OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, December 21, 2010

Kurus Selepas Bersalin....

Semua wanita yang lepas bersalin mesti nak kurus macam anak dara....macam-macam cara orang lakukan supaya bentuk badan kembali seperti dahulu...ada yang g buat rawatan slimming la, ada yang posa la, ada yang makan ubat la and ada yang makan jamu...

Aku? Sah-sah la aku ada makan sesuatu..... Aku amalkan makan jamu ni dari lepas bersalin anak aku yang 1st. Tapi biler da preggy skali lagi, aku benti jap...pastu biler da bersalin aku sambung. La ni aku benti jap sebab encik usben kata aku da terlebey kurus sebab makan jamu ni....Mana tak nya, sebelum kahwin berat aku 44kg. Pastu mengandung anak 1st berat 56kg...lepas makan jamu ni berat jadi 45kg. Maintain smpi mengandung anak ke2. Sebelum bersalin berat 54kg...lepas makan jamu ni berat jadi 45kg semula...dan masih maintain sampai ke hari ini...Anda jealous????

Tapi aku tak leh nak wat apa-apa biler encik usben telah mengisytiharkan saye perlu berhenti dari mengambil jamu tersebut....Camner neyh...encik usben kata aku terlebey kurus suda...jadi disebabkan tak mo menderhaka.(menderhaka ke kalau makan jugak?) aku pun benti la makan jamu tersebut....

Korang mesti tertanya-tanya apa jamu apa la yang Chepah ni makan sampai siap post kat blog....Makan jamu ni ada effect dier...aku kene jumpa Encik Toilet 3x sehari...aku makan jamu tu pagi, petang xpun malam je aku kene ngedate ngan Encik Toilet.hahahahaha! Tapi apa yang bagus nya jamu ni...walaupun banyak kali g jumpa Encik Toilet, kita masih lagi ada tenaga untuk melakukan kerja-kerja lain (jangan fikir yang bukan-bukan)

Dan disebabkan jamu ni jugak...aku berjaya menghasut Mummy Darwishes untuk ikut join aku makan skali....HAhahahahaha!

Meh la aku reveal jamu apa yang aku makan.....

Aku makan jamu ni la...Jamu Nona Roguy Phyto Natal. Tapi untuk anak dara and wanita yang belum melahirkan anak..anda tidak dinasihatkan makan jamu ini. Ini disebabkan jamu ini untuk wanita yang sudah melahirkan anak saje.....

P/S : Kalau ada ibu-ibu yang nak cuba makan, memang saye syorkan....tapi saye xjual produk ni...anda cari la di kedai-kedai yang berhampiran....tata titi tutu~