OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, June 3, 2011

close vs open

Assalamualaikum semua ;)


Hai, korang!. Hmmmm. . . . . isu ni terlalu panas dan sangat subjektif untuk diperkatakan. Aku nak cakap pun, aku bukan pandai sangat dalam hal ni. Tapi kita semua sudah cukup dewasa untuk memikirkan tentang hal ini dan cukup dewasa untuk membezakan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Betol tak?

Apa yang aku merepek ni? Cuba korang baca topic ni kat blog si dia ni. Aku dapat tau pasal topic ni pun lepas baca cik adik ni punya blog. Apa pendapat korang? Pendapat aku?

Pendapat aku sama ngan Cik Amar Amirah . . . . 

1. takde orang kat muka bumi ni boleh tau sape yang masuk syurga dan sape yang masuk neraka. begitu juga dengan pahala dan dosa. Jadi NOBODY boleh buat keputusan kat situ. T . I . T . I . K!

2. lantak si blogger tu nak cakap apa. sebab dia pun mungkin kurang faham pasal aurat atau beliau terlebih faham tentang aurat perempuan. so pedehal. biarkan si luncai dengan labu-labunya. tapi bukannya aku nak mengiyakan atau menidakkan perbuatan beliau. macam aku cakap tadi, kita semua yang berblogging, berFB, berTWITTer ni sudah cukup dewasa untuk memikirkan sesuatu yang baik atau buruk hasil daripada perbuatan sendiri.

Aku pun bertudung jugak dan kadang-kadang tu ada jugak yang menyalahi hukum Allah. Namun, semua nya back to basic. Kembali pada-Nya dan mohon keampunan dari-Nya. Kita makhluk-Nya yang mudah atau senang akan melakukan sedikit kesilapan. Sebab kita bukan sempurna.

Ya, ayat cliche. No body perfect. Tapi . . . . . kita boleh berusaha supaya menjadi perfect!

p/s: mohon keampunan dari-Nya kerna tiada siapa tahu AJAL akan datang bila . . . . .

ADIOS!