OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, January 10, 2012

Berita Terkini III

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Arini cerita pasal diorang saje. 10hb tiap-tiap bulan, aku akan bercerita pasal budak dua orang ni je. Kebetulan tarikh diorang lahir sama 10hb cuma bulan je yang berlainan . . .

Arini aku sedikit serabut dok menelefon dan meng'survey'kan diri Taska untuk si Kakak. Semalam menanges-nanges nak pegi sekolah bila nampak sekolah kat Hero Supermarket.

Kakak: Ibu, kakak nak pegi kolah (sekolah). Nak pegi kolah. Nak pegi kolah. (sambil menanges)

Adoila . . . hati ibu mana tak tersentuh? Bila anak mintak nak pegi sekolah. Hanya Allah saje yang tau. Bukan taknak hantar dia ke sekolah, tapi she is still wearing diapers. How come nak pegi school? Hmmm . . .

Sekolah yang dia nak masuk tu Tadika Khalifah Impianku. Sorry dear Safiyyah, Tadika tu untuk 4 year and above. Tadi aku ada call Tadika Twinkle Tots. Monthly fees RM 250.00. Initial fees dia almost RM 270.00. Hohohoho . . . Almost third quarter of my salary, dear. Huhuhuhu . . .

La ni tengah usha Taska Kemas pulak lah . . . takpun tunggu kakak 4 tahun la baru Ibu hantar yea.

Lupa plak nak letak gambar latest budak dua orang ni . . . jap aku selongkar, ntah ada ntah tidak . . . jap erk.



Takde yang serupa pun kat bebudak ni . . . nampak beza. Tapi biler orang jumpe diorang mesti kata diorang ni kembar.

Sebab-sebab diorang bukan kembar . . .

1. Seorang kakak dan seorang adik
2. Seorang nak masuk 3 tahun dan seorang lagi nak masuk 2 tahun
3. Kakak rambut keriting dan adik rambut halus gitew
4. Seorang cerah dan seorang sedikit gelaps
5. Seorang rendah dan seorang sedikit comey gitew
6. Si Kakak punya mata besar, hidung kecik, mulut kecik dan sore pun kecik. Yang adik pulak punye mata sedikit sepet, hidung besar, mulut besar dan bersore besar.

Mereka berdua sangat-sangatlah vice versa. Si Kakak boleh concentrate tengok movie. Yang adik pulak JANGAN harap nak concentrate! Lagi dia tekan-tekan keyboard adala . . .

Pasal tekan-tekan keyboard, pun ada cerita. Aritu diorang tengok Finding Nemo, ntah apa si adik tekan, air dari kaler biru jadi kaler merah. Si Merlin bapak Nemo yang kaler oreng tu jadi kaler biru. Adoila, anak anak. Seb baik ayahmu tak ngamok!

p/s: dok dail no tepon Kemas bahagian Gombak asyik engage jek. Bergayut apa?!


Wassalam