OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, January 4, 2012

Masih Wujud?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Maaflah hari ini baru bersiaran. Semalam kurang sihat. Sakit kepala yang melampau sakitnya dan masih lagi berlanjutan hingga kini.

Selamat bersekolah kepada murid-murid Tahun 1. Hari pertama sekolah. Jangan nakal-nakal yea. Jangan poo dalam seluar, okey. Dengar apa yang cikgu cikgi cakap. Hehehehe.

Tadi aku terbaca satu artikel kat Yahoo. Hasil dari Jeanette Tan tentang si Orang Minyak. Tapi aku tak sure kejadian ni masih lagi baru atau saje nak wat topic hangat kat Yahoo. Tapi yang pasti, aku ingat Orang Minyak ni hanya wujud dalam cerita P. Ramlee. Cerita Sumpah Orang Minyak. Tak sangka ianya wujud. Wujud ke?

Aku tak takut sebab aku takut Allah. Tapi kalau ianya benar. Hati-hatilah semua gadis-gadis yea. Orang minyak ni adalah seorang yang mengamalkan ilmu hitam untuk sentiasa kekal hensem dan bergaye saje. Syirik kot! Sesuka hati je nak 'kerja'kan gadis-gadis sunti. Nak sampai 40 orang. Zaman era millennium ni senang ke nak 40 orang anak dara sunti? Toink toink toink-

Tapikan . . . pada zaman sekarang ni kan. Gadis-gadis dah berpeleseran di mana-mana. Camne dia tau gadis tu masih dara atau tak yea? Terer la dia dapat detect gadis tu dara ke tak . . . Hohohoho.

Apa yang pasti, ko Orang Minyak, bertaubat la. Jangan nak tambah dosa ang. Ang sepatutnya berbuat baik dengan sumer orang bukan ko pegi lenjan anak-anak dara orang. Insaflah weyh! Pastu tak yah la tunjuk terer yang ko ada magic segala bagai. Duh!




p/s: tangkap pastu tanam dia idup2. huh! cam zalim la plak.


Wassalam.