OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, March 2, 2012

Risau =___=

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ceria dan Salam Jumaat!. Esok dah hujung minggu. Wah! Sronok. Sronok. Sronok. Keceriaan yang cuba ditonjolkan oleh aku. Padahal hati sedang gundah gulana gara-gara Cik Nursakinah Zaharah tak berapa nak minum susu.

=___=

Dia masih lagi breastfeed ngan aku. Cuma as tambahan aku bagi dia minum susu formula sebab aku rasa susu aku tak cukup untuk dia. Hmmmmm . . . atau itu hanya perasaan aku sahaja.

=____=

Dah dekat setahun gak la Cik Nursakinah minum susu Dutch Lady 123. Tapi dalam beberapa hari ini, dia macam reject pulak susu tu.




Hmmm . . . apakah sistem penghadaman dia punya masalah atau selera dia dah berubah?

Dulu, si kakak pun macam ni. Tapi dulu kakak minum susu Lactogen 3. Then tukar Dutch Lady 123.

Adik nak tukar susu apa yea?

Ada member aku suggest susu Dugro Veggie & Fruttie. Ada yang suggest Dumex Madu.




Aku risau sangat ni. Rasa macam nak nanges pun ada . . . sebab semalam dia tak minum susu langsung kat umah pengasuh.

=____=

Arini masih lagi dalam pemantauan . . . tadi baru lepas message Puan Pengasuh. Dia kata baru lepas makan biskut cream crackers cicah Milo. Sebelum hantar umah pengasuh tadi dia dah makan oat. Hopefully dia minum susu today di kala terjaga.

Tapi malam tadi, masa dia lena aku sumbat susu dia minum. Tapi biler dia dalam keadaan sedikit sedar dia takmo susu tu . . . sama macam Safiyyah dulu. Nak tukar susu kot . . .

Sila bertenang . . . oh hati!.