OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, January 13, 2012

7 Langkah

Selepas semua hadirin meninggalkan dia dan orang terakhir ialah Mia. Selepas tujuh langkah, Mia berlalu. Kedengaran.

“aduh, sakit. Panas. Tolong!. Tolong!. Tolong!”

"Tolong aku!."


********************************************************************
Chinta. Seorang model yang digilai kebanyakan lelaki. Tak kira lah laki orang ke, datuk orang ke, Datuk-datuk dan segala Tan Sri. Chinta seorang model yang seksi persis Neelofa. Dia jua telah berkahwin dengan seorang peguam, anak Dato' Mizal, Zafrul.

Sayangnya, Chinta tidak memiliki cinta Zafrul. Mereka kahwin atas permintaan Dato' Mizal. Dto' Mizal yang beria-ia menjodohkan Chinta dan Zafrul. Sedangkan Zafrul tidak mencintai Chinta. Chinta pula memang tidak cintakan Zafrul tapi disebabkan tertawan dengan ketampanan yang dimiliki oleh Zafrul, lalu dia bersetuju untuk berkahwin dengan Zafrul.

********************************************************************

"Zafrul!. Bangunlah. Chinta dah lewat ni nak pergi show. Bangunlah!"

"Saya tak sihat ni. Demam. Awak pergilah sendiri. Bukannya tak reti drive."

"Mengada-ngadalah!. Kalau pemalas tu cakap je lah pemalas!. Huh!"

"Saya demam ni. Awak bawa saya pergi klinik, boleh?"

"Ahhh!. Aku dah lambat!. Bye!"

Chinta meninggalkan Zafrul begitu sahaja. Begitulah Chinta lebih mementingkan aktiviti modelingnya sahaja. Tidak pernah pun dia mengambil berat tentang Zafrul selama mereka berkahwin.

"Hello, abang. Abang sihat? Mia nak datang rumah abang ni. Kak Chinta ada tak? Hello, abang. Abang."

********************************************************************
"Mia, maafkan abang menyusahkan Mia pulak."

"Takpelah, abang. kak Chinta mana? Kenapa kak Chinta tak bawak abang pergi klinik?"

"Huh! Dia tu pentingkan modeling nya saje. Aku pun tak kisah apa nak jadi dengan dia. Lantaklah!"

"Tak baik abang cakap macam tu."

"Mia kan tahu, abang memang tak pernah cinta kan kak Chinta. Abang tak pernah sayang kak Chinta. Abang sayang Mia."

"Abang ni, Mia pun sayang abang. Dah mari makan roti bakar dengan susu pekat."

Begitu manjanya Zafrul dengan adik tirinya Mia. Begitulah Mia, memang suka manjakan Zafrul. Banyak kali uminya menasihatkan Mia, jangan manjakan sangat Zafrul. Lagipun Zafrul punya isteri. Namun, Mia berdegil. Dia begitu sayangkan abangnya, Zafrul. Mia adalah adik tiri Zafrul berlainan ibu tapi sebapa.

*********************************************************************
"Mak Jemah! Mak Jemah!. Siapa yang datang tadi? Mia ye?. Perempuan tu tak habis-habis nak kacau rumah tangga aku!."

"Haah, cik Mia datang tadi Puan. Dia ada tanya pasal Puan. Saya bagitau dia yang puan keluar. Dia lah yang bawa Tuan Zafrul ke klinik tadi."

"Huh!. Perempuan ni memang melampau!. Saje menggatal dengan laki aku!. Eee, geram!."

"Puan, Mia tu kan adik Tuan. Tak baik Puan cakap macam tu."

" Kau diamlah! Kau apa tau!."

Marah betul Chinta dengan kehadiran Mia. Dia terus melihat Zafrul. Sedang nyenyak tidur.

*********************************************************************
Suatu malam, Chinta memberitahu Zafrul yang dia mengandung. Dengan penuh harapan Zafrul akan membelainya. Sangkaannya meleset.

"Aku tak mahu anak tu."

"Ini tanda cinta kita Zafrul."

"Sudah-sudahlah Chinta. Cukup-cukuplah dengan permainan kau. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat selama ini? Apa yang kau buat sebelum kau berkahwin dengan aku?"

"Apa yang kau cakapkan ni?. Aku tak faham!."

"Pandai buat pandailah kau tanggung. Aku nak keluar dari rumah ni. Rumah ini tak sesuai lagi untuk aku."

"Zafrul, jangan tinggalkan aku Zafrul. Kau mesti nak pergi kat perempuan tu kan? Kau nak jumpa Mia kan?"

"Mia lagi baik daripada kau!."

*********************************************************************
"Tuan, baliklah tuan. Puan Chinta sakit. Baliklah tuan."

"Buat apa saya balik Mak Jemah. Sepatutnya Chinta yang memohon maaf dari saya. Bukan saya pergi kepadanya."

"Chinta sakit teruk, tuan. Dia dah  tak mampu untuk berjalan pun, tuan. Dia asyik panggil tuan je. Balik la tuan. Risau Mak Jemah tengok puan Chinta tu."

"Tengoklah macam mana, Mak Jemah."

*********************************************************************
Kedengaran bacaan yassin dari rumah Chinta. Mia cuba menelefon Zafrul. Namun tidak dapat dihubungi. Jenazah Chinta telah selamat dimandikan dan dikafankan. Jenazah Chinta sudah bersedia untuk dibawa ke tanah perkuburan.

Setelah jenazah tiba dia tanah perkuburan, hujan dengan lebat turun dan menyebabkan lubang kubur untuk Chinta hampir suku dipenuhi air. Mereka teruskan juga untuk meletakkan jenazah ke dalam liang lahad. Hujan tak menampakkan untuk berhenti. Ketika jenazah sedang dibawa masuk, tiba-tiba terpancut darah dari mulut jenazah dan mengeluarkan bau yang busuk.

Hampir kesemua hadirin yang datang menekup hidung dan mulut. Mia menitiskan air mata melihatkan jenazah menerima azab yang sebegitu sekali.

Cepat-cepat mereka mengambus tanah kubur tersebut. Pak Imam membaca doa supaya dikurangkan azab untuk Chinta dan membacakan talkin untuknya. Kini, tinggallah Chinta bersama-sama dengan amalannya.

*********************************************************************
Chinta kehidupan dia tidak sama dengan orang lain. Sebelum dia berkahwin, bersenggama dengan lelaki tanpa punya ikatan yang sah. Begitu juga pabila Chinta sudah berkahwin dengan Zafrul. Minum arak umpama minuman wajib baginya. Kehidupan sebagai model membuatkan Chinta lupa halal haram dan lupa agama.

Zafrul pula sudah lama mengetahui cerita Chinta. Tapi dia tidak mampu untuk menghalang. Sudah ditegur, namun Chinta bagaikan mencurah air ke daun keladi. Dan Zafrul tidak pernah pun menyentuh Chinta dari semenjak mereka diijabkabulkan.

**********************************************************************

Cerpen aku yang kedua. Awal-awal tahun ni rajin pulak aku taip dan reka cerpen. Lepas-lepas ni aku tak tau lah rajin ke tak . . . . bergantung kepada idea. Yeah!

ADIOS!

No comments:

Post a Comment