OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, July 22, 2011

empat ekor hantu cun!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam Ceria Jumaat. Malam tadi perlawanan Malaysia vs. Chelsea. Hmmm, ada sedikit kontroversi sket dalam perlawanan semalam. Aku tak pasti apa kontroversi tersebut sebab aku tak tengok bola. Aku tengok citer Hantu Susu kat Astro Ria. Hah! citer hantu yang hantu dia cun - cun.

Ni list pelakon hantu yang berlakon dalam citer Hantu Susu semalam.

Pontianak - Erra Fazira
Langsuir - Zarina Zainordin
Kum Kum - Marsha
Penanggal - Amy Mastura
Susu - Didie Alias

Aku suka watak Amy Mastura (Penanggal - Suri) comey jek. Cam bodo-bodo camtu. Erra Fazira (Pontianak - Tira) pulak ntah sejak tahun bila la dia hidup. Cakap stok ala-ala zaman 50an-60an camtu. Si Zarina (Langsuir - Jamilah) pulak garang cam apa jek. Pasal toilet nak berebut bagai. Marsha (Kum-Kum - Mawar) ala-ala cool camtu. Giler besar ( . )( . ) si Didie Alias (Hantu Susu - Melati) dalam citer ni. Siap kene potong lagi part yang Apek baring kat atas ( . )( . ) dia. Ho ho ho. Aku tak tau pulak hantu susu tu ada ( . )( . ) besar!

Memang sengal lah citer ni. Aku tengok ngan Encik Usben pun cam tak benti gelaks. Kira boleh la jugak nak hilang rasa tensi. Aku rasa hari Ahad ni ada ulangan kot. maybe waktu petang camtu kot. . . .

Citer Hantu Susu ni pasal Suri, Tira ngan Jamilah pindah kat umah Mawar. Sebab nak mulakan hidup baru. Takmo kacau-kacau orang lagik. Nak jadi baik. Tak sangka pulak, sejak diorang pindah kat kampung ada pulak kejadian orang kampung diganggu hingga menyebabkan kematian disebabkan terlalu banyak minum susu. Orang kampung ni sebok kata mereka berempat tu yang punca. Padahal si Melati yang punya kerja. Huh.

Jadi, dalam pada cari siapa pengganggunya. . . adalah scence2 yang kelakar. So, I advice you. Silalah tengok citer ni. Mungkin boleh bantu korang nak hilangkan tensi. Citer hantu yang lain dari citer hantu yang lain.

p/s: Selamat Menonton. Takde poster sebab aku dah cuba carik takde.


ADIOS!

No comments:

Post a Comment