OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, October 25, 2013

Cameron Highland

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Apa yang diketahui umum, Cameron Highland dilanda bencana. Memandangkan bencana itu datang dari Empangan Air Sultan Abdul Bakar. Akibat daripada limpahan tersebut, 3 orang disahkan meninggal dunia. Manakala 80 buah rumah musnah dan 100 buah kenderaan.

Memandangkan air didalam empangan penuh, pihak berkenaan telah melepaskan air dari empangan ke Sungai Bertam untuk mengelakkan empangan pecah. Kemungkinan besar air terlalu banyak di Sungai Bertam, menyebabkan banjir kilat serta merta.

Takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa banjir. Namun bagi pembaca dan pendengar, ini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa ke atas bencana yang berlaku. Apa yang berlaku pasti ada hikmah dan segala yang tersurat dan tersirat.




Pada pendapat aku, jika pihak berkenaan tidak melepaskan air ke Sungai Bertam, sudah pasti Empangan Sultan Abu Bakar pecah. Cuba bayangkan akibat daripada Empangan Pecah....

Aku rasa lagi terok daripada ini kot...kan?

Sila fikir secara rasional dan professional. Jangan cepat melatah.

Sekian, pendapat aku yang berharga dua tiga sen.

Ok. Bai-

No comments:

Post a Comment