OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, March 29, 2012

Sayang 3 dalam 1

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Done already with this book. Sayang 3 dalam 1. Aku suka baca buku ni. Sebab bila baca buat aku tersenyum sendirian dan gelak sorang-sorang. Kalau ada boss aku, aku senyum dalam hati jela. Hehehehe.

Ni pun dengan berani nya update belog bila boss ada kat opis. Kang sentap kalau tetiba dia singgah meja aku. Hahahaha. Matikla. Lari!

Memang suka la citer ni. Giler bias!. Hahahaha. Citer ni okay la banding dengan citer yang pernah baca sebelum ni. Sebelum ni ada jugak yang best cuma untuk sampai tahap buat aku tersenyum dan ketawa sengsorang tu cam tak banyak buku. Ini antara yang berjaya la. Hehehehe.




Tajuk : Sayang 3 dalam 1
Harga : RM 21.00
Penulis : Weeda Airiza
Penerbit : Karangkraf

Ni aku letak sinopsis sket . . . sket je. Takmo panjang-panjang. Nanti korang beli pastu korang baca sendiri. Okay?

SERONOK kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.
Hmm.... bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati.



Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lift yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Hingga menyebabkan Arel memanggil gadis lif.


Okey aku nak buat Return Note. Nak pulangkan buku. Okey bye!

Pasni nak baca novel lain pulak!

Chau Chin Chau!