OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, March 27, 2012

Breakfast for them!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam aku buatkan sarapan untuk mereka-mereka yang berada di rumah. Ada masa lebih boleh la buat. Kalau tak cukup masa tu, jangan haraple ada sarapan. Beli saje le. Hohohoho.

Aku buatkan Pancake!.




Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu Ducth Lady Full Cream
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telor
sedikit garam

Cara-cara:

Korang campurkan je semua bahan-bahan tu. Pastu kacau sampai sebati. Kalau cam cair, tambah sikit tepung. Kalau adunan cam pekat pulak tambah susu lagi.

Dah sebati masak la atas kuali non stick. Guna api kecik yea . . . kang legam pulak pancake korang itew.

Siap!.

Dapatlah dalam 5-6 keping.

Aku makan cicah kari ikan. Perggghhhh!

Selamat Mencuba!