OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, June 9, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. marah aku dari semalam lagi. tapi sebab semalam wordless wednesday, jadi tak terlepas marah aku. . . . . ho ho ho. Bile aku baca newspaper kelmarin (selasa). geram nye la aku kat bebudak zaman sekarang! Hey, kamu, kamu dan kamu! kalau ye pun nak short form everything yang kamu tulis. JANGAN la buat short form kat dalam KARANGAN kamu. TESIS kamu!

Kamu! Ya, kamu!. Ubahlah perangai! Ubahlah sikap! Kenapa nak bershort form bagai dalam karangan dan tesis! Lainlah kalau dalam phone, FB, twitter, tumblr, formspring. blog and what so ever laman sosial yang ada. Suka hati tok nenek bapak korang la nak tulis apa gaya macam mana pon!

Ni dalam karangan & tesis pun nak bershort form bagai! gile ke? bebal ke apa? cikgu ngan lecturer dah ajar mengeja perkataan penoh. yang korang memandai-mandai nak bershort form bagai. huh! marahnye la aku! walaupun aku bukan seorang cikgu, tapi kita haruslah mengeja dengan betol dalam karangan dan tesis. karangan ngan tesis tu bukannya short note korang! duh!

Sepatutnya kamu, kamu dan kamu ni, di ' FAIL ' kan aje dari exam or repeat je semester. Apa korang ingat semua orang faham bahasa ringkas yang korang gunakan? Sengal.

Pihak DBP pun, tak payah la nak rajin sangat buat kamus untuk perkataan ringkas! tak payah nak di hangkat-hangkat sangat perkataan ringkas tu! Student sepatutnya ingat bila waktu exam, haruslah menggunakan perkataan penuh dan menggunakan ejaan yang betol!

oh! oh! oh!. . . . aku tak faham kenapa orang Malaysia macam ni. . . . dah la sekarang banyak perkataan english yang dimelayukan. . .lepas tu banyak pulak digunakan dalam majlis rasmi. damn! apa nak jadi dengan bahasa melayu kita? aiyooooo! bahasa melayu sudah dirojakkan!

ntahlah. . . .aku tak tahu apa nak jadi dengan Malaysia. 1 Malaysia, tak bermaksud kita harus mencampur-adukkan bahasa Malaysia @ bahasa Melayu dengan bahasa lain. adus! ya, aku tahu dalam blog aku ni pun ada banyak penggunaan bahasa melayu yang tak betol. tapi inikan blog aku, aku punya sukalah! bukannye KARANGAN atau TESIS yang harus diperiksa oleh pemeriksa. Apa dehal!

p/s: bahasa melambangkan bangsa.

ADIOS!