OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, August 1, 2011

Kisah Seram Flat 3A

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Hari Sabtu lepas aku menonton cerita Flat 3A. Peratus seram. . .tak seram. Biasa-biasa je. Aku tengok citer ni pun sebab abang kawan aku ada berlakon dalam citer tu. Suda jadi retis la dia. Ho ho ho. . . dulu masa zaman skolah dia tolong hantar kami pergi tuition. tettttt-



nilah dia yang selalu hantar kawan aku ngan aku pegi tusyen. . . hehehehe


sedikit kekelabuan disitu. . . takde gambo besar la. da kaweng da mamat ni. nama dia Ery Zukhairi. Aku bukan nak citer pasal mamat ni. Aku nak citer pasal citer Flat 3A.

Citer ni dilakonkan oleh Intan Ladyana (Fiqah), Shasha (Ratna), Adey Syafrein (Anas), Ery Zukhairi (Wahyu), Zaidi Omar (Kang Suman) dan Khaty Azean (Ibu Fatin a.k.a Kakak Wahyu).

Fiqah dan Ratna kawan satu kilang. Fiqah dan Anas pasangan kekasih yang terlanjur. Maka Fiqah harus menggugurkan kandungan supaya tidak diketahui orang. Cliche disitu. Maka, untuk memulakan hidup baru konon, pindah la Fiqah dan Ratna kat Flat 3A umah no. 301. Giler arrr umah camtu nak duduk siap bersawang segala bagai. Dinding pun cam hape je. . . .kalau aku takmo pindah umah camtu. Cam seram jek. Budak Fiqah ni kene ganggu ngan makhluk halus lepas dia gugurkan kandungan dia lah. Tapi bila dah sampai kat Falt 3A tu, lagilah dahsyat gangguan dia. Cantek!

Rupa-rupanya dalang dari segala gangguan yang diterima Fiqah ialah kekasih nya sendirik. Anas. Damn. Kepada para-para gadis sila selidik dulu kekasih hati korang yea. Tak pasal je korang jadi macam Fiqah - mangsa keadaan.

Mangkok Anas ni lah. Sebab gilakan harta bapak dia sanggup bersekongkol dengan Kang Suman (bomoh) untuk bunuh bapak Anas (lakonan Aman Shah). Siap masuk paper lagik. Pengerasnya Anas kene cari darah kanak-kanak kot. (aku pun tak berapa nak hengat sangat darah jenis apa yang dia nak). Kanak-kanak tu la Fatin. Fatin tu anak buah kepada Wahyu. Nak tau apa upah yang Kang Suman dapat? Kene bunuh. Sebab Kang Suman tu nak 50% dari harta yang si Anas tu dapat. Saper yang nak bagikan?

Ratna ni la dalang nombor dua nya. Ratna ni anak Kang Suman. Jadi dia nak balas dendam kat Anas sebab kematian Kang Suman. Chantek! Padan muka ko Anas. Orang buat jahat memang akan dibalas dengan kejahatan. ho ho ho. . . .

Ending? Aman Shah (bapak Anas) mati. Kang Suman mati. Anas mati dan Ratna pun mati jugak. Yang hidup? Fiqah, Wahyu dan Kakak Wahyu. Moral of the story? Jangan bersekongkol dengan syaitan. Hanya sebab harta nak berbunuh-bunuhan bagai.

p/s: aku bersyukur dengan segala rezeki yang aku dapat tika ini. Amin.


ADIOS!