OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, July 8, 2011

' That Lady'

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Agak sibuk aku hari ni. Ho ho ho. . . .arini sudah hari Jumaat. Jadi maknanya, family quality time lah!

giler banyak jalan kene tutup. hampeh lah! mana nak pegi? lepak umah la apa lagik. bukan setakat kereta je kene sekat perjalanan, putra-lrt pun kene. bas henti-henti pun sama. ni yang rasa cam nak marah je dengan 'that lady'. kang kata bodo kang, marah. kata tak reti pikir kang, marah. kang kata sengal kang, marah. abes tu. . . .gara-gara ko punya idealisme dan propaganda ko, rakyat yang inginkan hidup aman damai tergugat! WTH!

Tetiba aku rasa cam tak sabar je nak tunggu pilihan raya. Confirm aku tau saper yang harus aku pilih dan undi! tetiba je rasa nak marah. . . .padahal~

Okaylah, memandangkan dah hujung minggu pun, aku malas nak kecoh-kecoh. Aku ingin menenangkan fikiran aku. Hehehehe. . . .oh! lupa plak, skang ni aku masih lagi membaca blog Encik Zahiril Adzim. Tak sangka dia sangat suka melihat gadis melayu memakai baju kurung, baju kebaya atau baju kebarung. Ahaks!

Aku macam tak boleh nak stop dari membaca belog dia. Tapi memandangkan hidup kita semua berkait rapat dengan masa, kerja, ibadah dan rekreasi, maka haruslah salah satu tersebut menjadi kos lepas (apa benda aku mengarut nih). mintak tampar boleh? dah lah, aku nak stop menaip. okay, blah!

Memandangkan esok tak boleh nak pegi mana-mana, jadi inilah aktiviti aku untuk hujung minggu ni. boleh jalan ke aktiviti ni? nantikan. tunggu dan lihat.

- nak buat apam polka dot

- nak buat cupcakes

- tak buat apa - apa

- lepak umah gara - gara BERSIH

aku dah tak tau nak taip apa. . . . tangan macam dah penat menaip dari tadi. lenguh jari jemari ku. harap - harap aku jadi la buat apam polka dot tu, nanti boleh update dalam belog nih. Huh! kata penat menaip, tapi masih lagi menaip. okay, chow!

p/s: selamat hari minggu!


ADIOS!

1 comment:

  1. Saya belom bg awak resepi apam polka dot kn...xpe..klu awak rajin,sila google kt myresipi.com..saya amik resipi kt ctu...slmt mencuba...

    ReplyDelete