OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, March 27, 2012

Homemade Nasi Lemak!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Entri yang ketiga untuk hari ni. Hohohoo. Gasaklah korang baca belog aku harini. Tiga entri aku lambakkan arini. Selamat Membaca!.

Pabila tahap kerajinan berada di paras paling tinggi. Maka, dapatlah aku sajikan sarapan Nasi Lemak untuk anak-anak, Umi dan juga Encik Usben.

Aku tapau je kat opis. Alhamdulillah, dapatlah aku jimat duit sket. Lagi-lagi di kala hujung-hujung bulan ni kan. Duit pun da macam nyawa-nyawa ikan. Huhuhuu. Takpe lagi tiga hari gaji aku masuk. Hehehehe.

Bahan-bahan Nasi:

2 cawan beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
daun pandan
garam

Cara-cara:

Cuci la beras tu dulu. Tak reti-reti ke? Pastu masukkan santan, air, daun pandan dan garam secukup rasa. Masak.

Bahan-bahan Sambal:

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
1 peket kecil cili boh
garam
gula
air asam jawa

Cara-cara:

1 biji bawang besar di racik halus dan satu biji lagi dimayang. Yang diracik halus tu akan ditumis. Yang dimayang untuk dimasukkan di akhir waktu memasak.

Tumis bawang putih dan bawang merah. Dah cam naik bau sket, masukkan cili boh. Bila cili dah masak dan dah naik minyak, masukkan garam dan air asam. Pastu masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah dimayang. Pastu masukkan gula. Kalau cam pekat, korang leh tambah air sket.

Siap.

Inilah hasilnya yang aku tapau dari umah.

Nak order? Satu bungkus aku jual RM1.20. Nak order call aku kat 019-3031450. Minimum order 10 bungkus.



Ops! timun ada tapi malas potong. Umi da offer tapi takmo jugak. Hehehhe.

Selamat Memasak!