OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, June 14, 2011

bubur nasi

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang! Memandangkan sekarang musim demam. Demam ada musim jugak ke? Ho ho ho. . . . . Korang yang mana demam tu rajin - rajin la makan ubat. Banyak - banyakkan rehat. Aku nak bagi satu resipi bubur nasi. Gambar? as always takde. He he he. . . . .

Bahan-bahan:

1/2 cawan beras yang siap dicuci
1 liter air
200 gm ayam (dipotong dadu) * kalau nak tukar daging pun boleh
3 ulas bawang merah (diracik halus)
2 ulas bawang putih (diracik halus)
1/2 inci halia (dipotong dadu halus)
1 biji lobak merah (di potong dadu)
5 batang kacang buncis (dipotong 1/2 cm)
1 sudu besar sos tiram
lada hitam
garam
minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Panaskan periok. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan ayam. tumis sampai bawang nampak sedikit layu.

2. Kemudian masukkan lobak merah dan kacang buncis. Kacau sebati. Masukkan sos tiram. Kacau lagi. Masukkan beras yang siap dicuci. Gaul sebentar dalam 2-3 minit.

3. Masukkan air, lada hitam dan garam. Biarkan sampai jadi bubur. . . . . selagi beras tak hancur, masukkan air.

Bubur ni sedap di makan dengan ikan bilis goreng atau ikan masin goreng atau telur masin. Kalau nak rasa pedas, korang boleh letakkan sos cili kicap (resipi sos cili kicap ni ada kat dalam resipi cekodok aku sebelum ni). Layan dowh makan panas, panas.

* kalau korang nak cepat masak buburnya, korang boleh blend beras tu. . . . jadi takde la tunggu lama nak masak.

Selamat Mencuba!

p/s: aku pun dah lama tak masak bubur untuk orang di rumah. . . .

ADIOS!