OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Saturday, July 9, 2011

apam polka dot in da house!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Hari Sabtu yang agak memenatkan dan menyedihkan. Memenatkan gara-gara melayan Cik Bebet dan Cik Bobot. Menyedihkan gara-gara rakyat Malaysia yang hilangnya kesepaduan. Aku sedih pabila menonton perarakan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia yang sedikit cetek pemikiran dan sedikit dangkal.

Aaahhh!persetankan dengan 'that lady' and 'that man' mereka itu alpa bagaimana mereka pernah hidup dan masih hidup hasil daripada kerajaan Malaysia.

Okay, aku dah lari tajuk. hahahahaha. Seharusnya aku bagi kat korang resepi apam polka dot yang aku amek dari myresepi.

Bahan-bahan:

250 gm gula (tapi aku guna 200gm jek)
3 biji telor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovallete
275 gm tepung gandum
3 sudu baking powder
150 ml susu segar
pewarna makanan (sukati korang lah nak pakai kaler apa)
aku guna blueberry filing

*campurkan tepung gandum dengan baking powder pastu ayak.

Cara-cara:

Panaskan kukusan.Korang pukul gula dengan telor sampai kembang dan gebu. Pastu masukkan esen vanilla dan pukul.  Kemudian masukkan pulak ovallete dan pukul. Lepas tu masukkan tepung dan susu berselang seli hingga sebati dan tak berketul (sebaiknya korang pukul guna senduk saje-kacau perlahan). Asingkan tepung kepada dua bahagian (bergantung kepada berapa banyak warna yang korang nak guna. kalau tiga, tiga bahagian. kalau empat, empat bahagian. seterusnya korang kira lah sendiri).

Apa nak buat lepas tu?

Pandai-pandai koranglah nak buat macam mana. . . .nak letak filing kat mana. Nak letak polka dot tu kat mana. Hehehe. Ianya bergantung kepada tahap kekreatifan korang.

Camne aku punya apam polka dot. Ha, camni lah! polka dot dia ala ayu-ayu gitu. Hahahahaha. . . . .


p/s: Encik Usben kurang berminat dengan apam aku =___= dia lebih suka kalau aku buat cekodok udang ke. . . .

ADIOS