OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, January 4, 2012

Fadilat dan Keagungan Ayat Kursi

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Dah lama aku tak share something yang berilmu kat belog aku yang penuh ceria ni. Ceria lah sangat. Hitam jek!.

 

Bacaan melalui rumi


Allahu la ilaha illa Huwa Al-Haiyul-Qaiyum

La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm,

Lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard

Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi

Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,

wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a

Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,wa la ya'uduhu hifdhuhuma

Wa Huwal 'Aliyul-Adheem



Maksud Ayat Kursi 

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yangada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allahkehendaki (memberitahu kepadanya).Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit danbumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


Okay, terdapat banyak sangat hadis Rasulullah saw yang diriwayat kan Bukhari dan Muslim yang menceritakan tentang fadilat-fadilat dan keagungan ayat kursi.

Antaranya . . . .

1. Sesiapa yang suka baca Ayat Kursi selepas solat, InsyaAllah akan dikurniakan pahala seumpama pahala para Mustaqim dan pahala balasan amal orang-orang Siddiq.

2. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebelum tidur, InsyaAllah Allah akan mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.

3. Abdurrahman bin Auf menerangkan bahawa, apabila masuk ke rumah dibaca Ayat Kursi pada empat penjuru rumah serta menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

4. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Mari kita baca sama-sama supaya semua jin dan syaitan terbakar . . . Hehehehe

5. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi masa berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya sehingga Subuh.

6. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

7. Setiap lelaki dan wanita yang mengamalkan membaca 7 kali Ayat Kursi sebelum keluar rumah atau semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sekalipun kecuali bukan niat untuk membuat maksiat atau kejahatan. InsyaAllah dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia.

Mari kita amalkan rakan-rakan tak susah pun. Ini hanya separuh daripada fadilat yang ada aku cuma letakkan separuh sahaja. Pasni aku nak kongsikan kisah disebalik kehebatan Ayatul Kursi.

p/s: Semoga kira semua di bawah lindungan Allah dan rahmatNya. Amin.


Wassalam.