OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, March 14, 2012

kata-kata

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Entri kedua untuk hari ni. Dah lama tak update pasal budak dua orang tu kan? Last aritu part kene gosok dulang. 

Kali ni nak cerita apa sudah jadi pada mereka . . .

Scene I:

Perbualan di antara Pak Ngah (adik aku) dan Cik Safiyyah Zaharah . . .

Pak Ngah : Kakak, banyak nya kereta.

Cik SZ : Tanyak nya teta.

Pak Ngah : Banyak la

Cik SZ : Tanyak

Pak Ngah : Ba

Cik SZ : Ba

Pak Ngah : Nyak

Cik SZ : Nyak

Pak Ngah : Banyak

Cik SZ : Tanyak!

Ibu : Selamat berjayalah yea awie, semoga ko dapat adjust pelat dia.

Cik SZ : Ibu, lat apa?

Ibu : Kakak, pelat.

Cik SZ : Kakak lat.

Sekarang ni, apa orang cakap sumer dia nak tau. Pastu dia akan ulang apa yang kita cakap. Tak dapat cakap semua, dapat hujung-hujung pun jadilah.

Tadi hal kakak, ni hal adik pulak.

Sangat mengejutkan ialah she can pronounce words BU. Tapi takdelah selalu dia panggil aku bu. Adalah dia panggil bila part nak manja-manja tu kan.

Tapi itulah, dia lagi cepat panggil aku ibu kalau bandingkan dengan si kakak. Alhamdulillah. Setiap anak-anak berbeza perkembangan diorang.

Aku tak taula biler si adik ni nak tambah gigi. Gigi ada doblas je ni. Tapi semua makanan dia nak makan. Dan dia paling suka kacau aku makan. Masa aku tengah makan tu la dia nak ngecak sket. Makan dua tiga suap pastu dah.

Dia sangat-sangat-sangat suka COKLAT!

Tapi dia tak suka ESKEM!

Adik suka cakap . . .

Atuk . . . ucuk!

Hahahaha . . . kalau atok baca belog ni. Habeslah!

ADIOS!