OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, January 10, 2012

Berita Terkini

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Arini genap Safiyyah Zaharah 2 tahun 8 bulan dan Nursakinah Zaharah pulak 1 tahun 4 bulan. Lagi empat bulan Safiyyah dah 3 tahun. Cepatnya . . . I miss my confinement day and my pregnancy day . . .

Safiyyah Zaharah sekarang ni under potty training every weekend. Itupun kalau Ibu tak sebok dengan tempahan apam. Huhuhuhu . . . .  Now, dia dah panggil aku Ibu. No more ma. Yes! satu kemajuan. Dia dah boleh kira 1 sampai 10. Walaupun sedikit pelat dan kadang ada nombor yang tercicir.

Lepas tu, dia dah boleh baca doa makan walaupun pelat. Alhamdulillah. Yang pasti, biler Safiyyah baca doa, adik akan tadah tangan. Alhamdulillah.

Aritu ajar dia tak pakai pampers. Hari tu hari Sabtu. Tak ingat biler. Pagi lagi, masa tu kul 9 pagi. Kitorang sumer tengah breakfast. Safiyyah pun tengah makan. Aku pulak tengah suap Sakinah. Tetiba dia kata Ibu, kakak nak kencing. Sebenarnya dia dah kencing pun. Hahahaha . . . .Habes kerusi makan mak aku. Basah. Sowi ye umi. Bukan tak pesan dengan Safiyyah, dah pesan. Biasalah budak-budak. Layan kan aje.

Nursakinah pulak . . . dah pandai mintak susu. Biler nak susu, sama ada dia akan bawak aku pegi tempat buat susu atau dia sebut nak 'chiew chiew'.

susu = chiew chiew

Kalau sakit dah boleh tunjuk kat mana sakit. Apa yang pasti, dah pandai amek remote Astro untuk tukar channel katun!. Yes! Suka kacau Ibu dengan Nenek pagi-pagi bute nak tengok Tanyalah Ustaz kat Tv9.

Lepas tu dia sangat pandai suruh kita bukakkan peti ais sebab nak cekelat. Umur baru berapa dah pandai soh bukak peti ais pastu mintak cekelat. Huh!.

Mereka berdua sangat pantang kalau nampak aku dengan Umi aku sedang sebok masak kat dapo. Dengan kadar segera si Kakak akan ambil kerusi letak dekat dengan sinki, pastu tunggu situ. Adik pulak akan panjat kerusi yang lain dan menonton dari jauh . . .  sebab tak larat nak hangkut kerusi. Tak pun, dia akan memunggah segala periok, mangkuk dan besen yang aku terlangkup kat lantai. Habes!

Boleh bayangkan betapa 'sebok'nya aku dengan Umi aku kat dapo biler diorang berdua datang membantu? Hohohoho . . . .

Peringatan untuk dua orang anak perempuan ku, Korang kalau sok besar tak tolong Ibu kat dapo, memang nak kene sesah dengan penyapu!. Hohohohoho . . . .

Rasa cam entri kali ni cam panjang kan? Ada benda nak citer lagi ni . . . Jap g lah. Aku buat another entry for them.

p/s: jumpe next entry


Wassalam