OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, May 25, 2011

OBESITI

Assalamualaikum semua ;)


OBESITI menyerang kanak-kanak di MALAYSIA except my two daughters. Alhamdulillah. InsyaAllah they won't be obesitians.



OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu PENYAKIT dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Kenapa ia menyerang kanak-kanak di MALAYSIA? Ini disebabkan oleh:

1. KURANGNYA PEMANTAUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK DARI IBUBAPA!

2. TERLALU BANYAK MAKANAN SEGERA . . . . . terutamanya;







3. Wang perbelanjaan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak berlebihan . . . . makanya anak-anak lebih seronok membeli makanan segera berbanding dengan makanan berkhasiat.

4. Ibu bapa kurang waktu makan bersama anak-anak kerana terlalu sibuk bekerja. Kalau ada masa pun, lebih banyak dihabiskan makan di gerai-gerai atau kedai makanan segera. Jarang sekali masak di rumah.

5. Terlalu mengikut KEMAHUAN anak-anak untuk mengelakkan daripada anak-anak MENANGIS di khalayak ramai. duh! (babe, lantak kan aje kalau dia menangis pun. guna cara lebih intelektual untuk memujuk anak-anak selain dari memberi makanan) * unless anak korang memang dah lapar!

tu je kot sebab musabab kanak-kanak di MALAYSIA ni mengalami OBESITI yang terlampau.

Kalau korang nak tau, MALAYSIA menjadi negara KE-ENAM yang mempunyai masalah OBESITI. KE-ENAM! diulang sekali lagi KE-ENAM. jangan jadi dalam Top 5, sudah.

Cara Mengatasi . . . . .

1. JANGAN ajar anak-anak anda makan makanan ringan atau segera.

2. JANGAN ajar anak-anak anda minum minuman yang berkarbonat.

3. JANGAN alpa atau lalai dalam memantau pemakanan anak-anak anda.

4. JANGAN bagi anak-anak anda makanan yang TINGGI kandungan GULA dan MSG.

5. JANGAN beri perbelanjaan yang berlebihan kepada anak-anak anda.

6. AJAR mereka menabung instead of membiarkan mereka BERBELANJA.

tu je kot . . . . . harap-harap dapat membantu korang dan kita sama saling ingat mengingati. Ini pun umpama aku mengingati diri ini. Insya Allah. Bertindak segera wahai parent-parent di luar sana. Hanya kita yang mempunyai kuasa untuk menghalang OBESITI daripada menyerang anak-anak kita. Cuba ajar mereka seawal dari usia mereka setahun lagi.

KURANG OBESITI TINGKATKAN PRESTASI!

p/s: Anak-anak kita = nyawa kita!

ADIOS!