OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, March 6, 2012

Paratha ala Pizza

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama kot aku tak kongsi resipi. Okey, kali ni nak kongsi resipi yang dicipta khas oleh Encik Usben!. Dicipta khas la konon! Hahahahaha . . .

Bahan-bahan:

2 keping roti paratha
Mozarella Cheese
1 biji buah tomato (dipotong dadu)
Sekeping daging burger
Mayonnaise
Serbuk Lada Hitam
Seasoning sauce

Cara-cara:

1. Korang masak roti paratha sampai garing. Ketepikan.

2. Masak daging burger sampai masak. Bila daging nampak macam separuh masak tu, letakkan sikit seasoning sauce (Maggi). Lepas itu taburkan sedikit serbuk lada hitam.

3. Ambil roti paratha dan sapukan mayonnaise. Letakkan tomato yang dah dipotong dadu. Letakkan cheese. Kemudian daging burger yang dipotong panjang-panjang. Kemudian cheese lagi. Last skali tutupkan dengan roti paratha.

4. Masukkan ke dalam microwave dalam seminit dua untuk cairkan cheese.

Siap!.

Inilah hasilnya!



Berani ke nak cuba?


Miahahaha!