OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, March 1, 2012

Antoo Dalam Botol Kicap Kipas Udang!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini lewat sket update belog. Gara-gara ada lagi kerja yang harus aku settlekan. Ni pun nak break kejap. Penat arrr tonggeng-tonggeng angkat buku. Pastu check tajuk buku kat invoice. Cam nak juling da mata ambo ni. Huhuhuu . . . saye cuwik tulang jap yea puan boss.

Arini nak share movie antoo dalam botol kicap!. Tak pernah pulak aku dengar antoo kene kurung kat dalam botol kicap pastu simpan kat dalam satu bilik buat koleksi. Hohohoo. Seram kot kalau ada umah begitu.



Citer ni quite okay la. Sebab lawak gak la. Walaupun aku rasa cam tak suke je nengok gaya si Azri (Mikhail Andre) cam poyo je. Pastu si Apul (Zalif Sidek). Gaya dia cam budak baru umo 5-6 tahun. Padahal da tua bangka kot. Baik panggil bebudak je yang berlakon. Damn!.

Movie ni pasal Rina a.k.a Along (Mon Ryanti), Azri a.k.a Angah (Mikhail Andre) dan Apul (Zalif Sidek) kene hantar balik kampung oleh parents diorang. Sebab parents diorang nak pergi Paris. Aku rasa zaman sekarang ni mana ada dah mak ayah yang nak hantar anak-anak balik kampong. Banyaknya soh masing-maisng jaga diri kat umah, je kan? Apatah lagi kalau dah besar gajah macam budak bertiga ni.

Tapi sebab bukan aku yang tulis skrip dan bukan aku juga yang mengarah maka begitulah ceritanya kan.

Masa kat kampung si Rina ngan si Azri ni tak habes-habes nak balik KL. Padahal nak balik KL kene lalu sungai bagai kot. Siang air kan selalu surut. Malam je la boleh naik bot pun kan. Disitu terletaknya betapa 'bijak'nya budak-budak KL ni. Hahahahaha.

Diorang bertiga ni kene dok umah Nenek diorang. Nenek diorang ni dukun kat kampung tu. Makanya, kat dalam umah Nenek Temah ni ada satu bilik dimana ada tersimpan botol-botol kicap yang berisi antooo. Hohohoho.

Nenek diorang siap pesan kat diorang . . .

1. Jangan keluar rumah lepas maghrib
2. Jangan masuk bilik yang ada kain merah tu.

Tapi disebabkan kedegilan dan perasaan ingin tahu. Si Apul ni dengan beraninya bukak la pintu tu. Pastu tersergam indahlah botol-botol kicap yang ada kat situ. Pe lagi masuk dan lihat la apa yang ada lagi. Dengan beraninya pergi bukak satu tutup botol kicap gara-gara tangan si Rina luka. Konon nak balut luka. Apa lagi keluarla antoo. Yeah! Hamek ko, nenek ko ikat korang kat pokok! Hahahaha. Satu keje pulak Nenek dia kene tangkap balik antoo tu.

Dah tangkap antoo. Esoknya si budak Apul yang sengal buih tu pergi lepaskan semua antoo tu. Gara-gara nak jadi Master konon. So antoo-antoo tu konon jadi dia nye genie. Perasan! Ko ingat ko tu Aladdin! Hamek ko, antoo-antoo tu nak makan ko. Siap siram dengan kicap lagi. Piok besar dengan air menggelegak!.

Antoo cakap "Daging masak kicap, sedap!" Hahahaha . . . antoo suka daging masak kicap. Pasni kalau jumpe antoo, korang bagi jela antoo makan daging masak kicap!. Hahahaha.

Last-last, diorang pun tolong Nenek diorang tangkap sumer antoo-antoo tu. Tu je. Tammat.

Sorry arr, aku bukan reti sangat nak bagi review pun. Lagi-lagi kalau citer lucu. Hehehe. Sowi yea!


Chau Chin Chau!