OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, February 29, 2012

Azura!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ahad petang ritu aku tengok citer ni . . . mak aih! budak Chepah ni layan Azura? Azura yang dulu tu pun tak berapa nak register jalan citer . . . tengok pulak Azura yang latest ni. Sengals rasanya mata aku . . .




Aku rasa citer ni cam cerekarama je. Tak rasa cam filem pon. Huh!. Memang patutle tak dapat kutipan yang memberansangkan. Hohohoho.

Cerita Azura ni mengisahkan tentang Azura (Neelofa) dan Zack a.k.a Zakaria (Shah Jaszle). Azura ni anak orang biasa-biasa je bekerja sambil belajar. Yang budak Zack ni pulak tak blaja rasanya tapi tengah tunggu tawaran pergi Oxford University. Anak orang kaya, pandai tapi bengap. Duh-

Azura ngan Zack ni jumpa kat Paintball field. Azura as orang yang jaga kaunter kat tempat Paintball tu. Dan Zack pulak si Paintballer yang berlagak dan taik idung masing. Padan muke ko kene tampar ngan Azura. Gara-gara keceluparan mulut ko Zack. Hahahaha.

Lepas tu, Zack ni cam menyesal la sebab cakap sesuatu yang tak sepatutnya kat Azura. Jadi nak nampak macam romantic dia mintak maaf kat Azura depan Lecturer ngan kawan sekuliah si Azura. Derrrgghhhh- Konon cam omputih gitew. Tapi kaku.

Pastu diorang pun rapat dan plan nak kawen segala. Padahal masing blaja pun tak habes!. Pe la nakjadi bebudak skang ni. Yang sorang da terbiasa dengan gaya hidup mewah dan TAK BIASA hidup susah. Yang sorang da biasa hidup susah. Bagus la tu. Good Match.

Dan orang cuba memutus atau menjarakkan perhubungan mereka ialah ayah Zack sendiri. Sebab dia takmo tengok anak dia tak habes blaja tapi sebok nak kawen. Lagipun dia tau anak dia belum lagi sesuai untuk jadi Khalifah bagi keluarga sendiri.

Memandangkan si mangkuk Zack dan Azura dan gatai merela, diorang pun kawen la. Tapi segala akaun dan access Zack kepada harta Tan Sri Puteh a.k.a ayah Zack (Afdlin Shauki) di BLOCK. No more wealthiness for you my dear Zack!. Hahahahaha . . . hamek ko jadi tukang isi minyak je kat petrol station. Biler dapat gaji ciput terus tak puas hati. Siap cakap lagi kat Azura, nak beli underwear dia pun tak lepas. Berapa ratus harga underwear ko tuh!.

Last-last Zack keje dengan kakak tiri Zack. Wanda. Saper ntah pompuan ni. Aku tak kenal. Muka pan-asia. Yang si Azura ni pulak, diam-diam keje kat Airlines Arab as frontdesk kot. Sebab dia pandai cakap bahasa Arab. Kepada adik-adik di luar sana-sana, cara Azura ni tak boleh diikut yea. Sebab dia tak mintak izin suami nak bekerja. Berdosa tau.

Bosan kan jalan citer dia? Aku pun tak larat nak tapi panjang-panjang.

Last, Azura blah pergi Paris sebab nak kejar cita-cita dia. Tapi dihidu oleh Zack dengan bantuan Tan Sri Puteh. So, they live happily ever after dengan kekayaan melimpah ruah.

'Bagus'lah citer ni. Betapa pentingnya duit kan? Memang la duit tu penting . . . tapi sebab duit ko sanggup buat macam-macam kan? Aku tak nampak connection LOVE kat sini. Hmmmmm . . . atau aku yang salah faham dengan citer ni?

Okaylah. Panjang sangat entry movie kali ni. Aku sendiri pun cam serabut je nak baca balik tengok typo error. So, kalau ada typo tu, maaflah yea. Tak koser mak nak check. Hehehehe.

Chau Chin Chau!.