OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, June 6, 2011

Nak Tambah Susu Badan?

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Bukan tambah bini okeyh! Jangan cuba bikin onar!. Tak suka. Aku cuma nak bagitau, kepada ibu-ibu di luar sana, yang rasa macam susu badan tu cam susut je. Aku ada petua yang paling latest aku dah cuba kat diri aku sendiri. Ini paling deras punya. Untuk badan aku la. . . . Kalau orang lain, korang kene cuba dulu baru tau hasil nya. Membebel panjang pulak si Chepah ni.

Senang je. Korang beli longan dalam tin tu. Korang makan dan minum air dia. Air dia tu korang campur la dengan air suam sikit. Kang tak pasal-pasal, kene kencing manis pulak. Air longan dalam tin ni boleh gantikan longan kering. Longan kering kan kadang payah nak cari. Kalau nak cari, korang kene cari kat kedai Cina Sei Sei baru ada. Giant ngan Carrefour pun kadang ada, kadang takde.

Lupa plak. Nak kene amalkan berapa kali. Korang amalkan le seminggu sekali. InsyaAllah.

Selamat Mencuba!

p/s: susu ibu is the best milk in the world!

ADIOS!