OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, July 13, 2012

kompelin je tau!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku geram weyh dengan orang yang cenggini. Ko bayo sikit pastu nak mengharapkan lebih? Buat sendiri la weyh, baru ko tau berbaloi ke tak!

Order roti jala plus kuah dengan mee goreng untuk 30 orang. Bagi RM50.00. Itupun aku tak charge delivery charges.

Agak-agak la weyh. Roti jala orang jual sekeping pun 50sen. Mee goreng sepinggan, busuk-busuk pun orang charge RM2.00 satu pinggan. Ko ingat cukup bagi RM50.00?

Dang-

Ko ni pandai matematik ke tak?

Roti jala dua keping seorang dah RM1.00. Kalau 30 orang dah RM30.00.
Mee goreng satu orang dah RM2.00. Kalau 30 orang dah RM60.00.
Cuba kira berapa.

Tu tak campur delivery charges!.

Makanan tu jadi darah daging kau okay! Pastu nak kompelin-kompelin!

Aku tak tau la apa jadi dengan segala roti jala dengan mee goreng yang ko makan tadi. Meh sini aku bagitau, aku HALAL kan dunia dan akhirat.

Wassalam.