OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, June 17, 2011

budak sekolah

Assalamualaikum, semua ;)


Hai korang!. Pagi tadi masa on the way nak pegi kerja. Bersepah la budak-budak Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat & Sekolah Menengah Sri Keramat ponteng! Aku tak faham, budak - budak sekolah sekarang ni berperangai sebegini rupa.

Apa masalah korang?

Apsal malas sangat nak pergi sekolah?

Apsal suka sangat ponteng sekolah ngan kelas?

Apa yang korang dapat biler korang ponteng?

Ibu ngan ayah korang AMANAH kan korang pergi sekolah belajr rajin - rajin supaya jadi orang yang berguna. Ni tak, korang PECAH AMANAH! Kalau dari sekolah lagi korang dah PECAH AMANAH, sok keje camne pulak?

Korang ingat kalau korang tak pergi skolah, korang boleh dapat kerje BEST - BEST ke? korang ingat korang boleh dapat gaji BEST - BEST ke? Wei! dengar sini cakap aku. JANGAP HARAP la!

unless. . . . .

korang yang kaki ponteng skolah ni memang otak cepat pick up. minyak itam korang baik punya. boleh lah nak ponteng skolah sebab korang memang boleh SCORE exam. ni kalau otak pun lembap. lambat pick up. otak stock otak lembu. jangan mimpi la korang boleh SCORE masa exam.

unless . . . . .

memang REZEKI korang berjaya masa EXAM dan dapat kerje yang BAGUS dan dapat gaji BEST. Tapi korang kene ingat REZEKI tu datang dari ALLAH dan tak selamanya korang akan berada di atas. Hidup umpama roda yang sentiasa berpusing. Kekadang diatas dan kekadang kat bawah. Aku bukan lah nak doakan ketidakjayaan korang. . . . aku doakan kejayaan korang sampai akhir hayat.

Tapi . . . . .

Cubalah korang fikir, ibu ngan ayah korang keje bagai nak rak. tertonggeng-tonggeng. terbalik-balik. Semata - mata nak sediakan duit supaya korang boleh belajar dalam keadaan yang senang. Fikir - fikirkan lah adik - adik, jangan lah PECAH AMANAH. Belajar rajin - rajin. Jangan ponteng sekolah. Hargai lah Ibu dan Ayah korang.

p/s: sedey nye dengar lagu AYAH dan IBU dari Sudirman. . . .


ADIOS!