OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, July 1, 2011

pergi jauh-jauh

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam Jumaat dan Salam Ceria. Sudah setengah tahun berlalu. Macam mana azam korang? dah ada yang dah tertunai? atau masih lagi berada di awang - awangan?. . . . .aku nyer azam tahun ni konon nak beli rumah. . . . cam kene transfer pegi tahun depan. . . . .ho ho ho. anak no. 3? hmmmmm. . . . . Allah punya kerja la tu. Kalau ada, alhamdulillah.

Lari tajuk sudah. . . . . semalam aku dapat makan ni. . . . .



tinggal satu lagi je. . . . . Domino's. Keinginan nak makan macam mengidam jek. huh!

Kelarian tajuk diteruskan lagik. . . . .hahahaha. Aku sebenarnya nak citer pasal slot seram kat TV3. Alaa. . . . .citer You Saka Pergi Jauh - Jauh. Citer antoo paling sengal aku pernah tengok selain daripada citer Antoo Fighter!.



Boleh tahan gak dialog kat dalam citer ni. Cayalah Dilla Hussein! Kau berjaya menarik minat Umi aku nak tengok citer antoo. Citer antoo melayu ni jela yang Umi aku layan. Citer antoo melayu yang lain jangan harap le.

Aku tak boleh blah betol dengan watak si Gelam tu. Ada ke saka camtu punya kaler? Mungkin ada kot. Hijau striking plak tu. Biji mata pun terkeluar semacam jek. . . . .Roy Azman (pak lang) lembut semacam. Hahaaha memang lawak giler. Amyza Adnan pun ada. . . .lagi la sengal buat telor dadar pun goreng ngan belacan. Apa la rasa telor dadar tu yea?

Sinopsis citer “You Saka…Pergi Jauh Jauh” 

citer ni menggunakan khidmat pelakon-pelakon handalan seperti Eira Syazira, Nabil, Fauzi Nawawi, Dynas Mokhtar, Rosli Sako dan Amyza Adnan tetapi juga menonjolkan suatu kelainan berbanding dengan drama bersiri yang pernah disiarkan sebelum ini iaitu genre seram komedi.
 
You Saka.. Pergi Jauh Jauh start ada kat TV dari 2 Jun aritu. Citer ni ada 13 episod kesemuanya. dan ditayangkan setiap hari Khamis malam Jumaat. Cerita menceritakan  tentang kepayahan Nia, (Eira Syazira) seorang wanita yang berkerjaya untuk membebaskan diri daripada ilmu saka yang diamalkan oleh arwah ibunya, Rosrita (Amyza Adnan)

Selepas kematian ibunya, Nia sering diganggu oleh Gelam (Rosli Sako), saka yang mendampingi Rosrita. Gelam ingin menguasai Nia bukan kerana dia dipilih menjadi waris tetapi Nia sebenarnya merupakan calon yang terpilih oleh penjaga keturunannya, Puteri Jarum Permata untuk memusnahkan Gelam seterusnya dapat membebaskan keturunan Nia daripada ilmu saka. Maka, Gelam yang gagal menembusi badan Nia telah menggunakan hantu Rosrita untuk menjalankan rancangan jahatnya.

Ibrahim, seorang dukun moden yang merupakan bapa saudara kepada teman serumah Nia, Shasha (Ayang Hussein) amat risau dengan keselamatan Nia. Ibrahim telah menyuruh anaknya, Adrus (Nabil) untuk membawa Nia berlindung di rumah mereka.

Ketika Nia berikhtiar untuk menyeru Tuan Puteri yang tidak pernah menjelma dengan harapan untuk menghalau saka Gelam, Zeti (Dynas Mokhtar) pula muncul dalam kehidupannya. Zeti meminta khidmat perubatan tradisional daripada Ibrahim sebagai alasan untuk mendapatkan mantera yang dipercayai dalam simpanan Ibrahim. Oleh kerana terlalu gilakan kekayaan, Zeti sanggup membuat perjanjian dengan Gelam untuk memerangkap Nia.

Makin hari, Nia menyedari bahawa dirinya mempunyai kelebihan dan kuasa yang terpendam dalam dirinya. Nia dibimbing oleh nenek saudaranya, Tok Alai untuk mempelajari ilmu yang membolehkannya menghapuskan Gelam. Walau bagaimanapun, Nia hilang akal apabila Tok Alai menghilang diri, Ibrahim mula angau dengan Zeti dan Adrus pula koma akibat sihir. Apakah Nia dapat memulihkan semangatnya untuk menentang Gelam? Apakah punca dendam antara keluarga Nia, Puteri Jarum Permata dan Gelam? Adakah muslihat jahat Gelam akan berjaya? 


Aku tak tau la apa ending citer ni. . . .harap - harap ending dia tak macam citer antoo melayu sebelum - sebelum ni, tergantung jek tak pun antoo dia tak kalah pun. huh!

p/s: arini nak balik Banting. Kalau aku rajin nanti aku update belog dari sana.


ADIOS!

No comments:

Post a Comment