OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, May 18, 2011

sudah tukar...

assalamualaikum semua ;)

nak kata lapang takdela sangat...tapi mencuri tulang diwaktu kerja sedang melambak. arini half day jadi seharusnya aku concentrate kat keje aku arini. kene siapkan listing buku untuk INTAN. sambil menyelam minum air...sorry Na, saye mencuri tulang-tulang yang ade (pe bende mengarut ni)

semalam Cik Bebet demam. tiba-tiba je tengahari semalam dia demam. takde angin takde ribut.tetibe demam. konpius aku ngan UMI aku. demam nak pandai cakap kot. mulut Cik Bebet sangat-sangatlah becoknya. Allah saje yang tau betapa becoknya beliau. Kadang tu rasa macam ada certain words yang dia sebut aku tak paham satu apa pun. maybe i should make a dictionary or buy dictionary about kids @ toddlers language...(ada ke dictionary nyer)

panjangnye mukadimah....sebenarnya nak cerita pasal aku dah tukar dari makan pil norriday kepada pil regividon. masa aku makan pil norriday tu, susu memang amat cemerlang disamping aku makan makanan dan minuman untuk tambah susu.selang sehari harus ada sayur sawi dan dua hari sekali aku minum air longan campur kurma merah seasons. seminggu sekali aku minum air longan dalam tin yang tak sejuk.

tapi biler da makan pil regividon ni, aku harus tambahkan pemakanan untuk tambah susu sebab pil regividon ni mengurangkan sedikit susu aku. takpela janji aku sihat. hehehehehe....tapi aku tengok susu aku, Alhamdulillah masih lagi banyak. cuma disebabkan Cik Bobot semakin membesar, jadi sesi menyusu dia sangat lama...dari 15minit-20minit, jadi ke 30minit keatas kadangan sejam pun boleh. kalau malam, selalu bangun 3 jam sekali. sekarang ni da bangun 2 jam sekali.waaaaaaa! sah-sah la aku tak cukup tido. (k, jangan merungut, tak baik) Sila beryukur!

stok susu dalam fridge pun da abes, jadi sekarang ni mengharapkan aku pam hari-hari. harap-harap aku dapat supply susu kat Cik Bobot secukupnya. Amin. itupun aku dah prepare susu Ducthlady(0-12month) untuk Nanny bancuh kalau susu yang aku supply tak cukup buat Cik Bobot.

p/s: Cik Bobot dah boleh duduk sendiri ;)

ADIOS!

No comments:

Post a Comment