OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, March 27, 2012

Kau Tetap Di Sisi

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Buku yang aku dah habes baca yakni Kau Tetap Di Sisi. Dalam novel ni banyak sangat konflik. Watak tak banyak tapi ada part klimaks tu memang aku rasa stress sebab geram nye dengan watak sang suami kat dalam citer ni. Geram!

Dalam citer ni menunjukkan yang lelaki suka buat keputusan melulu tanpa memikirkan apa akibat. Dan begitu jugak dengan isteri, suka-suka tinggalkan suami tanpa memikirkan dosa yang ditanggung.

Kebanyakan novel yang aku baca, bukan semua ada segelintir tu macam tak mengambil berat tentang agama. Sama gak la cam dalam movie or drama. Aku rasa mungkin perlu ada rasa sensitiviti sket kot. Kan?



Tajuk : Kau Tetap Di Sisi
Harga : RM 25.90
Penerbit : Buku Prima
Penulis : Aishah Abu Hassan

Sinopsis novel ni . . .

Ainanisha anak jati Malaysia penuntut tahun akhir di Universiti Leeds Metropolitan, Manchester terpilih mengikuti program anak angkat selama tiga bulan. Tuah menyebelahinya apabila dia diterima baik sebuah keluarga yang kaya di Simla, India. Namun, Ainanisha terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang berada di rantau orang. Kedatangan Ahmad Darius menambat hati Ainanisha.

Namun tidak terlintas di hatinya untuk menjadi orang ketiga di antara Ahmad Darius dan Tina, adik angkatnya. Cinta yang berputik di hati Ainanisha terpaksa dipendamkan kerana dia tidak mahu menjadi perampas. Biarlah dia berkorban apa sahaja demi Tina. Dalam diam, Hairil Fahmi yang juga rakan seuniversiti Ainanisha menaruh hati padanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu tetapi Hairil Fahmi tewas. Cinta Ainanisha pada Ahmad Darius terlalu kuat. Pelbagai dugaan hebat terpaksa dihadapi Ainanisha sebelum mengecapi kebahagiaannya.

Ending? mestila happily ever after. tapi tu pun sebelum nak happily ever after pun masih lagi ada halangan dan cabaran.

To all my readers, yang belum kawen tu cepat-cepat kawen. Best nye kawen!

Yang baru nak kawen tu, semoga anda berbahagia hingga ke akhir hayat!.

Yang da kawen tu, sronokkan kawen? diharap kita dapat menempuh segala dugaan dan cabaran dengan penuh kesabaran bersama pasangan dan anak-anak yang disayangi dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Amin!.

Semoga kita semua berjumpa di Syurga!

ADIOS!