakan hand sanitizer.
- Menjaga adab batuk.

• Segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan jika
mengalami gejala jangkitan respiratori akut seperti demam, batuk dan
sesak nafas dalam tempoh dua minggu selepas mempunyai kontak
dengan orang sakit atau sesiapa yang baru pulang dari luar negara.

• Sekiranya bergejala, elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan
awam.

Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
November 2013

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Happy Readings!


Ok. Wassalam.

Tuesday, November 19, 2013

Halba

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Baru je lepas blogwalking kat blog Chemot. Nice topic Chemot.

Alhamdulillah...aku dah cuba.

Sangat memberangsangkan...

Tapi...

Aku dah lama tak buat air halba. Malam ni boleh la buat lagi.

Halba?

Apa tu?

Meh sini aku tunjuk halba tu apa...


ini mak-mak selalu letak dalam kari ikan.

takpun dalam nasi dagang...tak perasan?

memang la hang ni tau makan je.

banyak khasiat halba ni...

Rasulullah saw bersabda :

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda : "Gunakanlah Halba sebagai ubat, memang Halba itu baik!!

Antara lain Kelebihan & Khasiat Teh Halba adalah :-

Mencuci perut.
Mencuci darah kotor
Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
Membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
Membantu masalah kegemukan
Menguatkan fungsi jantung.
Merawat masalah sembelit & buasir.
Melancarkan perjalanan darah.
Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim
Mengetatkan & meremajakan rahim
Menghilangkan lendir & sakit tekak.
Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
Memperbanyakkan air susu ibu.
Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi!
Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan.
Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita.
Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan.
Memelihara keanjalan kulit

Cara-cara penyediaan halba sebagai penawar:

1. Teh - masukkan sesudu teh biji halba ke dalam 300ml air dan rebus. Halba boleh ditumbuk juga jika diingini. Minum semasa panas atau yang telah disejukkan.

2. Beberapa biji halba ditelan terus dan minum air.

3. Tumbuk biji halba sehingga menjadi serbuk dan letak pada bisul atau kulit yang bermasalah.

Jom!malam ni kita minum air halba. Nice lorh!

Credit: Chemot

Wassalam.

Tuesday, October 22, 2013

Tabiat Merokok

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Seperti yang diketahui umum, merokok adalah sesuatu yang membahayakan kesihatan. Bukan sahaja kesihatan diri sendiri malah kepada orang sekeliling.

Pelbagai penyakit akan muncul samada dalam diri si perokok atau si penghidu. Innalillah.

Seperti yang pernah aku utarakan di sini.

Nampaknya usaha aku belom cukup lagi. Mungkin pihak kerajaan perlu berusaha lebih lagi yakni dengan mengharamkan terus penjualan rokok.

Hmmmmm.....atau ada disebaliknya sehinggakan rokok ini tidak diharamkan di Malaysia?

Dan aku rasa ada juga blogger yang telah mengutarakan topik ini jugak. Seperti Puan Ieta.

Tapi ia mungkin dipandang sepi oleh perokok. Tapi bukan perokok masih mengambil berat betapa bahayanya merokok.

Hmmmmmm.....

Hari ini di laman sosial facebook milik Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff telah mengutarakan tentang rokok.

Wahai perokok! Stop la weyh! Korang tau tak korang bakal menjahanamkan rakyat Malaysia? Korang adalah pembunuh sebenarnya! Korang bunuh diri korang! dan korang bunuh orang di sekeliling korang!


Ini kata-kata dari laman sosial Facebook Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff...

Tabiat Merokok bukan sahaja mempunyai kaitan dengan aspek kesihatan, ekonomi dan social, malahan ia juga melibatkan sudut keagamaan dan hukum. Sebenarnya tabiat atau gejala merokok di kalangan umat Islam kini bukan dibenarkan di dalam Islam. Islam telah menegah malah mengharamkan tabiat merokok di kalangan umat-umatnya. Ini menunjukkan bahawa perihal halal telah jelas dan perkara haram telahpun dijelaskan dengan setepat-tepatnya. Hanya yang benar-benar beriman sahaja yang lebih maklum dan dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk, di antara yang halal dan haram.

Sabda Baginda s.a.w.:

"Sesiapa yang menyakiti muslim maka sesungguhnya ia menyakiti akan daku dan sesiapa menyakiti akan daku maka sesungguhnya ia menyakiti Allah". (Hadis riwayat at-Thabrani)

Menurut suatu sumber, rokok digunakan dalam satu upacara keagamaan oleh pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico, sebelum masehi lagi. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa rokok itu mula dikenali di negara Yahudi (musuh Allah dan Rasul) Di sanalah rokok diperkembangkan ke negara-negara jiran dan lain kawasan di dunia untuk melemahkan manusia-manusia sihat khususnya penganut-penganut Islam yang bersih.

Islam amat mementingkan kesihatan yang sempurna dan bersih dalam segala hal. Ini kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman, sebaliknya perokok itu adalah seorang pengotor.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman"

Pendapat lain mengatakan, Orang-orang Kristian dan Eropah memperkembangkan rokok ke negara-negara jajahannya untuk menindas negara itu dari segi ekonomi, fizikal dan mental sesudah bahan itu dibawa dari Amerika berikutan penemuan itu pada 1492 masehi oleh seorang Putera Itali iaitu Christopher Colombus (1451 - 1506).



Sedarlah wahai manusia...kamu bakal menjahanamkan diri kamu dan orang disekeliling kamu dengan asap rokok kamu. Unless kamu buatlah dunia kamu sendiri dan matilah kamu didunia kamu sendiri beserta dengan rokok-rokok kamu.

Arrrgggghhhhh! kenapa rokok diciptakan?


Ok. Bai-

Tuesday, February 14, 2012

Si Rota

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku nak membincangkan tentang rotavirus! Memandangkan kini virus ini makin menular di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Hopefully they will recover and be a an active kids again. InsyaAllah. To all parents, sila bersabar dan redha di atas ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Inilah dia si rotavirus . . .



Apa itu rotavirus?

Bukan keropok rota-rota tu yea. Rotavirus adalah punca yang paling biasa cirit-birit yang teruk di kalangan bayi dan anak-anak muda, dan merupakan salah satu daripada beberapa virus yang menyebabkan jangkitan yang sering dikenali sebagai flu perut, walaupun tidak mempunyai hubungan dengan selesema.

Ia adalah genus virus RNA yang terkandas dua kali dalam Reoviridae keluarga.Oleh usia lima tahun, hampir setiap kanak-kanak di dunia telah dijangkiti dengan rotavirus sekurang-kurangnya sekali. Walau bagaimanapun, dengan setiap jangkitan, imuniti membangun, dan jangkitan yang berulang adalah kurang teruk. 

Dewasa yang jarang terjejas. Terdapat lima spesies virus ini, yang dirujuk sebagai A, B, C, D, dan E.

Rotavirus A, yang paling biasa,menyebabkan lebih daripada 90% daripada jangkitan pada manusia.
Virus ini disebarkan melalui laluan najis-lisan. Ia menjangkiti dan merosakkan sel-sel yang melapisi usus kecil dan sebab-sebab Gastroenteritis. Walaupun rotavirus telah ditemui pada tahun 1973 dan akaun sehingga 50% dimasukkan ke hospital untuk cirit-birit yang terukdalam bayi dan kanak-kanak, kepentingannya masih tidak diketahui secara meluas dalam komuniti kesihatan awam, terutamanya di negara-negara membangun. 

Di samping kesan ke atas kesihatan manusia, rotavirus juga menjangkiti haiwan, dan patogen ternakan. Rotavirus biasanya penyakit yang mudah diuruskan kanak-kanak, tetapi di seluruh dunia hampir 500,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun masih mati akibat jangkitan rotavirus setiap tahun dan hampir dua juta lagi menjadi sakit tenat. 

Tanda-tanda pesakit dijangkiti Rotavirus.

Rotavirus gastroenteritis adalah penyakit ringan hingga teruk yang dicirikan oleh muntah, cirit-birit berair, dan demam gred rendah. Sekali seorang kanak-kanak dijangkiti oleh virus, terdapat tempoh pengeraman kira-kira dua hari sebelum gejala muncul. Gejala sering bermula dengan muntah-muntah diikuti oleh 4-8 hari cirit-birit sedalam-dalamnya. Dehidrasi adalah lebih biasa dalam jangkitan rotavirus berbanding di kebanyakan yang disebabkan oleh patogen bakteria, dan merupakan punca kematian paling lazim yang berkaitan dengan jangkitan rotavirus.

Rotavirus A jangkitan boleh berlaku sepanjang hayat: yang pertama biasanya menghasilkan gejala, tetapi jangkitan yang berulang biasanya ringan atau asimptomatik, sebagai sistem imun menyediakan beberapa perlindungan. Oleh yang demikian, kadar jangkitan gejala tertinggi. di kalangan kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan berkurangan secara progresif ke arah umur 45 tahun. 

Jangkitan di kalangan kanak-kanak yang baru lahir,walaupun biasa, sering dikaitkan dengan penyakit ringan atau asimptomatik; Gejala-gejala yang paling teruk cenderung untuk berlaku di kalangan kanak-kanak enam bulan dua tahun umur, orang tua, dan mereka dengan fungsi sistem imun dikompromi atau tidak hadir. Oleh kerana imuniti yang diperolehi dalam zaman kanak-kanak, kebanyakan orang dewasa tidak mudah terpengaruh dengan rotavirus; gastroenteritis di kalangan orang dewasa biasanya mempunyaisebab lain daripada rotavirus, tetapi jangkitan yang asimptomatik dalam orang dewasa boleh mengekalkan penghantaran jangkitan di dalam komuniti. 

Kepada sesiapa yang punya anak dan anak anda mengalami demam, muntah dan juga cirit birit, sila bawa terus ke Hospital yang berdekatan. Dan berikan anak anda air yang sudah dimasak. Elakkan memberi anak-anak anda air yang dijual di kedai atau di gerai.

Kredit to wikipedia.

Pesanan dari seorang ibu yang prihatin sebab anak aku pun pernah mengalaminya cuma masa tu belum mengetahui kewujudan rotavirus ini. Dan Alhamdulillah anak aku sihat tanpa pergi ke Hospital.

Oh ya, kalau korang ada air zam-zam berilah anak-anak minum dan memohon pada Allah dengan izinNya ubatilah anak aku dengan air zam-zam. InsyaAllah, anak anda akan sihat dengan izinNya. Sebab aku bagi anak aku minum air zam-zam dan dengan izinNya anak aku sihat dari demam, muntah dan cirit birit. Alhamdulillah.

Bye!

Monday, January 30, 2012

Kencing Tikus!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Penyakit kencing tikus makin menular sekarang ni . . . di Malaysia je dah dua orang artis yang meninggal dunia akibat penyakit ini. Kalau tak salah aku, Fara Fauzana pun hampir terkena penyakit ini. Ni baru artis, kalau orang biasa aku tak pasti pulak berapa ramai yang dah kene dan dan mungkin ada yang meninggal dunia.

So, be extra careful darling where you go. What you eat. What you hold. What you drink. Okay?





Apa tu Leptospirasis?

Leptospirosis (dikenali juga sebagai sindrom Weil, demam canicola, demam canefield, demamnanukayami, 7-hari demam, kuning Catcher kebelakangan ini, Fort demam Bragg, penyakit kuning hitam dan demam Pretibial) adalah disebabkan oleh jangkitan bakteriagenusLeptospira, dan memberi kesan kepada manusia serta lain-lain mamalia, burung, amfibia,dan reptilia.

Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan"penyakit akut yang berjangkit dengan pembesaran limpa, penyakit kuning dan nephritis."Leptospira pertama kali dilihat pada tahun 1907 dari satu keping post mortem tisu renal. Pada tahun 1908, Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab dan pada tahun 1916 menyatakan kehadirannya pada tikus.

Walaupun diiktiraf antara penyakit yang paling biasa di dunia dihantar kepada orang-orangdaripada haiwan, leptospirosis adalah tetap jangkitan bakteria yang agak jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dihantar kepada manusia dengan membenarkan air yang telahdicemari oleh air kencing haiwan untuk bersentuhan dengan rehat unhealed dalam kulit, mata,atau dengan lendir membran. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis mempunyai musim-musim yang agak berbeza dengan kebanyakan mereka yang berlaku di dalam musim bunga dan musim luruh.

Tanda tanda

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).

2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.

3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)

4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.

5. Radang selaput mata.

6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Hati-hati, okay!

Monday, December 5, 2011

Haramkah Rokok?

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Yea aku tau . . . entri untuk hari Sabtu dan Ahad agak pendek dan ringkas namun padat bukan? Autopublished. Hujung minggu, aku mana ada masa nak buat belog dan belog walking. Jadi . . . ini sahaja solution supaya belog aku ada info . . . aci tak?

Entri untuk pagi ini adalah untuk perokok tegar!

Aku  pernah baca buku ni . . .



Setelah membaca buku ini, maka HARAM lah rokok tu. Tapi, kat Malaysia ni ramai yang merokok. Camne pulak tu . . . Abah aku pun merokok. Encik Awi pun merokok. Begitu juga dengan Encik Fathull. Apakah penyelesaiannya? Aku sendiri tak tahu.

Sedangkan mereka semua sudah ketahuan apakah isi dalam sebatang rokok . . .



Semua yang disedut . . . adalah racun. Dan yang menyedut asap pun menyedut racun. Macam mana ni? Kesihatan? Haramkah? Makruhkah?

Tapikan kalau ikut perkiraan Math, korang (si perokok tegar) WAJIB buat Haji. Jom kita kira . . .

Harga rokok ( purata ) : RM10 (sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Maka......

Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar...
Dan mereka jugak akan membuatkan orang orang yang tersayang dan diri mereka jadi begini . . . 

p/s: HARUS ada pemantauan!


ADIOS!

Thursday, December 1, 2011

Precious Baby

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku nak sharekan info ni untuk semua. Aku dapat ni pun dari FB dari Persatuan Ibu-Ibu Mengandung.

Sharing is Caring kan?

Here is the info . . . . .


# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

# Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

p/s: i miss my pregnancy moment and smell of new born baby.


ADIOS!

Sakit Jantung

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aritu aku ada kata nak bagi info pasal sakit jantung kan? Aku dah hampir lupa sebenarnya. Jadi, sebelum aku melupakannya terus menerus pun. Baik aku bagi arini.

Mula mula sekali aku nak ucapkan terima kasih kat IPISLAM sebab aku amek info ni dari page dia. Sebab cara diorang explain cam mudah melalui perkataan FACES.




Apa itu FACES?

F - Kelesuan
A - Aktiviti terhad
C - Dada berasa sesak
E - Buku lali bengkak
S - Sesak Nafas

FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri kita semua. Walaupun ia bukan penunjuk tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu bimbang terhadap tahap kesihatan diri.

Semua 5 tanda mudah dikesan. Cuma korang je kena alert apa yang berubah kat dalam sistem badan korang!. Kalau korang ni jenis yang malas nak amek kisah pasal kesihatan korang. memang tak perasan lah perubahan yang ada. Silap aribulan mati je.

Macam sakit jantung ni. Dia datang bukan nye tiba-tiba. Dia terbentuk secara perlahan-lahan. Perasan dengan tak perasan je. Sakit jantung ni selalu berkait dengan penyakit darah tinggi. Diorang berdua ni berkait sebab pesakit darah tinggi mempunyai kepekatan darah yang tinggi, jadi bila darah terlalu pekat, jantung tak mampu nak pam. Maka, jantung mungkin akan perlahan lahan memberhentikan proses pengepamam. Faham?

Menurut kajian, penyakit jantung ni menjadi salah satu penyakit yang paling popular di Malaysia. Dan peratus penghidap makin meningkat setiap tahun. Nak tahu kenapa? Sebab orang zaman sekarang terlalu kuat bekerja dan terlalu banyak makan makanan segera.

Bila cakap pasal sakit jantung je, semua orang mesti tau sakit jantung tu apa kan?. Tapi ada yang nak amek kisah? Takde, bai!. Itu pasalla Jabatan Kesihatan selalu mengingatkan kita supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Tapi kalau korang semua ada keturunan yang punya penyakit jantung, MAKA, haruslah berhati-hati dan SILA jaga pemakanan dan gaya hidup korang!

Manakala faktor risiko seperti senarai di bawah boleh diubah dan dikawal iaitu:

-Kencing manis.
-Paras kolesterol tinggi.
-Tekanan darah tinggi.
-Kurang aktiviti fizikal dan bersenam.
-Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
-Pemakanan tidak seimbang.
-Merokok.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjaga pemakanan di negara yang mewah dengan sajian enak ini, tetapi semuanya perlu dilakukan demi kesejahteraan diri.

Jadi, tepok dada tanya selera!. Nak sihat, jaga pemakanan dan lifestyle. Takmo sihat, sukati koranglah!

p/s: selamat menjaga kesihatan jantung anda!


ADIOS!

Tuesday, November 1, 2011

takde aedes takde denggi

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam 1 November!. Da petang baru nak wish. Tarikh arini cantek skali kan? 1.11.11 . . . .nanti 11 hb lagila cantek. Banyak le manusia yang sebok nak menikah time tu. huh! Tahun ni cantek le. Tahun depan takde cantek nye. Hehehehe . . . . (tiada unsur jealous disitu yea).

Topik kesihatan pada hari ini ialah . . . tiada aedes, tiada denggi.

Apa itu aedes? 

Aedes seekor nyamuk yang membawa virus denggi. Tetapi nyamuk yang membawa jangkitan ini adalah nyamuk betina ye kawan-kawan. Bukan jantan.




Apa itu denggi? 

Denggi adalah satu virus yang dibawa oleh nyamuk aedes betina. Dia membawa virus tersebut kepada orang sihat daripada orang yang mempunyai virus denggi.

Gejala penyakit denggi? 

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot dan sakit pinggang yang teruk menyebabkan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal . Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung.

Demam denggi selalunya akan berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam. Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya, kerana kapilari darah menjadi rapuh. Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi. Ini pernah terjadi kepada one of our family friend. Beliau meninggal selepas mengalami demam mengejut dan ianya menjadi trauma to one of my brother. 

So, please please please do check your fever. Jangan main main tau tak ambil kisah. My lovely Encik Usben pun hampir hampir menjadi mangsa! When your fever came up to >40 degree, please do go to Hospital dengan pantas. Don't play play!

Rawatan yang harus dilakukan . . .

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

Dari segi perubatan kampung pula . . .

Anda semua boleh membuat sup ketam dan memberi pesakit makan sup ketam. Minum air 100 plus. Meminum air rebusan pucuk betik. Minum air dengan lebih.

Camne dia membiak?

Si nyamuk ni membiak kat kawasan takungan air yang tidak bertutup. Macam kat kolah yang jarang digunakan. Longkang rumah yang tersumbat. Kat kawasan yang ada takungan air.




Cara nak elak?

No.1 . . . Sila kemas sekeliling kawasan rumah anda!

No.2 . . . Sila buang benda benda yang boleh menakung air!

No.3 . . . Sila gunakan ubat jentik-jentik untuk bekas simpanan air (bukan air minuman!)

No.4 . . . Panggil Kementerian Kesihatan, untuk buat fogging!

No.5 . . . Kalau RAJIN, ajak jiran jiran buat gotong royong membersihkan kawasan perumahan!

PERINGATAN!

Jangan buat main main dengan nyamuk aedes! Ianya boleh membawa kematian! Ingat orang yang tersayang!

p/s: SHARING IS CARING....


ADIOS!

Friday, October 28, 2011

Kencing Manis atau Diabetes

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Arini aku nak bebel pasal kencing manis pulak. Setelah disurvey dikalangan kaum keluarga dan sahabat handai. Kebanyakan orang disekeliling aku mempunyai penyakit ini. Penyakit makin popular dan kepopularan dia makin meningkat tiap tahun. Apakah punca dan penyebab penyakit kencing manis ini menjadi sebegitu HOT dan sangat OHSEM skang ni?

Jom, kita siasat! Dah macam Edisi Siasat jek . . .

Mula-mula sebelum kita tau apakah punca . . . kita HARUS tahu apa itu kencing manis!

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Kemudian kita HARUS tahu apakah simptom-simptom penyakit kencing manis . . .

1. Kerap membuang air kecil
2. Sentiasa berasa dahaga
3. Selera makan meningkat
4. Letih
5. Hilang berat badan
6. Jangkitan kulit yang kerap, contohnya jangkitan kulat pada kemaluan
7. Luka yang lambat sembuh
8. Penglihatan yang kadang-kadang kabur


Bila dah tahu simptom-simptom penyakit kencing manis. Korang kene pegi check doctor dulu. Buat test memang confirm ke korang ada penyakit kencing manis. Lepas tu, bila dah buat medical check up, dan keputusan mengatakan korang +ve kencing manis, jadi ini adalah cara merawat . . . . selain daripada makan ubat yang telah diberikan oleh doktor.

Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah:

1. Penjagaan pemakanan
2. Penjagaan berat badan
3. Rajin membuat senaman
4. Rajin makan ubat yang diberikan oleh doktor
5. Banyakkan minum air kosong

Seperti yang dijanjikan, punca-punca kencing manis . . .

1. Keturunan
2. Makan makanan yang tinggi paras gula
3. Minum minuman yang tinggi paras gula seperti air berkarbonat
4. Makan makanan yang mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi
5. Kurang bersenam
6. Tidak memantau berat badan
7. Terlalu kerap makan makanan segera

Maka, dengan itu kalau korang semua nak sihat selalu . . . cuba kurang-kurang kan minum air manis. Banyakkan minum air kosong supaya dapat mencuci buah pinggang kita dan mengurang kadar gula dalam badan. Walaupun aku bukanlah pakar dalam perkara kesihatan ni, sekurang-kurang nye aku cuba mengingatkan korang korang tu. Dan lagi satu jangan ingat kita yang berbadan slim ni takde kencing manis!. Kepada yang slim slim tapi sangat suka minum air manis atau makan makanan manis. Sila buat pemeriksaan darah anda.

Aku? Alhamdulillah, aku dah check. Gula dalam darah aku cuma 4.2 sahaja. Sihat!.

Aku cuma sampaikan apa yang terlintas di fikiran aku pada tika dan saat ini. Supaya kita dapat berkongsi walaupun tak banyak, tapi membantu. Betul tak? Kan?

p/s: nanti aku update pasal sakit jantung pulak . . .


ADIOS!

Monday, October 24, 2011

Done!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Hari Isnin suda . . . .yang mana keroje tu, keroje la rerajin. Yang mana belajar tu, blaja le rerajin. Monday blues . . .tu biasa. Tak sabar nak habeskan weekdays pastu nak weekend. Semua orang punya fikiran yang serupa *wink*wink*

Hari ini dalam sejarah!. Aku dah buat PAP SMEAR and my breastylicious pun dah check. So, tunggu result!. Nanti nurse tu call aku untuk bagitau result. Berdebar debar plaks. Harap-harap aku okey. waaaaa! takot nye.

Sampai je kat klinik tadi . . . mengucap panjang aku. Giler ramai orang! Aku dapat nombor 1046. Damn! Seb baik untuk buat PAP SMEAR, tak payah ikut nombor. Hehehehe. . . .Seb baik. Tak sampai 10 minit pun buat PAP SMEAR. Cepat betol.


ni je la contoh terbaik yang aku dapat. . . .

p/s: gusi bengkak tak enjoy langsung makan!


ADIOS!

Wednesday, October 19, 2011

PAP SMEAR

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Ada sesuatu yang lucu berlaku semalam. Dan tiada siapa yang menegur aku. Seolah-olah semua bersetuju dengan aku yang bahawasanya semalam adalah hari Rabu. Wakakakakaka. . . .aku dah siap post entry Wordless Wednesday semalam. Ha ha ha. . . .kekeliruan hari di situ. Perasan tak? Mesti tak perasan kan?
Ho ho ho . . . .

Okey, kita berbalik kepada topic di atas. Anda tahu apa itu PAP SMEAR? dah buat? belom? pegi buat. Set masa untuk buat PAP SMEAR.

Apa itu PAP SMEAR? (aku amek dari wikipedia)

Ujian lumuran Pap (Pap smear test) merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian lumuran Pap ini boleh mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Ujian ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).

CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain. CIN tidak memberikan sebarang gejala dan hanya boleh dikesan melalui ujian lumuran pap.

Siapa yang cipta PAP SMEAR ni? (credit to wikipedia)

Ujian Lumur Pap yang dilakukan sekarang merupakan ciptaan Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962), seorang Amerika kelahiran Greek, bapa kepada sitopatologi.

Dia pertama sekali menerbitkan beberapa siri kes besar bertajuk Diagnosis of uterine cancer by the vaginal smear (Papanicolaou & Traut, 1943). Teknik pensampelan masih tidak bertukar semenjak itu.

Dah tau kan serba sedikit pasal PAP SMEAR . . . jadi jom kita pegi buat ujian. Kali ni tak yah letak gambar sebab bukan kene buat sendiri pun. Korang pegi klinik atau hospital buat ujian.

PAP SMEAR ni sebaiknya dilakukan semasa hari ke 10 hingga hari ke 17 haid kita. Dan dua hari sebelum buat ujian PAP SMEAR, korang semua tak boleh dan dilarang bersama sama dengan suami. Sebab pihak klinik atau hospital memerlukan kita punya original lendir bukan lendir yang bercampur dengan 'lendir' sang suami yea . . . rakan-rakan.

Itu sahaja nasihat saye untuk hari ini. Nasihat seterusnya akan datang untuk entry seterusnya lah! Malas aku nak taip panjang panjang. Ok, bye!

p/s: mencegah lebih baik dari mengubati!


ADIOS!

Tuesday, October 18, 2011

breastylicious

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Sihat? Bagus! Alhamdulillah. Hari ni baru dapat update belog. Sangat sebok di hujung-hujung tahun ni. Macam macam quotation dan macam macam invois nak kene buat. Nak pitams dah ni. Ho Ho Ho. Banyak entri aku nak letak sebenarnya . . .kekangan masa yang terlampau.

Maka, arini punya entri pasal breastylicious. Apa breastylicious? breast is buah dada yang cantik dimiliki oleh semua wanita. licious tu..aku saje je tambah...buah dada tu kan nampak cam delicious je dipandangan mata bayi-bayi kecil dan orang lelaki. Ho ho ho. . . eksploitasi betol bila sebut delicious dipandangan kaum lelaki kan?

Tapi memang betol apa. . . . .

Ok, berbalik kepada topic asal aku. Pasal breastylicious.

As a women who have breastylicious. Kita haruslah membuat pemeriksaan payudara bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor.

Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.

“Ujian pemeriksaan kanser dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun.

Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian barah payudara, ultra sound dan ujian lumuran Pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Macam mana nak check sendiri? Aku tau ada yang dah tau cuma korang cam endah tak endah je kan poster yang ada kat klinik tu kan? Sebab aku pon camtu jugak. Hehehehe. . . . 

Jadi. . . .cara-cara nak check. . . .

Berdiri di hadapan cermin

  1. Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
  2. Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
  3. Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.

Berbaring

Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.

Cam payah je kan nak bayangkan bila baca kan? Jadi, aku letak gambar sekali. . . .korang baca dan tenung baik punya camne nak check. Okay?


Aku harap gambar kat atas ni cukup terang untuk korang usha. . .

Lelaki? korang jangan nak mengelak! Korang pun berpotensi untuk dapat breast cancer jugak! Apatah lagi kalau korang tu suka minum air soya. Bukan nye tak boleh minum susu soya tapi tak boleh minum banyak. Sebab air soya tu boleh menyebabkan hormon progesteron dalam badan korang cepat bertindak. . . .aku tau ni pun aku pernah baca dalam column Kesihatan dalam Mingguan Malaysia. Jadi, rajin-rajin le baca column Kesihatan dalam Mingguan Malaysia tu.

Kalau nak tau lebih lanjut, korang tanya la pada yang pakar. Aku ni blajo tak habes. He he he. . .kang bagi fakta salah, tak pasal je.

Apa-apa pun aku harap entri kat atas membantu kita-kita yang selalu melupakan hal ni. Zaman-zaman sekarang ni, benda-benda camni penting sebab kita makan macam-macam dan terlalu banyak fastfood dalam life circle kita.

So, renung-renungkan dan selamat memeriksa!

p/s: ingat mengingati kan lebih baik.


ADIOS!