OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, June 24, 2011

albab betol!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. arini aku nak citer pasal si albab ni! bukan ahmad albab. albab je. albab maksud dia pintu kan? kalau berdasarkan citer ahmad albab. . . . . .he he he.

cam biasa aku sampai opis kul 8.30 pagi. ready nak bukak pintu. suddenly, kunci yang harus masuk kat lubang kunci, masuk separuh jek! sronok tak? dengan orang lalu lalang lagik.

aku call encik usben:

aku : aaaaa. . . . . pintu kayu kat bawah ni tak boleh bukak. nak wat camne ni. . . . .
Encik Usben : ntah. call abang watpe. abang bukan leh tolong pon. call la ayah ke ayong ke aizat ke.
aku : orang nak ngadu ni. . . (nyampah!)
Encik Usben : okey, call diorang. abang nak sidai kain.

duh! sabar je la. . . . .

aku pun message aizat. . . . dia pun reply, kak saya masuk lambat rini. pe kata akak call encik razif.

chantek!

aku pun call ayah. . . . .tak angkat.

call ayong. dapat! ayong pun kata nanti ayong sampai. . . .aku tau dah jangan harap dia nak sampai awal. . . nak tau sape sampai? ayah sampai dulu. . . . .sebab umah ayah kat Taman Permata jek.

sambil dok menggodek kunci tu aku ber'sms' ngan member aku ngan Encik Usben. dah la orang yang lalu lalang dok pelik tengok aku kuar masuk kuar masuk pastu godek pintu. dah macam pencurik pun ada. . . .  =___=

yang aku tak leh blah. . . . Encik Usben nyer message berbunyi begini . . . . .

"suspek didapati kuar masuk" dari tempat kejadian Jarjit Singh melaporkan.(huh! dia tiru dialog upin ngan ipin)

lepas setengah jam aku menggodek kunci kat pintu tu. . . . .TIBA - TIBA, zup! kunci masuk dalam tempat yang sepatutnya. huh! dari tadi aku jolok kau tak nak masuk. lepas setengah jam aku godek baru masuk. dugaan betol!

tepat jam 9 aku masuk opis. cantek!

sepuluh minit pastu, Cik Puan Boss aku tepon dari sepital. Eh! tak bersalin lagi. . . . .takpe saye doakan kamu bersalin dengan mudah. gosip jap ngan Cik Puan Boss pasal si albab.

pot pet pot pet. . . .settle menghantar laporan si albab kat Cik Puan Boss. tetiba tingat kat cekodok yang aku bawak dari umah, tak makan lagik. cam tak lalu je nak makan sebab penat menggodek pintu. . . . .keje pun cam malas nak buat. . . . .sebab penat menggodek pintu. korang rasa aci tak?

p/s: nak makan cekodok lah.


ADIOS!

bukan kunci sebenar. . . . credit to yahoo