OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, March 22, 2012

Wedding Alwie & Liza Part II

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tadi lupa nak bagitau . . . dengan sekali lafaz je Puan Liza menjadi hak milik kekal Encik Awie. Dengan ber mas kawen RM 8000.00 tunai. Berat dowh nak bawak RM 8000.00 dari Key Ell ke Kelate. Hohohoho.

Seb baik takde duit yang tercicir. Huhuhu.

Masing-masing menghadiahkan cincin. Dan pengantin perempuan juga dapat hadiah seutas gelang tangan dari pengantin lelaki.

Jom kita layan pulak gambo persandingan diorang. Aku tak upload banyak sebab tak kose la nak letak kat belog bebanyak. Amek masa lama la dear. So, if korang nak tengok gambar lagi pegi kat muka buku aku. Cari nama aku Chepah Ila Hussein.












Kitorang pergi Kelantan dengan empat buah kereta. Dari Kuantan pulak sebuah kereta saje. Jadi kesemuanya lima buah kereta. Tak ramai pun . . . ada la dalam 23 orang dewasa dan 3 kanak-kanak ribena. Hehehehe.

Kat Kelantan ni takde merenjis tapi panten kene suap dengan pulut kuning yang dicelop a.k.a digaul dengan garam campur gula. Kat pelamin tu ada dua mangkuk. Satu mangkuk berisi pulut kuning. Pastu mangkuk lagi satu berisi gula campur garam.

Kata orang Key Ell, mestilah terkejut badak dengan adat cenggitu. Kesian panten terkulat-kulat telan pulut. Dan dalam seumur hidup aku dok tengok orang kawen, inilah kali pertama aku tengok panten minum air atas pelamin. Gara-gara makan pulut kuning cicah garam campur gula. Hahahahaha.

Seb baik aku kawen orang Selangor. Maka, takdelah adat sebegitu. Yeah!.

Okay, continue dengan Part III pulak.

Chau Chin Chau!