OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, July 28, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. . . .

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang! memandangkan aku nak cuti sok dan belog aku takkan aktif untuk beberapa hari berikutnya.

Maka dengan ini aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari Bulan Ramadhan yang sebelumnya. Dan semoga ibadat kita bertambah dari ibadat sebelum-sebelum ini.

Dan sempena Bulan Ramadhan bakal tiba ini, aku memohon keampunan dari anda-anda semua jika aku ada terkasar bahasa sepanjang dalam penulisan belog ini. Sejuta kemaafan aku pinta. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah Yang Maha Esa sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah.




Aku juga bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana memberikan aku satu lagi peluang untuk menemui Ramadhan pada tahun ini. Tanpa Mu, aku takkan dapat merasai kenikmatan Ramadhan. Syukur pada-Mu Ya Allah.

Dan memandangkan bulan Ramadhan bakal tiba, korang dah ready ke stok buah kurma?



p/s: Selamat Berpuasa dan Selamat Mengumpul Pahala (^^,)


ADIOS!

1 comment:

  1. Wow, this paragraph is nice, my sister is analyzing such things,
    thus I am going to convey her.

    my website Law of Attraction Certification Review

    ReplyDelete