OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, June 17, 2011

air liur basi

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Topic arini agak menjijikkan. . . . . jijik ke cerita pasal air liur basi? Kalau aku bagitau air liur basi korang tu ada keistimewaan, mesti korang tak percaya. Ho ho ho. . . . .

Air liur basi korang tu. . . . boleh sembuhkan korang nye ulser mulut a.k.a mulut pecah a.k.a mata ikan. Macam mana nak buat?

Kalau korang terkena penyakit tersebut, yang penting skali korang kene cari biji kat bawah dagu atau di keseluruhan leher korang. dah jumpa biji? kalau dah, korang gunakan ibu jari tangan dan tak mungkin lah ibu jari kaki. Letakkan ibu jari tu kat lelangit mulut korang, dan sapukan ibu jari tu kat biji yang korang jumpa tadi. Sambil sapu baca selawat tiga kali. Buat lah hari - hari sampai penyakit tu baik. InsyaAllah, aku selalu buat benda ni. Alhamdulillah, mujarab!

Kalau korang ada yang gusi bengkak pun, boleh guna cara yang sama. Cari biji dan sapu dengan air liur tu.

Selamat Mencuba!


p/s: petua dari orang muda. . . . .


ADIOS!