OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, January 2, 2012

Chicken Bruschetta

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Resipi for today is chicken bruschetta. Sedap woh! Sumer resipi aku bagi sedap-sedap. Hahahaha.

Bahan-bahan:

1 batang Baguette
1 biji tomato (dihiris nipis)
1/4 biji capsicum merah (dipotong dadu -halus)
1 keping dada ayam (direbus dan dicarik)
3/4 tin cream of mushroom
Mozarella Cheese
Cheddar Cheese
Serbuk Lada hitam
Garlic Spread

Cara-cara:

Ayam direbus dan dicarik. Rebus tanpa garam yea. Selepas dicarik, korang masukkan sup cream of mushroom dan gaul sebati. Lepas itu, letakkan sedikit serbuk lada hitam dan mozarella cheese. Letak mozarella cheese tu  dalam 2 sudu besar. Gaul sebati. Ketepikan.

Panaskan oven kat suhu 200 darjah celcius.

Potong roti baguette serong-serong. Dalam satu batang roti tu korang boleh dapat dalam 20 keping hirisan. Kemudian, sapu dengan garlic spread. Lepas tu letak sedikit cheese mozarella. Kemudian hirisan buah tomato. Selepas itu, letakkan adunan ayam tadi dan tabur capsicum.

Akhir sekali letakkan cheddar cheese. Aturkan roti kat dalam loyang pembakar dan bakar dalam masa 30 minit.

Siap!

Inilah hasilnya!



Selamat Mencuba!

p/s: nanti nak try buat potato baked la pulak!


Wassalam.