OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, May 26, 2011

rekahan =___=

Assalamualaikum semua ;)


Hari ni petua untuk ibu ibu yang mengalami rekahan pada puting atau luka pada puting anda. Risau kan? Aku amat amat memahami situasi tersebut. Apa nak buat?

Aku ada beberapa petua. Jadi korang boleh cuba salah satu atau kesemua nya sekali. Tetapi diingatkan disini, jika tiada perubahan sila berjumpa dengan DOKTOR.

Petua 1:

Ambil garam dan campurkan dengan air suam. Lepas tu korang rendam puting dalam air tersebut. Memang sedikit sakit dan mungkin korang akan menangis. Nak baik kene la tahan. Rendam dalam air tu selama 3 - 5 minit. Lepas tu lap puting anda dengan kain lembut.

Lepas tu kalau nak bagi anak susu, basuh sikit dengan air biasa, sebab takut baby dapat rasa garam tu. Nanti dia tak nak menyusu pulak.

Petua 2:

Ambil madu dan sapukan kat tempat yang luka tu. Baca selawat. InsyaAllah baik.

Petua 3:

Selepas korang bangun tido, sapukan ibu jari anda ke atas lelangit anda dan sapukan jari tersebut kat tempat luka tersebut sambil baca selawat. InsyaAllah sembuh.

Petua 4:

Ambil susu badan dari puting kiri, dan sapukan ke puting kanan. Begitu juga sebaliknya. Baca selawat. InsyaAllah sembuh.

Petua 5:

Beli nipple cream jenama 'Buds'. Pakai ni pun okay jugak. Korang boleh beli cream ni kat Vitacare dan Caring. Cream ni organic. Jadi baby termakan pun takpe. Ni botol dia ....korang boleh tengok produk Buds ni kat sini . . . . .



Selamat Mencuba!

KALAU TAK BAIK JUGAK. SILA BERJUMPA DENGAN DOKTOR.

p/s: Cik Bobot dah boleh merangkak ke depan . . . .  seronok.seronok.seronok.

ADIOS!