OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, July 6, 2012

Celak Mata vs Wanita & Lelaki

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini aku nak share pasal pemakaian celak mata bagi lelaki dan wanita. Saje nak up sket pasal topic ni. Sebab aku baru je beli celak. Hohohoho.

Semangat!

q(^^)p

Pagi tadi la topic ini diperkatakan di antara adik bongsu aku dengan aku.

Encik Usni : kak, orang lelaki leh pakai celak ke?

Aku : leh kot tapi tak sure harus ke apa ....

Sampai je opis aku terus cari.

Ini jawapan nya . . .

Sunat bercelak mata kerana berdasarkan; Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)

Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa : Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali – (Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)

Aku tadi buat sekali je. Hmmm, jawapnya kene tambah lagi dua.

Aku pakaikan budak berdua tu. Wah! giler besar mata diorang!.

Saiko-

(*-*)

So, pasni moh le kita beramai-ramai memakai celak. Santek la!



Tapi. Tapi. Tapi.

Bagi wanita anda tak perlu berlebih-lebihan. Memadai memakai pada bulu mata dengan kening sahaja. Tak perlu pakai bulu mata palsu dan eye shadow bagai. Nak lebih-lebih, pakai untuk Encik Usben saje. 

Ada faham?

Sekian.

Assalamualaikum.